fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Lapangan Terbang Baru Mukah Dijangka Siap Januari Tahun Depan

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
3 Disember 2020
Lapangan Terbang Baru Mukah Dijangka Siap Januari Tahun Depan
Share on FacebookShare on Twitter

Lapangan terbang baharu Mukah bernilai RM302.4 juta akan dijangka siap menjelang tahun hadapan.

Lapangan Terbang Baru Mukah Dijangka Siap Januari Tahun Depan. Lapangan Terbang Mukah yang baharu bernilai RM302.4 juta yang dinanti-nantikan oleh semua bakal siap menjelang Januari tahun hadapan.

ADUN Tellian, Yussibnosh Balo berkata, kerja-kerja projek tersebut telah tergendala sekurang-kurangnya awal tiga bulan tahun ini kerana Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) untuk mengekang penyebaran COVID-19.

Lapangan Terbang Baru Mukah Dijangka Siap Januari Tahun Depan
Lapangan Terbang Baru Mukah Dijangka Siap Januari Tahun Depan

Projek akan siap awal tahun hadapan

“Bagaimanapun, kerja pembinaan telah disambung seperti biasa dan berdasarkan kerja yang dilakukan setakat ini, projek ini akan siap pada awal tahun hadapan,” kata beliau pada surat khabar New Sarawak Tribune, Suara Sarawak.

ArtikelBerkaitan

Guru Dari Sarawak Menang Jackpot Bernilai RM 5 Juta Setelah Bertaruh Nombor Plat Kereta Lama

Sempena Hari Wanita, Ini 5 Senarai Promosi Hebat Restoran Untuk Anda

Beliau juga berkata bahawa lapangan terbang baharu itu amatlah penting untuk pembangunan Mukah dan ianya juga memainkan peranan penting hubungan dalam industri yang telah berkembang di sini dan kawasan sekitarnya.

Lapangan Terbang Baru Mukah Dijangka Siap Januari Tahun Depan

Menggantikan pesawat Twin Otter

Ianya juga akan menggantikan pesawat sedia ada yang hanya ada kapal terbang kecil seperti MASwings Twin Otter.

Setelah lapangan baharu ini mula beroperasi, ianya akan dapat menampung pesawat ATR iaitu (pesawat turboprop enjin berkembar, jarak pendek yang dihasilkan di Perancis dan Italy oleh pengeluar pesawat Aerei da Transporti Regionale), tambah beliau.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy