fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Lelaki Ini Dedah Sikap Segelintir Peniaga Letak Dacing Timbang Tidak Tepat di Market Basah Sibu

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
13 November 2019
Lelaki Ini Dedah Sikap Segelintir Peniaga Letak Dacing Timbang Tidak Tepat di Market Basah Sibu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Sebagai Peringatan Untuk Semua

Lelaki Ini Dedah Sikap Segelintir Peniaga Letak Dacing Timbang Tidak Tepat di Market Basah Sibu
Gambar hiasan Market Basah Sibu. Kredit : TripAdvisor

Lelaki Ini Dedah Sikap Segelintir Peniaga Letak Dacing Timbang Tidak Tepat di Market Basah Sibu. Tatkala anda melancong atau membeli barangan di tempat orang, sudah tentu anda tidak mahu menanggung rugi. Jika anda berjumpa dengan peniaga yang baik hati dan jujur, barangkali anda dan peniaga tersebut sama-sama untung. Kalau anda pandai mengambil hati, lagi bagus, kan? Tapi terdapat juga peniaga yang terdesak untuk mendapatkan keuntungan sehingga sanggup menganiayai pengguna tanpa rasa bersalah.

Melalui satu postingan yang dibuat oleh pengguna Facebook, Atin Bayang, beliau hampir ditipu oleh seorang peniaga di Market Basah Sibu.

ADVERTISEMENT
Lelaki Ini Dedah Sikap Segelintir Peniaga Letak Dacing Timbang Tidak Tepat di Market Basah Sibu
Lelaki Ini Dedah Sikap Segelintir Peniaga Letak Dacing Timbang Tidak Tepat di Market Basah Sibu

Jarum Penimbang Sudah Menunjukkan 300 Gram Tanpa Dulang Penimbang

Menurut beliau, peniaga tersebut menawarkan harga ikan yang murah kepadanya sebelum menimbang. Namun demikian, sikap peniaga yang tidak jujur itu berjaya dihidu apabila beliau menyedari jarum penimbang pada dacing sudah menunjukkan 300 gram tanpa ada dulang penimbang. Tambahan pula, muka dacing penimbang yang hanya menghadap peniaga tersebut menambahkan lagi keraguan. Ujarnya lagi, semasa beliau ingin mendekati dacing penimbang tersebut, peniaga tersebut terus mengangkat barang jualannya dari atas dacing dengan pantas.

Tawarkan Diskaun Harga Namun Tidak Kembalikan Jumlah Baki Dengan Tepat

Setelah itu, taktik licik peniaga tersebut semakin menjadi-jadi apabila dia terus bertindak untuk memotong ikan yang ditimbang selepas menyatakan jumlah timbangannya. Lebih mengejutkan, peniaga tersebut tidak bertanya sama ada pembeli mahu membeli atau tidak. Menurut Atin, peniaga tersebut mengambalikan baki yang tidak tepat kepadanya. Malah, kurang daripada baki harga diskaun yang ditawarkan. Beliau tidak teragak-agak untuk meminta jumlah baki yang sepatutnya daripada peniaga tersebut kerana menurut beliau, itu adalah hak seorang pengguna.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Lelaki Ini Dedah Sikap Segelintir Peniaga Letak Dacing Timbang Tidak Tepat di Market Basah Sibu

Di akhir postingan tersebut, beliau mengingatkan pengguna agar sentiasa berhati-hati semasa berurus niaga.

ADVERTISEMENT

Ketahui Hak Anda Sebagai Seorang Pengguna

Walaupun kejadian ini boleh berlaku di mana-mana sahaja, pengajarannya di sini ialah anda mestilah mengetahui hak anda sebagai seorang pengguna. Tuntut hak anda apabila dianiayai oleh para peniaga. Jika mereka tetap tidak mahu untuk memberikan hak anda, beredarlah dengan segera dan buat aduan kepada pihak berkuasa.

Apa komen anda? Jangan lupa like dan share post ini!

ADVERTISEMENT
Share494Tweet41SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy