fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Lebih 1,000 Orang Di Sibu Yang Hilang Pekerjaan Akibat COVID-19 Amat Memerlukan Bantuan Makanan

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
4 Februari 2021
Lebih 1,000 Orang Di Sibu Yang Hilang Pekerjaan Akibat COVID-19 Amat Memerlukan Bantuan Makanan
Share on FacebookShare on Twitter

Oleh kerana PKP di Sibu ramai yang hilang sumber pendapatan dan kini amat memerlukan bantuan makanan.

Lebih 1,000 Orang Di Sibu Yang Hilang Pekerjaan Akibat COVID-19 Amat Memerlukan Bantuan Makanan. Lebih daripada 1,000 orang di Bahagian Sibu amat memerlukan bantuan makanan setelah kehilangan pekerjaan dan juga pendapatan berikutan penutupan sektor pekerjaan mereka kerana penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) di bahagian tersebut sejak 16 Januari lalu.

Pengerusi Cabang Kesatuan Nasional Dayak Sarawak (SDNU) Sibu, Chambai Lindong berkata mereka yang terjejas berasal dari luar bandar yang bekerja sebagai buruh umum, tukang masak dan pembantu di kedai kopi, restoran dan bistro, pembantu di salun rambut, juruelektrik dan tukang kimpal, pemandu lori dan atenden, pembantu kedai, pengawal keselamatan dan pekerja pembersih.

Menurutnya sejak 26 Jan, SDNU telah menyerahkan nama mereka melalui cawangan SDNU Sibu untuk memohon bantuan makanan tersebut.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Namun ramai yang mengadu mereka belum lagi menerima bantuan makanan di bawah program ‘Sarawakku Sayang’.

Lebih 1,000 Orang Di Sibu Yang Hilang Pekerjaan Akibat COVID-19 Amat Memerlukan Bantuan Makanan
Lebih 1,000 Orang Di Sibu Yang Hilang Pekerjaan Akibat COVID-19 Amat Memerlukan Bantuan Makanan

Permohonan lebih daripada 1,000 nama telah diserahkan

“Kami menerima permohonan mereka untuk mendapatkan bantuan makanan melalui WhatsApp dan sehingga kini, kami telah menyerahkan lebih 1,000 nama kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Bahagian Sibu melalui Pejabat Daerah Sìbu untuk menyelaras pengagihan bakul makanan tersebut.

“Dan nama-nama mereka yang memerlukan bantuan makanan masih lagi kami terima,” katanya dalam kenyataan, di sini, hari ini.

Jelas Chambai, mereka tidak mempunyai wang yang mencukupi buat membeli makanan untuk keluarga dan mereka amat memerlukan makanan dengan segera.

Lebih 1,000 Orang Di Sibu Yang Hilang Pekerjaan Akibat COVID-19 Amat Memerlukan Bantuan Makanan

 Situasi mereka adalah benar

“Kami percaya situasi mereka adalah benar. Terdapat 11 hari lagi PKP 2.0 di Sìbu. Sekiranya mereka tidak menerima bantuan makanan dengan segera, keadaan mereka akan bertambah teruk. Simpanan mereka, jika ada, akan kering. Dan jika itu berlaku, ramai yang akan kelaparan,” katanya.

Organisasi itu juga turut prihatin terhadap penduduk luar bandar di Sìbu Jaya yang berada dalam situasi sama kerana ramai antara mereka tidak tahu apa yang perlu dilakukan dan di mana hendak mendapatkan bantuan.

Lebih 1,000 Orang Di Sibu Yang Hilang Pekerjaan Akibat COVID-19 Amat Memerlukan Bantuan Makanan

Situasi yang dihadapi sememangnya membimbangkan

Chambai berkata situasi yang dihadapi penduduk luar bandar yang tinggal di bandar Sìbu itu sememangnya membimbangkan.

“Ramai daripada mereka mahu pulang ke rumah panjang masing-masing tetapi di bawah PKP, mereka tidak dibenarkan berbuat demikian.

“Harapan mereka kini terletak pada jawatankuasa bencana. Lebih awal bantuan makanan diberikan kepada mereka, lebih baik,” tambahnya.

Kredit: Bernama

Lagi di sini:

SUMBER : BERNAMA
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy