fbpx
Cerita Borneo

Lebih 3 juta Orang Kehilangan Pekerjaan Di Amerika Syarikat Selepas COVID19 Melanda

Data terbaru menunjukkan 3.28 Juta orang kehilangan pekerjaan di Amerika Syarikat

Lebih 3 juta Orang Kehilangan Pekerjaan Di Amerika Syarikat Selepas COVID19 Melanda. Jabatan Buruh Amerika Syarikat melaporkan 3.28 juta pekerjaan telah hilang semenjak COVID19 melanda negara itu menurut statistik terbaru yang dikeluarkan.

Lebih 3 juta Orang Kehilangan Pekerjaan Di Amerika Syarikat Selepas COVID19 Melanda
Lebih 3 juta Orang Kehilangan Pekerjaan Di Amerika Syarikat Selepas COVID19 Melanda

Angka tersebut melepasi semua rekod jumlah kehilangan pekerjaan sebelum ini

Menurut Jabatan Buruh Amerika Syarikat, angka tersebut jauh melepasi semua rekod jumlah kehilangan pekerjaan sebelum ini yang pernah dicatatkan di Amerika Syarikat dalam apa apa krisis ekonomi. Angka tertinggi yang pernah dicatatkan adalah 695,000 pada bulan Oktober Tahun 1982. Angka ini merupakan satu jumlah yang sangat membimbangkan.

Kebanyakan perniagaan terpaksa ditutup

Dengan kerajaan Amerika Syarikat yang turut mengikut langkah negara negara lain yang mengamalkan penjarakkan sosial, ini mengakibatkan banyak perniagaan terpaksa ditutup. Statistik data jumlah kehilangan pekerjaan merupakan satu indikator awal untuk melihat keadaan ekonomi semasa. Kebanyakkan statistik yang dikeluarkan minggu minggu lalu juga telah mula menunjukkan impak COVID19 kepada ekonomi.

Artikel Berkaitan

Back to top button