fbpx
Cerita Borneo

Legenda Kaum Iban Mengisahkan Percintaan Antara Seorang Manusia Dan Dewi

Legenda Burung Kenyalang

Legenda Kaum Iban Mengisahkan Percintaan Antara Seorang Manusia Dan Dewi. Burung kenyalang bukan sahaja ikon yang terkenal di kalangan masyarakat Sarawak, malah ia juga antara haiwan yang suci bagi hampir semua masyarakat di bumi Sarawak. Antara masyarakat yang banyak mempunyai kisah berkaitan dengan burung kenyalang ialah masyarakat Iban.

Selain kisah Singalang Burong, petara yang dihormati dalam masyarakat Iban, terdapat juga satu kisah tentang anak sulung Singalang Burong, iaitu Tinchin Temaga dan cintanya, seorang manusia yang bernama Menggin.

Kisah ini dihikayatkan sejak beberapa ratus tahun yang lalu dan diceritakan secara lisan dari generasi ke generasi, jadi ia tidak mustahil jika terdapat beberapa variasi yang berlainan. Namun, kisah yang berikut adalah kisah yang paling popular.

Legenda Kaum Iban Mengisahkan Percintaan Antara Seorang Manusia Dan Dewi
Legenda Kaum Iban Mengisahkan Percintaan Antara Seorang Manusia Dan Dewi

Menggin, Seorang Pemburu Yang Handal

Kisah bermula dengan Menggin telah masuk ke dalam hutan seperti biasa untuk memburu. Seorang pemburu yang handal dan mahir menggunakan sumpit, dia hairan apabila kawasan hutan yang diterokainya senyap dan tiada siulan daripada burung-burung seperti biasanya.

Enggan kembali ke kampung dengan tangan kosong, dia tetap berjalan meredah hujan demi mencari hasil buruan. Setelah hampir sehari meraya, Menggin akhirnya tiba ke satu anak sungai dan melepaskan keletihan dan dahaganya di situ. Apabila dia sedang mencuci muka, dia terlihat satu kelibat burung enggang yang memerhatinya.

Menggin kemudian mengatur langkahnya dengan hati-hati kerana tidak mahu burung itu terbang dari situ. Setelah memastikan posisi burung tersebut, dia menyumpit burung itu, maka jatuhlah burung enggang itu ke atas tanah.

Legenda Kaum Iban Mengisahkan Percintaan Antara Seorang Manusia Dan Dewi
Menggin menyumpit burung tersebut. Kredit: Sabah&Sarawak Traditional Games

Menjangkakan Seekor Burung, Sebaliknya Dia Melihat Seorang Wanita Terbaring Kesakitan

Setelah burung itu jatuh, Menggin bergegas ke arah burung itu. Namun, dia terkejut apabila melihat burung itu tiada di sana. Tiba-tiba, Menggin terdengar bunyi seorang wanita mengadu kesakitan. Apabila dia menoleh ke belakang, dia terkejut melihat seorang wanita terbaring kesakitan. Ternyata pula luka yang disadu oleh wanita itu ialah luka akibat disumpit.

Bingung sama ada dia secara tidak sengaja menembak wanita itu dan bukannya burung yang disyakinya, Menggin lalu mengambil daun-daunan di sekitar hutan untuk mengurangkan kesakitan wanita tersebut.

Menyedari hari sudah mula senja, Menggin berputus untuk membawa wanita itu pulang ke rumah panjangnya dengan izin wanita itu. Wanita itu kemudian meminta Menggin untuk tidak bertanya dari mana asal-usulnya dan sebagai tanda terima kasih, wanita itu bersetuju untuk mengikut apa sahaja kemahuan Menggin atasnya.

Setelah tiba di rumah panjang, Menggin memperkenalkan wanita itu kepada keluaraganya yang juga merupakan keluarga Tuai Rumah rumah panjang itu. Wanita yang bernama Tinchin itu memang cantik – kecantikannya cukup menarik hati Menggin sehinggakan dia berkata kepada keluarganya dia berminat untuk mengambil Tinchin sebagai isterinya. Ya baru love at first sight!

Menggin Dan Tinchin Disatukan Sebagai Suami Isteri

Setelah dipersetujui oleh keluarga Menggin, majlis perkahwinan pasangan itu mula dipersiapkan dan mereka berkahwin mengikut adat istiadat perkahwinan masyarakat Iban pada masa itu. Menjelang 2 hari sebelum hari majlis perkahwinan mereka, Tinchin berbisik kepada Menggin bahawa dia sudi menjadi isterinya dengan syarat dia jangan sesekali mempersoalkan apa yang dilakukan dan keturunannya. Menggin bersetuju dengan syarat isterinya dan akhirnya mereka berkahwin. Maka, bermulalah hidup mereka sebagai suami isteri yang bahagia dan dikurniakan seorang cahaya mata, iaitu bayi lelaki comel, 9 bulan kemudian.

Legenda Kaum Iban Mengisahkan Percintaan Antara Seorang Manusia Dan Dewi
Tinchin dan Menggin disatukan sebagai suami isteri mengikut adat istiadat perkahwinan pada masa itu. Gambar sekadar hiasan. Kredit: Tsem Rinpoche

Tidak lama lepas anak mereka lahir, Menggin perasan isterinya sering mendongak ke langit apabila menyusukan anak mereka. Apabila disoal, Tinchin hanya berjawab dengan sekuntum senyuman dan makin menambahkan kehairanan Menggin.

Pada masa yang sama, dia sering terlihat Tinchin menenun 2 pasang baju dan tenunan tersebut sangat kemas dan cantik. Sekali lagi Menggin bersoal isterinya mengapa harus menenun baju-baju tersebut dan siapa punya baju itu. Tinchin hanya berjawab dengan cara yang sama iaitu memberi sekuntum senyuman.

Legenda Kaum Iban Mengisahkan Percintaan Antara Seorang Manusia Dan Dewi
Gambar sekadar hiasan.

Akibat sering dipersoal oleh suaminya, Tinchin akhirnya mengajak Menggin untuk berbual mesra. Di dalam perbualan itu, Tinchin akhirnya mendedahkan nama sebenarnya iaitu Tinchin Temaga, anak puteri sulung dewa Singalang Burong yang berasal daripada kayangan. Menggin terkejut apabila menyedari isteri yang dikahwininya merupakan anak kepada dewa masyarakat Iban yang amat dihormati.

Legenda Kaum Iban Mengisahkan Percintaan Antara Seorang Manusia Dan Dewi
Lukisan hasil Kevin-Glint. Kredit: deviantart.com/nahnahnivek

Tinchin kemudian memohon kepada suaminya untuk membenarkannya pulang menjenguk ayahandanya akibat rindu halaman kampung dan keluarganya. Demi kasih sayang terhadap isterinya, Menggin membenarkan isterinya pulang ke kayangan dengan syarat dia pergi seorang dan tidak membawa anak lelaki mereka.

Walaupun hatinya berat meninggalkan satu-satu anaknya di dunia realiti, Tinchin bersetuju. Tinchin turut memberitahu Menggin sekiranya dia dan anak mereka merinduinya, baju yang ditenun oleh nya harus dipakai agar mereka boleh ke kayangan untuk menjumpanya.

Setibanya hari untuk Tinchin pulang ke kayangan, Tinchin berubah menjadi seekor burung enggang yang besar dan terbang ke langit.

Terlalu Lama Menunggu

Hari demi hari, Menggin dengan setia menanti isterinya untuk kembali, namun hal itu tidak menjadi. Setelah beberapa bulan dan akibat membesarkan anaknya berseorangan diri, Menggin terpaksa berkahwin sekali lagi atas desakan keluarganya.

Di samping itu, anak tunggalnya sentiasa bertanyakan ibunya, Tinchin. Pada suatu hari, Menggin memakaikan 2 helai baju yang ditinggalkan oleh Tinchin untuk dirinya dan anak lelakinya. Mereka kemudian bertukar menjadi 2 ekor burung enggang dan berjaya terbang ke kayangan untuk berjumpa dengan isterinya yang tercinta.

Setibanya di istana kayangan, ayah dan anak itu disambut dengan mesra oleh seorang yang gagah perkasa dan memakai pakaian pahlawan masyarakat Iban. Alangkah kagumnya Menggin apabila tokoh itu memperkenalkan diri sebagai Singalang Burong, ayahanda kepada Tinchin Temaga dan datuk kepada anak lelaki Menggin. Menggin berasa sangat kagum apabila berdepan dengan dewa yang dia sentiasa dengar dalam cerita-cerita orang tua dan kini berdepan dewa itu, what more to say Singalang Burong ialah bapa mertuanya sendiri!

Legenda Kaum Iban Mengisahkan Percintaan Antara Seorang Manusia Dan Dewi

Betapa gembiranya rasa Menggin apabila dia akhirnya bersatu dengan isteri tercinta, manakala Tinchin gembira apabila dapat berjumpa dengan suami dan anaknya sekali lagi. Walaupun begitu, Tinchin terpaksa menolak Menggin. Hal ini kerana Tinchin menghormati isteri kedua Menggin yang masih di bumi.

Dengan penuh hormat, Tinchin meminta suaminya untuk kembali ke bumi, ke pangkuan keluarganya dan kembali ke isteri keduanya. Tinchin turut berkata biarlah dia dan ayahandanya membesarkan anak mereka di kayangan.

Menggin Kembali Ke Bumi, Meninggalkan Anak Dan Isterinya Di Kayangan

Sebelum Menggin pulang ke bumi, Singalang Burong menjaminkan Menggin agar tidak risau tentang anak lelakinya, memandangkan anak lelakinya juga cucu kepada Singalang Burong. Malah, anak lelakinya akan diajar segalanya tentang kepakaran ilmu perang dan sakti-sakti warisan Singalang Burong.

Singalang Burong juga memberitahu Menggin untuk meperjelaskan kepada masyarakat Iban di bumi agar jangan risau sekiranya ada sesuatu yang berlaku. Sekiranya diseru, Singalang Burong akan turun ke bumi untuk menyelamatkan mereka. Menggin akhirnya kembali terbang ke bumi, meninggalkan isteri dan anak lelakinya di kayangan.

Setelah tiba di rumah panjangnya, Menggin menghulurkan pesanan Singalang Burung kepada semua masyarakat Iban di bumi. Sejak itu, masyarakat Iban di bumi sering memohon semangat petara itu mengungkai permasalahan mereka dan seperti dijanjikan, Singalang Burong sentiasa mengutamakan masyarakat Iban.

Apa lagi legenda yang anda tahu tentang burung kenyalang tersayang kita? Komen dan jangan lupa kongsikan artikel ini!

Lebih lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button