fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Kuching Sah Zon Merah, Sarawak Catat 25 Kes Baharu Hari Ini

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
28 Julai 2020
Kuching Sah Zon Merah, Sarawak Catat 25 Kes Baharu Hari Ini
Share on FacebookShare on Twitter

Kes dilaporkan hari ini adalah dari Bahagian Kuching, Samarahan, Serian dan Lundu.

Kuching Sah Zon Merah, Sarawak Catat 25 Kes Baharu Hari Ini. Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mengumumkan terdapat pertambahan drastik kes COVID-19 di Sarawak iaitu sebanyak 25 kes.

Daripada jumlah tersebut, sebanyak 21 kes adalah di bahagian Kuching, 2 kes di bahagian Serian, 1 kes di bahagian Samarahan dan 1 kes di daerah Lundu.

Kes dikesan dari kedatangan luar negara, saringan rawak dan kontak rapat

Sebanyak 4 kes import dilaporkan yang terdiri daripada 2 individu bukan warganegara dan 2 warganegara. Masing-masing baru pulang dari luar negara iaitu dari United Kingdom, Qatar, Korea Selatan, Amerika Selatan, London dan Abu Dhabi.

ArtikelBerkaitan

PKP Di Sarawak? Pengerusi SDMC Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi Esok

MKN Padam Poster Umum PKP Di Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Meradong

Selain itu, terdapat 1 kes dikesan di pintu masuk antarabangsa Kuching serta 1 kes saringan rawak petugas kesihatan di Lundu.

Terdapat juga pertambahan kes daripada pengesanan kontak rapat kluster yang aktif iaitu 9 kes daripada Kluster Sentosa, 4 kes Kluster Syarikat Kejuruteraan Kuching dan 1 kes Kluster PUI Melbourne.

Kluster baru : Kluster Pasar Satok

Laporan 28 Julai hari ini juga menyaksikan pertambahan 1 lagi kluster baru iaitu Kluster Pasar Satok. Sebanyak 4 kes baharu dikesan daripada saringan peniaga yang menjalankan perniagaan di Pasar Satok, Kuching. Punca dan pengesanan semua kontak kes-kes ini sedang giat dijalankan.

Setakat hari ini, Sarawak mempunyai 10 kluster yang masih aktif iaitu ;

  1. Kluster Syarikat Kejuruteraan : penambahan 1 kes jadi 8 kes
  2. Kluster Mambong : penambahan 1 kes jadi 6 kes
  3. Kluster Pusat Perubatan : kekal 3 kes
  4. Kluster Jupiter : kekal 3 kes
  5. Kluster Pasar Stutong : kekal 7 kes
  6. Kluster Jeti Kuching : kekal 2 kes
  7. Kluster Sentosa : penambahan 9 kes jadi 30 kes
  8. Kluster PUI Melbourne : penambahan 1 kes jadi 3 kes
  9. Kluster Syarikat Pembinaan Kuching : kekal 2 kes
  10. Kluster Pasar Satok : penambahan baru 4 kes (Kluster baru)

Kesemua kes yang dilaporkan hari ini tidak menunjukkan sebarang tanda dan gejala.

Kuching bertukar dari zon kuning ke zon merah

Status Kuching juga berubah daripada zon kuning kepada zon merah hari ini setelah 16 kes tempatan baharu dikesan hari ini. Ini menjadikan jumlah kes tempatan yang dilaporkan di Kuching sejak 14 hari yang lalu melonjak kepada 53 kes.

Kuching Sah Zon Merah, Sarawak Catat 25 Kes Baharu Hari Ini
Kuching Sah Zon Merah, Sarawak Catat 25 Kes Baharu Hari Ini

Selain itu, satu bahagian serta satu daerah baru bertukar dari hijau ke kuning hari ini ialah bahagian Serian dan daerah Lundu. Bahagian Samarahan dan daerah Bau kekal status kuning.

Walau bagaimanapun, terdapat 1 kes sembuh dan discaj dari hospital pada hari ini di Sarawak. Jumlah keseluruhan yang dirawat di hospital setakat ini ialah seramai 92 individu dan tiada yang dirawat di ICU.

39 kes dikesan di Malaysia hari ini

Angka kes di seluruh Malaysia juga semakin membimbangkan apabila terdapat 39 kes baharu dilaporkan hari ini.

Kuching Sah Zon Merah, Sarawak Catat 25 Kes Baharu Hari Ini

Rakyat Malaysia diharap tidak leka dan alpa kerana pandemik ini semakin licik dan golongan yang dijangkiti tidak menunjukkan apa-apa gejala. Sentiasa patuhi SOP, jaga penjarakan selamat, pakai pelitup muka dan jaga kebersihan diri.

Baca perkembangan lain di sini :

Share1389Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy