fbpx
Cerita Borneo

Lebih 3.8K ‘Shares’, Lelaki Ini Ajar Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

Kuih Tradisional Yang Popular Menjelang Bulan Puasa Di Sarawak

Lebih 3.8K ‘Shares’, Lelaki Ini Ajar Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak. Tinggal beberapa minggu sahaja lagi umat Islam bakal menyambut kedatangan bulan Ramadan yang mulia. Jika anda merupakan seorang rakyat Sarawak atau pernah merasa suasana berpuasa di negeri ini, pasti anda akan terkenang akan sejenis kuih tradisional yang tak lapuk ditelan zaman iaitu kuih bongkol.

Mana tidaknya, setiap kali menjelang bulan puasa, kuih ini akan sentiasa menjadi buruan untuk dijadikan hidangan berbuka puasa atau pun moreh setelah sembahyang terawih di surau atau masjid.

Lebih 3.8K 'Shares', Lelaki Ini Ajar Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak
Lebih 3.8K ‘Shares’, Lelaki Ini Ajar Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

Ada juga yang menyebutnya sebagai kuih tongkol. Gelaran ini kebiasaannya berbeza mengikut daerah di negeri Sarawak. Apa-apa pun, ia tetap kuih yang sama.

Seorang pengguna laman sosial Facebook, Nizam Syahredza, telah berkongsi resipi kuih bongkol kepada umum. Menurutnya, resipi yang dikongsikan ini merupakan resipi ibu nya dan menggunakan gula apong iaitu sejenis gula daripada nira pokok nipah atau apong.

Jom kita lihat resipi kuih bongkol ini!

Bahan-Bahan Yang Diperlukan

Pembungkus

  • Daun pisang
  • Pelepah daun pisang (bentuk mengikut dalam video)
Lebih 3.8K 'Shares', Lelaki Ini Ajar Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak
Pelepah daun pisang sebagai acuan untuk membentuk daun pisang.
Lebih 3.8K 'Shares', Lelaki Ini Ajar Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak
Bentuk acuan kuih bongkol yang telah siap.

Bancuhan Tepung Beras

  • 1 bungkus tepung beras
  • 2 cawan air
  • Sedikit pes pandan

Bancuhan Santan *bergantung kepekatan

  • 500 gram santan pekat
  • 3 liter air
  • Daun pandan
  • Garam

Bancuhan Telur

  • 5 biji telur
  • 2 cawan santan
  • Esen vanilla
  • Gula
  • Pewarna kuning

Gula Apong

Cara-Cara Membuat

1. Campurkan bahan bancuhan tepung beras hingga sebati.

Lebih 3.8K 'Shares', Lelaki Ini Ajar Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

2. Masukkan bancuhan santan yang sudah dimasak bersama daun pandan ke dalam bancuhan tepung beras.

Lebih 3.8K 'Shares', Lelaki Ini Ajar Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak
Lebih 3.8K 'Shares', Lelaki Ini Ajar Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

2. Gaul sehingga campuran bancuhan kelihatan pekat.

Lebih 3.8K 'Shares', Lelaki Ini Ajar Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

3. Isikan gula apong ke dalam daun pisang yang telah dibentuk. Jika tiada gula apong, anda juga boleh menggunakan gula pasir biasa.

Lebih 3.8K 'Shares', Lelaki Ini Ajar Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

4. Masukkan bancuhan tepung beras dan santan tadi ke dalam bungkusan daun pisang.

5. Masukkan bancuhan telur pada lapisan atas.

6. Kukus selama 20 – 30 minit atau sehingga daun nampak layu.

Lebih 3.8K 'Shares', Lelaki Ini Ajar Buat Kuih Bongkol Kegemaran Rakyat Sarawak

***Anggaran hidangan : 40-50 kuih

Jika bukan bulan puasa, agak susah untuk anda menjumpai penjaja menjual kuih bongkol ini. Tetapi kini, anda sudah boleh mencuba membuat kuih ini sendiri di rumah. Buat hari-hari biasa pun boleh. Tak payah tunggu puasa dah!

Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan

Back to top button