fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Lebih Kurang 30 Ekor ‘Babi Berjanggut Borneo’ Ditemui Mati Secara Misteri

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
5 Februari 2021
Lebih Kurang 30 Ekor ‘Babi Berjanggut Borneo’ Ditemui Mati Secara Misteri
Share on FacebookShare on Twitter

‘Babi Berjanggut Borneo’ ditemui mati secara misteri.

Lebih Kurang 30 Ekor ‘Babi Berjanggut Borneo’ Ditemui Mati Secara Misteri. Kebelakangan ini, kira-kira 30 ekor ‘babi berjanggut Borneo’ ditemui mati secara misteri di beberapa kawasan di pantai timur negeri Sabah.

Menurut Pengarah Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Sabah Dr Peter Lee, jabatan tersebut sedang menyiasat punca kematian dan akan mengeluarkan kenyataan penuh mengenai puncanya selepas semua ujian dijalankan.

Lebih Kurang 30 Ekor 'Babi Berjanggut Borneo' Ditemui Mati Secara Misteri
Lebih Kurang 30 Ekor ‘Babi Berjanggut Borneo’ Ditemui Mati Secara Misteri. Gambar sebagai hiasan

Pihaknya sedang mengkaji

Dalam satu kenyataan beliau berkata, pihaknya sedang mengkaji beberapa sampel, termasuk ujian kemungkinan keracunan; dan setakat ini ujian menunjukkan sampel yang diambil tidak menunjukkan tanda-tanda penyakit berjangkit.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Selain itu, beliau berkata JPV telah mengesan kes awal kematian haiwan tersebut pada 28 Jan lepas semasa mengadakan mesyuarat secara dalam talian dengan Jabatan Hidupan Liar Sabah, apabila dimaklumkan bahawa 14 ekor haiwan itu didapati mati di sekitar daerah Kinabatangan antara bulan Disember dan Januari lepas.

Menurutnya JPV seterusnya menubuhkan satu pasukan yang dianggotai petugas dari Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Pusat Lapangan Danau Girang (DGFC) bagi menyiasat perkara itu.

Lebih Kurang 30 Ekor 'Babi Berjanggut Borneo' Ditemui Mati Secara Misteri
Gambar sebagai hiasan

Ambil sampel daripada beberapa bangkai yang ditemui

“Pasukan itu telah mengambil sampel daripada beberapa bangkai yang ditemui, termasuk sampel sumsum tulang bagi ujian “Polymerase Chain Reaction” (PCR) untuk ujian penyakit; serta makanan pepejal untuk ujian toksikologi.

“Bagaimanapun disebabkan hujan berterusan, dan kawasan itu mudah dinaiki air, agak sukar untuk mendapatkan sampel babi berjanggut Borneo di kawasan sama bangkai itu ditemui,” Jelasnya lagi.

Lee juga turut melaporkan bahawa apa jua punca kematian haiwan tersebut tidak menjejaskan babi tempatan yang berada di kawasan berkenaan, namun menurutnya jabatan itu tidak memandang ringan terhadap sebarang kemungkinan, dan telah meningkatkan pemantauan haiwan itu dalam kawasan dari Kinabatangan sehingga Beluran dan Paitan.

“Saya ingin menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang andaian awal atau menyebar khabar angin yang boleh menimbulkan panik dalam masyarakat.. dan menggesa orang ramai supaya menghubungi segera Jabatan Perkhidmatan Haiwan yang terdekat sekiranya mereka mempunyai sebarang maklumat berhubung kes ini,” katanya.

Kredit: Astro Awani

Lagi di sini:

SUMBER : Astro Awani
Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy