fbpx
Cerita Borneo

Krisis COVID-19 : Gaji Menteri Malaysia Dipotong 2 Bulan Untuk Sumbangan Tabung COVID-19

Ini Termasuk Gaji Perdana Menteri, Menteri Dan Timbalan Menteri Malaysia

Krisis COVID-19 : Gaji Menteri Malaysia Dipotong 2 Bulan Untuk Sumbangan Tabung COVID-19. Dalam mengharungi krisis COVID-19 yang semakin meruncing di negara ini, kerajaan Malaysia akhirnya memutuskan untuk memotong gaji jemaah memteri termasuk Perdana Menteri, Menteri dan Timbalan Menteri Malaysia sebanyak 2 bulan gaji. Gaji yang dipotong ini seterusnya akan disalurkan ke Tabung COVID-19. Keputusan ini dibuat menerusi Mesyuarat Kabinet pada 25 Mac 2020.

Krisis COVID-19 : Gaji Menteri Malaysia Dipotong 2 Bulan Untuk Sumbangan Tabung COVID-19
Krisis COVID-19 : Gaji Menteri Malaysia Dipotong 2 Bulan Untuk Sumbangan Tabung COVID-19.
Kredit : FB Muhyiddin Yassin

Menerusi kenyataan media yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri, pemotongan gaji ini adalah bagi membuktikan kesungguhan kerajaan untuk membantu mereka yang terjejas akibat penularan wabak COVID-19 di negara ini.

Tabung COVID-19 yang dilancarkan pada 11 Mac yang lalu kini mempunyai dana sebanyak RM 8,493,103.48 termasuk sumbangan korporat, individu serta geran kerajaan.

Dalam perkembangan sebelumnya, negeri Pahang memulakan langkah kanan apabila kesemua exco kerajaan negeri tersebut bersetuju agar gaji mereka dipotong sebanyak 10% selama 3 bulan untuk disalurkan ke Tabung COVID-19 negeri Pahang. Perkara tersebut diumumkan oleh menteri besar Pahang pada 25 Mac 2020.

#PotongGajiMenteri Sempat Tular, Netizen Desak Gaji Menteri Dipotong Untuk Sama Bantu Krisis COVID-19

Sebelum ini, isu pemotongan gaji jemaah menteri sempat menjadi perbualan dalam kalangan netizen di laman media sosial. Hal ini berikutan kebanyakan negara yang terjejas teruk di seluruh dunia sudah memulakan langkah pemotongan gaji menteri bagi membantu mengurangkan beban mereka yang terjejas akibat pandemik COVID-19 ini.

Selain itu, netizen juga berpendapat bahawa jemaah menteri menerima gaji serta elaun tinggi yang membolehkan mereka menyumbang dengan lebih banyak bagi bersama-sama membantu semasa mengharungi situasi genting ini.

Malah, terdapat seruan daripada netizen dengan tanda pagar #PotongGajiMenteri tular di laman media sosial yang mahukan gaji jemaah menteri di Malaysia dipotong sebanyak 50%.

Tambah netizen lagi, membuka saluran sumbangan derma daripada orang awam pada masa ini tidak begitu relevan memandangkan keadaan ekonomi rakyat yang merudum dan tidak begitu stabil. Walau bagaimanapun, tiada halangan untuk mereka yang ingin menyumbang seikhlas hati.

Apa-apa pun, terima kasih dan syabas menteri Malaysia!

Kenali selebriti dan ikon jutawan dunia yang turut menderma untuk krisis COVID-19 :

Artikel Berkaitan

Back to top button