fbpx
Cerita Borneo

Krisis COVID19 : Kerajaan Benar Keluarkan Wang KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan Untuk 12 Bulan

Perkara tersebut dimaklumkan oleh Tan Sri Muhyiddin Yassin

Krisis COVID19 : Kerajaan Benar Keluarkan Wang KWSP Akaun 2 RM500 Sebulan Untuk 12 Bulan. Setelah hampir seminggu Perintah Kawalan Pergerakan dilaksanakan, Kerajaan Malaysia akhirnya mengumumkan beberapa inisiatif bagi membantu rakyat Malaysia. Antara inisiatif tersebut adalah membenarkan kemudahan pengeluaran i-Bestari bagi pencarum KWSP berjumlah RM40 bilion. Inisiatif ini akan membolehkan ahli KWSP bawah 55 tahun mengeluarkan wang dari akaun 2, maksimum RM500/sebulan untuk 12 bulan.

Inisiatif tersebut jika termasuk dengan pengurangan carumah 4% sejak bulan lepas akan membolehkan rakyat Malaysia untuk mempunyai lebih banyak wang untuk membeli keperluan seharian.

Kerajaan Turut Salur RM500 juta untuk Kementerian Kesihatan Malaysia

Tan Sri Muhyiddin Yassin turut memaklumkan bahawa kerajaan memperuntukkan RM500 juta untuk Kementerian Kesihatan Malaysia bagi tujuan keperluan perubatan seperti PPE, ventilator, serta keperluan makmal untuk COVID-19. Kerajaan turut memperuntukan RM100 juta bagi melantik 2000 kakitangan hospital baru secara kontrak bagi mengurangkan beban kakitangan sedia ada.

RM130 Juta Untuk Kerajaan Negeri Di Seluruh Malaysia

Kerajaan Malaysia juga bersetuju untuk mengagihkan RM130 juta untuk kesemua negeri di Malaysia bagi menangani COVID19. Peruntukan ini untuk memberi bantuan kepada penjaja dan peniaga kecil, pesakit COVID-19, serta petugas kerajaan negeri.

Penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan

Kerajaan setuju lanjutkan penangguhan bayaran balik PTPTN selama enam bulan, melibatkan jumlah kutipan sebanyak RM750 juta. Penangguhan ini yang
berkuatkuasa serta-merta pada hari ini sehingga 30 September 2020

Artikel Berkaitan

Back to top button