fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Kuching Hampiri Zon Merah, Cecah 36 Kes Positif Dalam Masa Seminggu

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
22 Julai 2020
Kuching Hampiri Zon Merah, Cecah 36 Kes Positif Dalam Masa Seminggu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Angka peningkatan yang semakin membimbangkan.

Kuching Hampiri Zon Merah, Cecah 36 Kes Positif Dalam Masa Seminggu. Kes penularan pandemik di bahagian Kuching kian membimbangkan apabila angka pesakit kini mencecah 36 kes dalam masa seminggu sahaja.

Malah, angka ini menghampiri status zon merah pandemik.

ADVERTISEMENT

Menurut laporan CPRC Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, kes-kes yang dikesan di Kuching telah menambahkan jumlah kluster baru iaitu Kluster Syarikat Kejuruteraan, Kluster Mambong, Kluster Pasar Stutong, Kluster Pusat Perubatan, Kluster Jeti, Kluster Jupiter dan Kluster Sentosa. Keseluruhan kluster yang aktif kini adalah sebanyak 7 kluster.

Kuching catat 42 kes dalam masa 14 hari

Sehingga kini juga, 3 bahagian telah bertukar dari status hijau ke kuning iaitu bahagian Kuching, Samarahan dan daerah Bau. Kuching mencatatkan angka jangkitan tertinggi iaitu sebanyak 42 kes dalam masa 14 hari, diikuti Samarahan dengan 5 kes serta 1 kes di Bau.

ArtikelBerkaitan

Timbalan Ketua Menteri Sarawak Cadang Bina Tembok Di Laluan Sempadan Malaysia Indonesia

Tiada Masalah Isi Manual Atau Online, Wanita Ini Beri Penjelasan Tentang Kemas Kini BPR 2021

Kuching Hampiri Zon Merah, Cecah 36 Kes Positif Dalam Masa Seminggu
Laporan CPRC JKNS 22 Julai 2020

Jumlah peningkatan yang cepat ini sememangnya membimbangkan semua terutamanya penduduk di bahagian Kuching. Sekiranya Kuching diisytiharkan semula sebagai zon merah, tentunya langkah pencegahan yang lebih ketat perlu diambil.

ADVERTISEMENT

Impak buruk jika Kuching bertukar zon merah

Namun demikian, impaknya terhadap kelangsungan hidup dan ekonomi akan bertukar menjadi lebih buruk kerana rutin harian terjejas dan tidak dapat dilakukan seperti biasa. Kadar pengangguran semakin tinggi, malah syarikat perniagaan juga akan gulung tikar.

Kuching Hampiri Zon Merah, Cecah 36 Kes Positif Dalam Masa Seminggu
Kuching Hampiri Zon Merah, Cecah 36 Kes Positif Dalam Masa Seminggu.
Sumber : Anthony WALLACE / AFP)

Kepada masyarakat di luar sana, jangan mengambil kesempatan terhadap kelonggaran yang telah diberikan oleh pihak kerajaan. Anda juga mempunyai peranan yang besar sebagai petugas hadapan memerangi pandemik ini.

ADVERTISEMENT

Elakkan mengunjungi kawasan sesak dan keluar hanya apabila benar-benar memerlukan. Sentiasa pakai pelitup muka, mencuci tangan, menjaga penjarakan sosial serta mengamalkan kebersihan diri.

Sama-sama kita menjadikan Sarawak dan Malaysia sebagai sebuah negara bebas COVID-19.

Kita jaga kita.

Lagi artikel lain :

Share44015Tweet40SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy