fbpx
Cerita Borneo

Lagi Sindiket Dadah Di Miri, Makmal Dadah Tumpas Dengan Rampasan Berjumlah RM 1.33 Juta

Syabas Polis Sarawak!

Lagi Sindiket Dadah Di Miri, Makmal Dadah Tumpas Dengan Rampasan Berjumlah RM 1.33 Juta. Setelah kejayaan membongkar sindiket dadah terbesar yang turut melibatkan pegawai kanan polis beberapa minggu lalu, PDRM Sarawak sekali lagi menumpaskan satu lagi sindiket dadah yang bernilai RM 1.33 juta.

Sindiket dadah yang tumpas tersebut ialah makmal penghasilan dadah beserta rampasan dadah di sebuah kondominium di Miri.

Sindiket didalangi seorang lelaki tempatan dan wanita warganegara China

Menurut Timbalan Ketua Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Dev Kumar, Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Sarawak telah menghantar sepasukan JSJN yang diketuai oleh ASP Jong Lak Kho untuk melakukan serbuan di kondominium berkenaan.

Lagi Sindiket Dadah Di Miri, Makmal Dadah Tumpas Dengan Rampasan Berjumlah RM 1.33 Juta
Datuk Dev Kumar, Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak
Sumber : NSTP/CHE RANI CHE DIN

Serbuan dilakukan pada jam 8 malam hari Isnin dan telah memberkas seorang lelaki warga tempatan yang berusia 48 tahun serta seorang wanita warga China yang berusia 28 tahun.

Hasil ujian saringan urin juga mendapati bahawa lelaki tersebut positif dadah jenis Methamphetamine manakala wanita tersebut didapati positif dadah jenis ketamin.

Lagi Sindiket Dadah Di Miri, Makmal Dadah Tumpas Dengan Rampasan Berjumlah RM 1.33 Juta
Lagi Sindiket Dadah Di Miri, Makmal Dadah Tumpas Dengan Rampasan Berjumlah RM 1.33 Juta
Sumber : Utusan Borneo

Dadah RM 1.33 juta termasuk ekstasi, eramin, ketamin dan syabu

Kondominium berkenaan digunakan sebagai sarang suspek untuk menghasilkan campuran dadah. Kesemua dadah yang dirampas dianggarkan bernilai RM 1.33 juta.

Antara jenis dadah yang dirampas ialah serbuk ekstasi dengan anggaran 9.055 gram, pil ekstasi sebanyak 2,520 biji dengan berat 756 gram, ketamin dengan berat kasar 998 gram, serbuk eramin 5 seberat 3,159.2 gram, pil eramin 5 sebanyak 11,000 biji, serta syabu dengan berat kasar 233 gram.

Lagi Sindiket Dadah Di Miri, Makmal Dadah Tumpas Dengan Rampasan Berjumlah RM 1.33 Juta
Peralatan memproses bersama dadah yang dirampas.
Sumber : Utusan Borneo

Dalam masa yang sama, Dev turut mengucapkan tahniah atas kecekapan serta ketangkasan PDRM Sarawak dalam memerangi jenayah dadah di Sarawak. PDRM Sarawak juga akan terus komited membanteras kegiatan dadah yang telah menjadi barah dalam masyarakat.

Baca juga artikel berkaitan ini :

Sumber
Utusan Borneo

Artikel Berkaitan

Back to top button