fbpx
Cerita Borneo

Lelaki Ingkar Kuarantin Untuk Makan Mee Kampua Serah Diri Kepada Pihak Berkuasa

Beliau menyerahkan diri di Balai Polis Sibu Jaya

Lelaki Ingkar Kuarantin Untuk Makan Mee Kampua Serah Diri Kepada Pihak Berkuasa. Seorang lelaki yang viral selepas menunjukkan dirinya ingkar perintah kuarantin sebelum ini akhirnya menyerah diri di Balai Polis Sibu Jaya.

Lelaki Ingkar Kuarantin Untuk Makan Mee Kampua Serah Diri Kepada Pihak Berkuasa
Lelaki Ingkar Kuarantin Untuk Makan Mee Kampua Serah Diri Kepada Pihak Berkuasa

Lelaki tersebut menyerah diri selepas menyedari dirinya dicari kerana melanggar arahan kuarantin di rumah dikenakan ke atasnya.

Lelaki tersebut tiba di Sibu pada 17 Mei yang lalu

Menurut laporan, lelaki tersebut berumur 27 tahun dan bekerja di Kuala Lumpur sebagai penyelia tapak. Beliau tiba di Sibu pada 17 Mei yang lalu.

Sebaik sahaja tiba di Sibu, lelaki tersebut dikuarantinkan di sebuah hotel sebelum kemudiannya diarahkan untuk kuarantin di rumah sehingga 30 Mei ini.

“Pagi tadi (hari ini) ada seorang lelaki yang telah diarah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk kuarantin di rumah hingga 30 Mei telah memviral dirinya dalam FB (Facebook) makan mi di sebuah kedai kopi di Sibu Jaya.

” Ekoran daripada reaksi orang ramai, anggota (polis) dari BP Sibu Jaya telah ke kedai kopi tersebut dan menyedari polis mencarinya. Lelaki tersebut menyerah diri di BP Sibu Jaya,” – Menurut Timbalan Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Dev Kumar dalam sebuah laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo hari ini

Kes tersebut kini dirujuk kepada Kementerian Kesihatan Malaysia untuk tindakan undang undang.

Individu tersebut viral selepas memuatnaik satu gambar memakan mee kampua dengan status kuarantin days-7 di laman facebook.

Apabila ditanya rakan beliau, beliau mengatakan beliau telah membuka gelang getah yang diberikan oleh pihak berkuasa bagi mengelakkan dirinya dikesan oleh orang ramai.

Anda boleh baca artikel tersebut di pautan ini :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close