fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Krisis COVID-19 : Bank Negara Umum 6 Bulan Moratorium Automatik Untuk Semua Bank

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
25 Mac 2020
Krisis COVID-19 : Bank Negara Umum 6 Bulan Moratorium Automatik Untuk Semua Bank
Share on FacebookShare on Twitter

Berkuatkuasa Bermula 1 April 2020

Krisis COVID-19 : Bank Negara Umum 6 Bulan Moratorium Automatik Untuk Semua Bank. Bank Negara Malaysia hari ini telah mengeluarkan arahan kepada semua bank untuk meluluskan secara automatik moratorium pembayaran pinjaman selama 6 bulan kepada pelanggan yang terjejas akibat pandemik COVID-19. Ini termasuklah usahawan kecil dan sederhana (SME) dan pinjaman individu.

Langkah ini merupakan salah satu inisiatif Bank Negara Malaysia bagi membantu pelanggan bank untuk menghadapi situasi krisis COVID-19 yang tidak dijangka ini. Ia bagi memastikan aliran keluar masuk tunai bagi individu dan usahawan SME sentiasa berjalan walau pun terkesan dengan pandemik ini.

Krisis COVID-19 : Bank Negara Umum 6 Bulan Moratorium Automatik Untuk Semua Bank

Apa Itu Moratorium?

Menurut laman web ASNB, moratorium ialah penangguhan rasmi bayaran ansuran bulanan daripada pembayar kepada pihak bank tanpa caj penalti atau penalti. Ini bermakna pelanggan bank tidak perlu membuat bayaran ansuran bulanan pinjaman mereka kepada pihak bank selama 6 bulan. Bayaran ansuran akan bermula kembali setelah tempoh moratorium tamat.

ArtikelBerkaitan

PKP Di Sarawak? Pengerusi SDMC Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi Esok

MKN Padam Poster Umum PKP Di Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Meradong

Layak Untuk Peminjam Yang Tidak Mempunyai Tunggakan Melebihi 90 Hari

Bantuan moratorium ini merangkumi semua jenis bayaran balik atau bayaran pinjaman dan pembiayaan (prinsipal dan faedah), tidak termasuk baki kad kredit, bermula 1 April 2020. Walau bagaimanapun, bantuan ini layak untuk peminjam yang tidak mempunyai tunggakan bayaran tidak melebihi 90 hari pada 1 April dan menggunakan nilai mata wang Ringgit Malaysia sahaja.

Krisis COVID-19 : Bank Negara Umum 6 Bulan Moratorium Automatik Untuk Semua Bank
Krisis COVID-19 : Bank Negara Umum 6 Bulan Moratorium Automatik Untuk Semua Bank

Jelas BNM lagi, institusi kewangan perlu memberi maklumat lanjut berkenaan moratorium ini kepada pelanggan dan memberikan mereka pilihan untuk menyambung semula pembayaran setelah tempoh moratorium tamat.

Pelanggan Dengan Baki Kad Kredit Layak Diberi Pilihan Pembiayaan Tidak Lebih 3 Tahun

Bagi pelanggan yang mempunyai baki kad kredit pula, pelanggan perlu diberi pilihan sama ada untuk menukarkan baki tersebut kepada suatu bentuk pembiayaan ‘loan of a tenure‘ dengan tempoh tidak melebihi 3 tahun serta kadar faedah efektif tidak melebihi 13% setahun. Namun demikian, sekiranya pelanggan gagal memenuhi tempoh bayaran balik selama 3 bulan, pihak institusi kewangan berhak menukarkan pinjaman tersebut kepada pinjaman jangka panjang (term loans).

Maklumat terperinci berkenaan bantuan moratorium ini akan diumumkan oleh Bank Negara Malaysia Jumaat ini (27 Mac 2020).

SUMBER : Free Malaysia Today (FMT)
Share110Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy