fbpx
Cerita Borneo

Kurangkan Bawa Anak Keluar Di Tempat Ramai, Lelaki Ini Nasihat Ibu Bapa Untuk Berwaspada

Fikir dua, tiga kali sebelum bawa anak keluar

Kurangkan Bawa Anak Keluar Di Tempat Ramai, Lelaki Ini Nasihat Ibu Bapa Untuk Berwaspada. Sarawak kini kemungkinan besar bakal dilanda gelombang kedua kerana beberapa kes baru telah dilaporkan baru-baru ini.

Bukan sahaja di Sarawak, malah beberapa negeri lain pun menyaksi peningkatan kes yang mendadak.

Risau dengan situasi, lelaki ini menegur para ibu bapa untuk kurangkan bawa anak-anak mereka keluar di tempat ramai orang buat sementara waktu.

Kurangkan Bawa Anak Keluar Di Tempat Ramai, Lelaki Ini Nasihat Ibu Bapa Untuk Berwaspada
Kurangkan Bawa Anak Keluar Di Tempat Ramai, Lelaki Ini Nasihat Ibu Bapa Untuk Berwaspada

Nasihat yang dituju kepada ibu bapa

Menurut Taufiq Razif menerusi Facebook, beliau berkata:

Kredit: Facebook Taufik Razif

Rata-rata netizen setuju dengan pendapat beliau dengan berpendapat mereka sebagai ibu bapa risau hendak bawa anak keluar pada masa ini dan bimbang dengan sikap ibu bapa lain yang sewenang-wenangnya bawa anak mereka ke tempat sesak.

Kurangkan Bawa Anak Keluar Di Tempat Ramai, Lelaki Ini Nasihat Ibu Bapa Untuk Berwaspada
Kredit: Facebook Taufik Razif
Kurangkan Bawa Anak Keluar Di Tempat Ramai, Lelaki Ini Nasihat Ibu Bapa Untuk Berwaspada
Kredit: Facebook Taufik Razif
Kurangkan Bawa Anak Keluar Di Tempat Ramai, Lelaki Ini Nasihat Ibu Bapa Untuk Berwaspada
Kredit: Facebook Taufik Razif
Kurangkan Bawa Anak Keluar Di Tempat Ramai, Lelaki Ini Nasihat Ibu Bapa Untuk Berwaspada
Kredit: Facebook Taufik Razif
Kurangkan Bawa Anak Keluar Di Tempat Ramai, Lelaki Ini Nasihat Ibu Bapa Untuk Berwaspada
Kredit: Facebook Taufik Razif
Kurangkan Bawa Anak Keluar Di Tempat Ramai, Lelaki Ini Nasihat Ibu Bapa Untuk Berwaspada
Kredit: Facebook Taufik Razif

Terdapat juga yang bersoal mengapa anak kecil tidak mengguna pelitup muka sedangkan ibu bapa yang guna.

Kredit: Facebook Taufik Razif
Kredit: Facebook Taufik Razif

Untuk makluman anda, Astro Awani telah melaporkan kanak-kanak bawah dua tahun tidak digalakkan pakai pelitup muka.

Hal ini kerana ia menyebabkan kesukaran untuk bernafas dan meningkatkan risiko tercekik kepada kumpulan terbabit.

Persatuan Perubatan Jepun memaklumkan perkara ini dengan menambah pelitup muka akan mengakibatkan kesukaran pernafasan kerana kumpulan bawah umur 2 tahun ini mempunyai saluran udara yang sempit.

Walau bagaimanapun, just because kanak-kanak tidak digalakkan guna pelitup muka, anda sebagai ibu bapa harus fikir alternatif lain untuk memastikan anak anda selamat dari risiko.

Alternatif untuk memastikan anak-anak anda selamat dari risiko

Jangan bawa anak anda ke tempat ramai orang, sebaiknya elak bawa mereka keluar dari rumah buat sementara waktu. Oleh kerana golongan kanak-kanak ini lebih terdedah kerana tidak mempunyai perlindungan seperti pelitup muka, lebih baik lagi anda jangan bawa anak anda keluar.

Sekiranya anda perlu keluar, keluar untuk tujuan keperluan sahaja buat sementara waktu tetapi keluar berseorangan dan jangan bawa anak anda sekali.

Sekiranya tiada orang untuk jaga anak anda sementara anda keluar, anda boleh hantar anak anda ke sebuah child care atau minta tolong jiran/saudara mara untuk jaga mereka. Difahamkan tak semua mampu tinggalkan anak di rumah atas sebab-sebab tertentu. Jika terdesak untuk keluar demi membeli barang dapur, dicadangkan untuk hantar anak anda ke pihak yang anda percayai untuk menjaga mereka buat sementara waktu.

Daripada anda bawa mereka ke tempat sesak, at least mereka masih dilindungi di rumah, jauh dari tempat ramai orang.

Menurut healthychildren.org, sebelum anda hantar anak anda ke sebuah pusat penjagaan kanak-kanak, pastikan premis tersebut mengikut SOP ditetapkan iaitu pembersihan dan disinfeksi yang rapi. Selain itu, pastikan premis tersebut lakukan saringan untuk memastikan semua individu dalam pusat itu sihat.

Jika anda masih was-was, anda masih ada pilihan untuk minta saudara-mara untuk tolong jaga anak anda sementara anda keluar beli barang keperluan rumah.

Jika anak anda lebih dari umur 2 tahun, anda boleh belikan pelitup muka kain khas untuk kanak-kanak. Misalnya anda memang tiada pilihan lain kecuali untuk bawa anak anda keluar sekali dengan anda, jangan dedahkan mereka pula tanpa sebarang perlindungan.

TAKE NOTE, HANYA KANAK-KANAK ATAS 2 TAHUN SAHAJA BOLEH GUNA PELITUP MUKA KAIN.

Menurut sebuah laporan dari NBC, Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit AS (CDC) cadangkan semua kanak-kanak yang berumur lebih dari dua tahun memakai topeng muka di tempat awam untuk mengurangkan penyebaran COVID-19.

“Mendapatkan topeng mesra kanak-kanak mungkin meningkatkan kepatuhan terhadap pemakaian,” kata Anna Davies, seorang fasilitator penyelidikan yang pernah bekerja di jabatan Penyakit Berjangkit di University of Cambridge.

Kanak-kanak dilaporkan lebih rendah risiko, tetapi mereka tidak kebal. Ramai orang yang menghidap COVID-19, termasuk kanak-kanak, tidak menunjukkan simptom, jadi memakai pelitup muka dapat mengurangkan kemungkinan seseorang yang tidak simptomatik menyebarkan virus.

“Menggalakkan anak-anak anda memakai topeng muka di luar akan mendorong langkah pencegahan lain, seperti mencuci tangan dan jarak sosial,” kata Stacey Rose, MD, pembantu dekan di Baylor School of Medicine.

Beliau berkata lagi, ada pertimbangan tambahan untuk kanak-kanak seperti memastikan ukuran dan saiz yang tepat, dan pemantauan untuk memastikan anak-anak anda tidak sering menyentuh pelitup muka secara tidak sengaja.

Kini, terdapat pelbagai pelitup muka kain untuk dewasa dan kanak-kanak di pasaran. Walaupun hanya berkain, ia lebih bagus berbanding dengan tidak mempunyai perlindungan langsung.

Jika anda memang tiada pilihan lain kecuali untuk bawa anak anda keluar dan anak anda lebih dari umur 2 tahun, dicadangkan untuk membeli pelitup muka kain khas untuk kanak-kanak untuk anak anda.

Nasihat kepada ibu bapa di luar sana, pentingkan keselamatan anak anda. Sebaik mungkin elak bawa anak anda ke tempat ramai orang. Jika terpaksa, ambil inisiatif untuk pastikan anak anda selamat dan tidak terdedah kepada risiko jangkitan.

Lebih lagi disini:

Sumber
NBC NewsAstro AwaniHealthy Children

Artikel Berkaitan

Back to top button