fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Lagenda Solungkoi, Kisah Disebalik Jambatan Tamparuli

Kedung BK Oleh Kedung BK
19 November 2020
Lagenda Solungkoi, Kisah Disebalik Jambatan Tamparuli
Share on FacebookShare on Twitter

Kisah tragis mengenai seorang gadis yang dikhianati

Lagenda Solungkoi, Kisah Disebalik Jambatan Tamparuli. Bagi warga Sabah, semestinya mereka tahu mengenai jambatan Tamparuli. Salah satu jambatan terkenal di Sabah, begitu terkenal sehingga mempunyai lagu sendiri iaitu ‘Jambatan Tamparuli’, sebuah lagu yang dinyanyikan dalam bahasa Kadazan Dusun.

Namun, disebalik lagu mesranya, terdapat kisah tragis.

Lagenda Solungkoi, Kisah Disebalik Jambatan Tamparuli

“Jambatan doh Tamparuli“

Menurut lagenda, semasa jambatan itu dibina, dikatakan jambatan tersebut tidak pernah siap. Walau bagaimana pun usaha, jambatan itu tidak pernah dapat disiapkan malah selalu roboh di telan arus air.

ArtikelBerkaitan

PKP Di Sarawak? Pengerusi SDMC Akan Keluarkan Kenyataan Rasmi Esok

MKN Padam Poster Umum PKP Di Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Meradong

Pembinaan jambatan Tamparuli pada tahun 1934. Kredit: borneo car rental

Seorang pegawai Inggeris iaitu Robinson, merupakan salah seorang yang bertanggungjawap atas pembinaan jambatan itu. Pada masa ini, dia bersama pegawai British lain sedang ditempatkan di sana dan memutuskan untuk membina jambatan untuk tujuan pengangkutan. Kecewa kerana jambatan itu tidak dapat dibina siap, dia meminta bantuan dukun kampung iaitu Odu.

Menurut Odu, pembinaan jambatan tersebut tidak dapat dijalankan akibat ‘Hantu Air’ – Tonduakar/Tobuakar.

Untuk meredakan kemarahan Hantu Air tersebut, seorang gadis yang cantik harus dikorbankan.

Cinta tiga segi berakhir tragis

Pada masa ini juga, seorang gadis yang cantik iaitu Solungkoi, disukai oleh Robinson. Pada masa yang sama, seorang pemuda tempatan iaitu Intang, juga menaruh hati terhadap Solungkoi. Namun, seperti Robinson mempunyai hati terhadap Solungkoi, Solungkoi pun lebih menyukai Robinson. Mereka kemudian menjadi pasangan kekasih.

Gambar hiasan. Kredit: Love This Pic

Kecewa kerana cintanya hanya bertepuk sebelah tangan dan mengetahui bahawa gadis dicintainya telah ‘dirampas’ oleh orang lain, Intang marah dan ingin membalas dendam.

awkward billy crudup GIF by A24
Kredit: Giphy

Setelah mengetahui bahawa seorang gadis cantik harus dikorbankan untuk meredakan kemarahan Hantu Air itu, Intang dengan dendamnya mengambil kesempatan untuk memujuk Odu agar memilih Solungkoi sebagai korban tersebut.

Terhasut dengan cadangan Intang, Odu memberitahu Robinson bahawa Hantu Air menginginkan Solungkai sebagai ‘korban’ untuk ritual jambatan tersebut.

Menghadapi pilihan antara cinta atau tanggungjawab, dia setuju untuk mengorbankan kekasihnya. Sebuah pengkhianatan demi tanggungjawab terhadap tugasnya

Pengkhianatan yang menyebabkan sumpahan

Robinson memberi minuman kepada Solungkoi yang membuatnya mabuk. Dalam keadaan mabuk, kaki dan tangannya diikat dan kemudian dibawa ke tiang jambatan untuk membuat upacara tersebut.

Dalam ritual ini, Solungkoi ditanam secara hidup dengan cerucuk besi yang ditanam pada tiang jambatan. Segala tangisan dan bantahan Solungkoi tidak dihiraukan oleh Robinson dan penduduk kampung lain.

Solungkoi ditanam hidup-hidup, segala tangisannya tidak dihiraukan. Kredit: Pinterest

Sebelum gadis itu tenggelam dengan cerucuk besi yang ditanam, Solungkoi menjerit buat kali terakhir,

“JAMBATAN TAMPARULI TIDAK AKAN KUKUH SELAGI NYAWA DAN DARAH ROBINSON TIDAK BERSAMA DALAM JAMBATAN INI!”

Setelah ritual tersebut selesai, Robinson menyesal dengan tindakannya dan membunuh diri di jambatan tersebut.

Dikatakan Jambatan Tamparuli masih kukuh berdiri kerana perbuatan Robinson itu, di mana darah dan nyawanya juga dikorbankan di jambatan itu. Ia dipercaya bahawa nama Solungkoi di ukir pada salah satu cerucuk besi yang di tanam ‘bersamanya’ dan ukiran itu masih dapat di lihat sehingga hari ini.

Jambatan Tamparuli hari ini. Kredit: Tempat Menarik Di Sabah

Lagi di sini:

Share84Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy