fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Lelaki Hilang Ditemui Meninggal Disyaki Diserang Buaya Di Lundu

iloveborneo Oleh iloveborneo
25 Januari 2020
Lelaki Hilang Ditemui Meninggal Disyaki Diserang Buaya Di Lundu
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Mangsa dikenali sebagai Fairus Latip

Menurut satu laporan yang dikeluarkan Harian Metro , satu mayat lelaki hanya tinggal kepala, sebahagian badan, dan kaki kiri dipercayai diserang buaya ditemui orang awam di Sungai Ulu Lobak sekitar jam 7 pagi tadi.

Lelaki Hilang Ditemui Meninggal Disyaki Diserang Buaya Di Lundu

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lundu Putra Ila berkata, mayat mangsa dikenali sebagai Fairus Latip, 37, ditemui orang awam dalam keadaan tidak sempurna.Katanya, mangsa dilaporkan hilang ketika keluar menangkap ketam di anak sungai Chupin, di Lundu pada pagi Khamis.

“Operasi pencarian pada hari pertama dilakukan BBP Lundu berjaya menjumpai alat menangkap ketam milik mangsa namun dia gagal dikesan.

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

“Kami dimaklumkan penemuan mayat oleh orang kampung pada 7 pagi ini di Sungai Lobak Ulu yang jarak perjalan ke lokasi kejadian mengambil masa kira-kira 30 minit melalui sungai.

“Hasil pemeriksaan mendapati mangsa dipercayai diserang buaya ketika menangkap ketam berikutan anggota badan hanya tinggal kepala, sebahagian badan dan kaki kiri,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Putra berkata, susulan penemuan mayat mangsa, operasi pencarian ditamatkan. Katanya, mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk siasatan lanjut. Terdahulu, mangsa dilaporkan hilang pada 11.23 malam Khamis lalu oleh isterinya kerana gagal dihubungi selepas keluar menangkap ketam sekitar 11.30 pagi pada hari berkenaan.

Tahun lepas, seorang lelaki lain turut meninggal dunia akibat dibaham oleh buaya di kawasan yang hampir sama

Share134Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy