fbpx
Cerita Borneo
Kini Trending

Lelaki Gelandangan Ini Terpaksa Korek Sampah Demi Mencari Pelitup Muka Bagi Elak Saman RM1K

Berlaku di Seremban, Semenanjung Malaysia

Lelaki Gelandangan Ini Terpaksa Korek Sampah Demi Mencari Pelitup Muka Bagi Elak Saman RM1K. Dengan penguatkuasaan kewajiban untuk menggunakan pelitup muka di tempat awam pada 1 Ogos yang lalu, ramai sudah bermula untuk pastikan masing-masing gunakan pelitup muka agar mengelak bayar saman RM1,000.

Namun, tak semua mampu untuk beli sekotak pelitup muka dimana sehelai hanya boleh diguna sekali sahaja.

Dalam satu perkongsian menerusi Twitter, pengguna Twitter ini dedahkan seorang lelaki gelandangan yang terpaksa mengorek sampah demi mencari pelitup muka bagi mengelak bayar saman RM1,000 tersebut.

Lelaki Gelandangan Ini Terpaksa Korek Sampah Demi Mencari Pelitup Muka Bagi Elak Saman RM1K
Lelaki Gelandangan Ini Terpaksa Korek Sampah Demi Mencari Pelitup Muka Bagi Elak Saman RM1K

“Pakcik nak cari mask. Kalau tak pakai nanti kena saman,” – Lelaki gelandangan terbabit

Menurut penulis ciapan tersebut, Khalid, lelaki gelandangan tersebut sering dilihat lepak di tepi jalan persekitaran Seremban. Manakala insiden tersebut berlaku di Pasar Besar Ampangan, Seremban.

Rata-rata warganet berasa simpati terhadap lelaki gelandangan itu kerana sanggup mengorek sampah untuk elak bayar saman.

Kredit: Twitter
Kredit: Twitter

Mujur lelaki tersebut sudah diberi bantuan, menurut update Khalid yang dikongsi kemudian.

Setakat ini, harga siling untuk pelitup muka diguna sekali adalah RM1.50 seperti yang ditetapkan oleh kerajaan, tetapi akan segera diturunkan kepada RM1.20 seunit mulai 15 Ogos 2020. Harga borong juga dijangka akan turun dari harga siling semasa RM1.45 hingga RM1.15 seunit.

Jika anda ternampak seseorang yang serba kekurangan tidak mengguna pelitup muka, tolonglah sedekah sedikit pelitup muka kepada mereka sekiranya anda mampu. Dicadangkan lebih baik untuk beri pelitup muka fabrik yang senang untuk dicuci dan dapat diserbaguna.

Kadang-kadang kita mudah lupa tak semua orang senasib baik dengan kita dan kita dengan pantasnya menilai seseorang tanpa melihat disebaliknya. Semoga lelaki ini dan ramai lain yang senasib dengan beliau dipermudahkan urusan.

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button