fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Lelaki Ini Beri Sebab Kenapa Malaysia Lebih Berhak Miliki Sabah Berbanding Filipina

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
3 Ogos 2020
Lelaki Ini Beri Sebab Kenapa Malaysia Lebih Berhak Miliki Sabah Berbanding Filipina
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Masa untuk claim!

Lelaki Ini Beri Sebab Kenapa Malaysia Lebih Berhak Miliki Sabah Berbanding Filipina. Minggu lalu, setiausaha hubungan luar Filipina telah mencetuskan kontroversi apabila memuat naik satu kenyataan di Twitter yang mengatakan bahawa Sabah bukan di dalam Malaysia.

Kenyataan tersebut adalah ciapan balas kepada ciapan kedutaan Amerika Syarikat di Filipina yang memberikan bantuan kepada warga Filipina yang dihantar pulang dari Sabah.

ADVERTISEMENT

Malah, pendapat tersebut turut dicanggah oleh Menteri Luar Negeri Malaysia, Dato’ Seri Hishammuddin Tun Hussein.

Baca selanjutnya di sini :

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

ADVERTISEMENT

Susulan isu terbabit, seorang pengguna laman Twitter, Ayman Rasydan Wong yang juga merupakan seorang pegawai tadbir diplomatik telah menjelaskan dari sudut undang-undang antarabangsa mengapa Malaysia lebih berhak memiliki Sabah berbanding Filipina.

Bebenang ciapan tersebut telah mendapat 7.4K tanda suka dan 5.1K ulang kicau.

Ada terbaca orang kata kalau Filipina claim Sabah, Malaysia pun boleh claim Mindanao sebab pengasas Kesultanan Sulu orang Johor. Sulu pernah menguasi sebahagian Mindanao.

Boleh ke? Tak boleh.

Tuntutan Filipina tak lah merepek malah ada asasnya. Cuma asas Malaysia lagi kuat. pic.twitter.com/QazMsoOLBi

— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 2, 2020

Claim Filipina ke atas Sabah bukan sebab pernah diperintah Kesultanan Sulu semata-mata

Menurut Ayman, tuntutan Filipina ke atas Sabah bukanlah atas faktor sejarah bahawa Kesultanan Sulu pernah menguasai Sabah timur. Namun, ia nya lebih kepada tuntutan atas sebab wujudnya kedaulatan atau hak eksklusif menguasai wilayah yang belum terbatal. Dalam kes ini, Filipina mendakwa mereka mempunyai hak eksklusif yang belum terbatal sebelum pembentukan Malaysia.

Pemilikan sesebuah wilayah yang sah boleh dibuktikan melalui 5 cara yang sah di sisi undang-undang iaitu penyerahan (cession), penaklukan (conquest), pendudukan ke atas tanah yang tidak bertuan (occupation), pendudukan atas tanah bertuan tanpa bantahan (prescription) atau tambakan (accretion).

Dalam undang-undang antarabangsa, sejarah silam seperti tempat lahir pengasas tidak boleh dijadikan asas kedaulatan.

Sabah pernah diperintah oleh Brunei dan Sulu suatu ketika dahulu

Sebelum bermulanya kisah claim Filipina ini, Sabah yang anda lihat pada hari ini pernah diperintah oleh Kesultanan Brunei suatu masa dahulu. Selepas perang saudara Brunei pada tahun 1660-1673, Sultan Muhyiddin menghadiahkan sebahagian daripada timur Sabah kepada Kesultanan Sulu yang telah membantunya memenangi peperangan.

Lelaki Ini Beri Sebab Kenapa Malaysia Lebih Berhak Miliki Sabah Berbanding Filipina
Lelaki Ini Beri Sebab Kenapa Malaysia Lebih Berhak Miliki Sabah Berbanding Filipina
Sumber : Twitter

Namun demikian, seorang lelaki dari Jerman yang bernama Overbeck telah berjaya memujuk Sultan Brunei untuk menyerahkan kawasan barat Sabah kepadanya. Kemudian, Overbeck juga turut mendapatkan kawasan timur Sabah daripada Kesultanan Sulu melalui perjanjian bertarikh 22 Januari 1878.

Gabungan Sabah timur dan barat membentuk North Borneo

Overbeck yang mempunyai jalinan kerjasama dengan adik beradik Dent dari Britain akhirnya menggabungkan timur dan barat Sabah dan menggelarkannya sebagai ‘North Borneo’ seperti yang anda lihat pada hari ini.

Di bawah penguasaan adik-beradik Dent ini, mereka menubuhkan North Borneo Company dan memerintah sehingga tahun 1946 sebelum menyerahkannya kepada pihak British untuk dijadikan jajahan.

North Borneo mencapai kemerdekaan pada tahun 1963 apabila membuat keputusan untuk menyertai Malaysia dan dinamakan semula sebagai Sabah.

Alasan 1 : Filipina anggap perjanjian 1878 adalah pajakan semata-mata, bukan penyerahan

Berbalik kepada tuntutan Filipina, mereka beranggapan bahawa perjanjian 1878 antara Overbeck dan Kesultanan Sulu hanyalah perjanjian pajakan tanpa had tempoh. Overbeck harus membuat bayaran sebanyak 5,000 peso setiap tahun.

Bayaran terhenti setelah Kesultanan Sulu pupus apabila Sultan Jamalul Kiram II mangkat. Namun, Filipina berkeras bahawa perjanjian tersebut masih sah kerana waris Kesultanan masih hidup.

Lelaki Ini Beri Sebab Kenapa Malaysia Lebih Berhak Miliki Sabah Berbanding Filipina
Sumber : Twitter

Oleh sebab itu juga, Filipina berpendapat bahawa British tidak berhak untuk menyerahkan Sabah timur kepada Malaysia kerana mereka masih menganggap Sabah sebagai tanah pajakan.

Filipina kata tak berlaku sovereignty transfer antara Kesultanan Sulu dan mana-mana pihak mengenai Sabah timur. Jadi Sulu masih mempunyai sovereignty ke atas Sabah timur yang dipajak (leased) kepada Gustav Overbeck. Dan hak sovereignty Sulu kini dah di-transfer kepada Filipina. pic.twitter.com/JfpdWZhUQv

— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 2, 2020

British anggap pajakan mesti ada had tempoh, dianggap penyerahan terus jika tiada had tempoh

Dari sudut pandang British pula, mereka menganggap bahawa perjanjian 1878 adalah suatu bentuk penyerahan (cession) daripada Kesultanan Sulu kepada Overbeck. Istilah ‘sampai selama-lamanya’ serta ‘selagi ada bulan dan bintang’ yang disebut dalam perjanjian tersebut dianggap sebagai terma penyerahan.

Lelaki Ini Beri Sebab Kenapa Malaysia Lebih Berhak Miliki Sabah Berbanding Filipina
Sumber : Twitter

Bayaran 5,000 peso setahun pula ialah sebagai pampasan sehinggalah Kesultanan Sulu tidak lagi wujud.

Pihak British juga menganggap bahawa sesuatu pajakan haruslah mempunyai had tempoh sebagaimana China memajakkan Hong Kong kepada British selama 99 tahun sebelum memulangkannya semula kepada China pada tahun 1997.

Pajakan menurut pemahaman Britain ada had tempohnya, macam China pajakkan Hong Kong selama 99 tahun sehingga Britain memulangkan Hong Kong pada tahun 1997.

Sebab tu kalau buat perjanjian dengan Mat Saleh jangan nak ayat berbunga-bunga. Kan kena.

— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 2, 2020

Alasan 2 : Filipina tidak iktiraf keputusan referendum Suruhanjaya Cobbold

Walau bagaimanapun, prinsip yang lebih kuat berbanding 5 cara pemilikan kedaulatan ialah penentuan nasib sendiri yang termaktub dalam Piagam Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (United Nations Charter). Melalui prinsip ini, penduduk di sesebuah kawasan mempunyai kuasa mutlak untuk memilih menjadi warga sesebuah negara atau merdeka menerusi referendum.

Rakyat di Sabah telah melakukan penentuan nasib sendiri melalui persetujuan mereka untuk menyertai Malaysia pada 1963. Persetujuan ini telah dikutip melalui pungutan suara Suruhanjaya Cobbold.

Sekali lagi, Filipina tetap membantah keputusan tersebut dengan alasan referendum tersebut tidak betul dan tidak sah.

Berdasarkan prinsip ini, Sabah (merangkumi Sabah timur) sah sebagai sebahagian Malaysia menerusi proses pungutan suara Suruhanjaya Cobbold di mana rakyat Sabah bersetuju untuk join Malaysia. Cuma Filipina kata ia tak sah sebab bukan referendum yang betul.

— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 2, 2020

Alasan 3 : Perairan Sabah ada banyak sumber berharga

Ayman turut menambah bahawa Filipina akan tetap mencari cara untuk mendapatkan semula Sabah kerana pemilikan Sabah membolehkan mereka turut mempunyai hak ke atas perairan Sabah. Untuk pengetahuan anda, perairan Sabah merangkumi Perairan Spratly atau Kalayan.

Sekiranya Filipina memiliki perairan Sabah, mereka tidak perlu lagi berkongsi perairan dengan Malaysia dan boleh memerah segala hasil kekayaan laut termasuk minyak di kawasan itu.

Kenapa?

Kalau Filipina menguasai Sabah, Filipina pun ada hak ke atas kawasan perairannya, maka dengan itu Filipina boleh bolot seluruh kawasan perairan Kepulauan Spratly, atau “Kalayaan” menurut Filipina. Tak perlu share dengan Malaysia. Brunei pun tak aktif nak claim. pic.twitter.com/v56xooaT33

— Ayman Rashdan Wong (@AymanRashdanW) August 2, 2020

Apa-apa pun, isu tuntutan Filipina ini sudah berdekad lamanya dan sehingga kini masih belum selesai kerana mereka masih belum berputus asa.

Well.

Lihat keindahan negeri Sabah yang menjadi idaman Filipina ini :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy