fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Krisis COVID-19 : Otai Ini Berkongsi Pendapat Bagaimana Menghadapi Krisis Ekonomi

Kedung BK Oleh Kedung BK
12 Mac 2020
Otai Ini Berkongsi Pendapat Bagaimana Menghadapi Krisis Ekonomi Negara
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Siap bersedia guys…

Krisis COVID-19 : Otai Ini Berkongsi Pendapat Bagaimana Menghadapi Krisis Ekonomi . Kepada pengguna kenderaan, mereka dikhabarkan berita baik apabila harga petrol di stesen telah jatuh ke harga RM1.20/liter nanti. Namun, bagi pakar-pakar ekonomi, ini adalah petanda tidak bagus kerana negara tidak akan mencapai unjuran pertumbuhan ekonomi 4.5% dan berkemungkinan besar ekonomi negara akan menciut kerana berlakunya kemelesetan ekonomi global.

Krisis COVID-19 : Otai Ini Berkongsi Pendapat Bagaimana Menghadapi Krisis Ekonomi
Krisis COVID-19 : Otai Ini Berkongsi Pendapat Bagaimana Menghadapi Krisis Ekonomi Kredit: Giphy

Pendapat seorang yang sudah mengalami beberapa kemelesetan ekonomi

Menurut Zainuddin Omar dalam Facebook, beliau telah mengalami beberapa kemelesetan ekonomi semasa zaman bekerja pada tahun 1982-1983, 1990-1991, 1998-2000 dan 2008-2010. Beliau telah mengalami ini setiap 10 tahun dan berpendapat penularan Covid-19 akan berlaku sekali lagi kemerosotan ekonomi diseluruh dunia.

ADVERTISEMENT
Krisis COVID-19 : Otai Ini Berkongsi Pendapat Bagaimana Menghadapi Krisis Ekonomi
Post beliau telah dikongsi 4.8k kali setakat ini. Kredit: Facebook Zainuddin Omar

Dengan menjangkakan masalah penyakit ini akan berpanjangan antara setahun atau dua, beliau berkata mereka yang bekerja dalam swasta dan yang berniaga akan lebih merasa ekonomi merundum berbanding dengan penjawat awam.

Petanda kemelesetan ekonomi akan muncul

Berikut adalah senarai petanda ketika munculnya kemelesetan ekonomi menurut beliau:

ArtikelBerkaitan

2021 Belum Sampai Sebulan, Ini 11 Insiden Dan Peristiwa Tular Berlaku Di Sarawak Awal Januari Ini

Tatacara Terbaru Kemasukan Ke Sarawak : Ambil Swab 3 Hari Sebelum Dan Mesti Disahkan Negatif

  • Harga rumah jatuh
  • Permintaan untuk rumah baru merudum
  • Bisnes pembinaan slow down
  • Kemerosotan jualan kereta baru
  • Trend share market kebawah
  • Harga minyak tidak stabil
  • Kadar pengangguran meningkat
  • Kadar asas pinjaman naik secara perlahan
  • Hutang kad kredit bertambah
  • Kadar inflasi menaik
  • Harga barang essential naik
  • Kemerosotan ekonomi bermula dari negara ekonomi besar seperti Amerika Syarikat, Germany, Perancis, dan lain-lain

Pernah menjadi saksi kemelesetan ekonomi 1998-2000 dan 2008-2010 dimana rakan-rakan beliau terpaksa berhenti kerja

Beliau juga melihat pelbagai bisnes lingkup, rumah dilelong (salah seorang rakan beliau membeli rumah banglo di PJ dengan harga RM500k kerana pemilik tersepit kewangan), dan ramai pulang ke kampung halaman kerana tidak mampu tinggal di bandar dengan kos sara hidup yang tinggi. Salah satu penyebab kesusahan ini adalah mereka mengambil pinjaman bank dimana BR (Base Rate) mendadak naik sehingga terpaksa membayar dua kali ganda!

ADVERTISEMENT

Untuk memahami maksud ini, sekiranya mereka yang berhutang biasa membayar RM3000 sebulan, dengan sekelip mata mereka terpaksa membayar RM6000. Bagi mereka yang menggunakan pinjaman Takaful pada masa itu, mereka tidak dikenakan peningkatan bayaran bulanan dan turut melegakan mereka.

Krisis COVID-19 : Otai Ini Berkongsi Pendapat Bagaimana Menghadapi Krisis Ekonomi
Kredit: Giphy

Bagaimana rakyat menyediakan diri untuk menghadapkan kemelesetan ekonomi

Bagi mereka yang telah menghadapi kemelesetan ekonomi sebelum ini, kemungkinan besar mereka sudah tahu bagaimana bersiap sedia. Namun, untuk kebanyakkan warga muda, mereka mungkin kurang pendedahan bagaimana untuk bersiap sedia menghadapi ini. Berikut adalah tips yang dinasihatkan oleh beliau:

ADVERTISEMENT

Simpan 6 bulan cash reserve sebagai kontigensi. Sebagai contoh, sekiranya anda perlu membayar setiap bulan hutang rumah RM1000, kereta RM500, perbelanjaan rumah RM2000, maka jumlah sebulan adalah RM3500. Jadi, cash reserve anda selama 6 bulan adalah RM21,000. Apabila kemelesetan muncul, anda mempunyai masa 6 bulan untuk menilai situasi, mengambil langkah drastik dengan tidak mencopek.

Jangan berhutang baru dan langsaikan apa-apa hutang yang ada. Ini untuk mengelak anda membayar secara riba kepada bank.
Bayar 100% hutang kad kredit. “Lebih baik anda gunting semua kad kredit,” katanya.
Berjimat cermat bila berbelanja. Contohnya, sekiranya anda mempunyai telefon bimbit yang masih boleh diguna, elak membeli telefon bimbit baru semata-mata untuk upgrade telefon bimbit (buat sementara ini, ya)
Jangan bertukar kerja sekarang. Kata beliau, kebiasaannya bila pemberhentian pekerja berlaku, orang yang masuk last akan paling first dikeluarkan.
Cari rumah lelong yang berharga murah pada zaman kemelesetan jika kewangan kukuh.
Dinasihatkan untuk balik ke kampung kerana sara hidup dibandar adalah lebih tinggi.

Bagi mereka yang golongan pekerja yang hampir bersara, ambil skim MSS/VSS jika semua hutang sudah langsai dan tarikh persaraan anda sudah hampir.

Dinasihatkan untuk beli harta seperti rumah dengan harga murah

Menurut beliau lagi, bagi mereka yang mempunyai wang lebihan, anda dinasihatkan untuk melabur membeli rumah ketika kemelesetan ekonomi kerana pada masa ini harga-harga rumah akan dilelong. Ini kerana pelaburan hartanah sangat menguntungkan bila ekonomi berkembang semula nanti. Ingat, cash is king!

Kredit: Giphy
Share207Tweet41SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy