fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Lawatan Ustaz Ebit Liew Ke Gereja Katolik Di Lahad Datu Buat Netizen Bangga Dan Terharu

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
29 Januari 2021
Lawatan Ustaz Ebit Liew Ke Gereja Katolik Di Lahad Datu Buat Netizen Bangga Dan Terharu
Share on FacebookShare on Twitter

Kasih sayang tidak mengenal agama dan bangsa.

Lawatan Ustaz Ebit Liew Ke Gereja Katolik Di Lahad Datu Buat Netizen Bangga Dan Terharu. Nama Ustaz Ebit Liew sudah tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Apatah lagi beliau tidak jemu dan berputus asa membantu pelbagai golongan masyarakat tatkala negara dilanda kesulitan. Walau apa jua kesukaran yang dihadapinya, beliau tetap meneruskan khidmat dan baktinya kepada masyarakat.

Terbaharu hari ini, penceramah dan motivator tersebut sempat memuat naik hantaran di laman Facebook rasminya tentang lawatannya ke sebuah gereja katolik di Lahad Datu, Sabah. Beliau telah berada di Sabah sejak beberapa hari yang lalu untuk menghantar sendiri bantuan kepada beberapa daerah di Sabah.

Lawatan Ustaz Ebit Liew Ke Gereja Katolik Di Lahad Datu Buat Netizen Bangga Dan Terharu
Sumber : FB Ustaz Ebit Liew

Lawatan beliau ke gereja katolik St. Dominit tersebut disambut oleh Father Simon dan mereka dikatakan telah berkongsi pandangan dan berbual tentang pentingnya kasih sayang serta berkongsi kebaikan. Malah, Father Simon juga mengenali beliau melalui aktiviti bantuan yang giat beliau jalankan sebelum ini.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Lawatan Ustaz Ebit Liew Ke Gereja Katolik Di Lahad Datu Buat Netizen Bangga Dan Terharu
Lawatan Ustaz Ebit Liew Ke Gereja Katolik Di Lahad Datu Buat Netizen Bangga Dan Terharu
Sumber : FB Ustaz Ebit Liew

Bukan itu sahaja, Ustaz Ebit Liew juga turut memberikan hadiah berupa 100 set makanan, 10 kerusi roda dan pelitup muka kepada gereja tersebut.

Lawatan Ustaz Ebit Liew Ke Gereja Katolik Di Lahad Datu Buat Netizen Bangga Dan Terharu
Sumber : FB Ustaz Ebit Liew

“Selalu tengok dalam drama orang baik jadi hero, tapi sekarang saya betul-betul percaya orang baik dan ikhlas wujud,” – Netizen

Meninjau di ruangan komen pula, ternyata netizen begitu terharu dengan sikap toleransi yang ditunjukkan oleh penceramah bebas tersebut.

Walau pun Ustaz Ebit Liew merupakan seorang berbangsa Cina yang memeluk Islam, namun beliau telah menunjukkan nilai kasih sayang dan hormat menghormati pada tahap yang tinggi sehingga beliau dihormati dan turut dikagumi oleh netizen bukan Muslim yang lain.

Sumber : FB Ustaz Ebit Liew
Sumber : FB Ustaz Ebit Liew
Sumber : FB Ustaz Ebit Liew

Tidak lupa, netizen juga turut mendoakan kesejahteraan Ustaz Ebit Liew. Tahniah Ustaz Ebit Liew kerana menunjukkan contoh teladan yang baik untuk seluruh rakyat Malaysia. Tabik hormat!

Jika anda ingin memberi sumbangan untuk aktiviti amal dan bantuan Ustaz Ebit Liew, anda boleh berbuat demikian dengan menderma ke akaun CIMB (8603546376) Pertubuhan Kasih Umat Malaysia.

Baca juga kisah inspirasi Ustaz Ebit Liew yang pernah kami terbitkan sebelum ini :

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy