fbpx
Cerita Borneo

Lelaki Ini Kongsi Kesan Ekonomi Selepas Berakhirnya Moratorium

Kita Harus Bersediakan Diri Mulai Sekarang

Lelaki Ini Kongsi Kesan Ekonomi Selepas Berakhirnya Moratorium. Pandemik yang menular di seluruh dunia telah membawakan impak besar terhadap ekonomi seluruh dunia. Asia pula merupakan benua yang teruk terjejas dengan impak krisis kewangan dunia. Untuk pengetahuan anda, krisis kewangan ini merupakan kesan kepada pasaran kewangan dan telah mencetuskan krisis perbankan di seluruh dunia.

Menurut sebuah laporan oleh Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) Datok Nor Shamsiah Mohd Yunus, ia menjelaskan bahawa krisis perbankan adalah sukar untuk diuruskan akibat impaknya kepada ekonomi mengambil masa yang lama.

Ia dijangka aktiviti ekonomi akan bertambah baik pada separuh kedua pada tahun 2020 dengan andaian pandemik dapat ditangani.

Untuk mengetahui apa yang bakal berlaku kepada ekonomi negara setelah tamatnya moratorium pada bulan September ini, seorang pengguna Twitter menjelaskan beberapa perkara yang warga Malaysia harus tahu dan disarankan untuk bersiap sedia agar mengelakkan masalah kewangan masing-masing.

Apa Yang Akan Berlaku Setelah Tempoh ‘Honeymoon’ Sudah Habis?

Penulis bebenang Twitter itu, @wolfipali, memulakan penulisannya dengan membandingkan krisis Great Depression dengan zaman sekarang.

Lelaki Ini Kongsi Kesan Ekonomi Selepas Berakhirnya Moratorium
IMF ialah International Monetary Fund. Kredit: Twitter

Katanya, krisis Great Depression adalah situasi yang lebih kurang mencerminkan situasi yang dihadapi oleh kita sekarang – penularan pandemik yang mengorbankan banyak nyawa manusia, serta pembuangan pekerja dan penutupan perniagaan. Perbelanjaan masih meningkat tetapi ini hanya satu permulaan untuk apa yang bakal dihadapi kita.

Lelaki Ini Kongsi Kesan Ekonomi Selepas Berakhirnya Moratorium
Kredit: Twitter

Beliau juga jelaskan kita sedang berada dalam kemelesetan ekonomi dan pembukaan ekonomi sejak 17 Mei secara bertahap merupakan cara untuk meningkatkan produksi ekonomi, tetapi kita masih berada dalam fasa ekonomi yang sukar.

Lelaki Ini Kongsi Kesan Ekonomi Selepas Berakhirnya Moratorium
Kredit: Twitter

Fasa Pemulihan Kemelesetan Kemungkinan U-Shaped Atau W-Shaped

Tambahnya lagi, Malaysia diramalkan akan berada dalam fasa pemulihan kemelesetan antara U-Shaped dan W-Shaped. (Jatuh dan ambil masa 2-4 tahun untuk pulih vs jatuh, naik semula, jatuh dan naik lagi semula)

Lelaki Ini Kongsi Kesan Ekonomi Selepas Berakhirnya Moratorium
Kredit: Twitter

Akibat peningkatan pengagguran yang diramalkan akan berlaku, kuasa pembelian akan kurang dan turut menyebabkan supply vs demand yang tidak seimbang. Syarikat-syarikat besar seperti AirAsia dan Media Prima pun mula buang pekerja hampir 300 orang dan data eksport Malaysia telah menurun sebanyak RM65 bilion.

Lelaki Ini Kongsi Kesan Ekonomi Selepas Berakhirnya Moratorium
Kredit: Twitter

Malah, moratorium yang dilaksanakan menyebabkan semua warga Malaysia mempunyai duit belanja yang lebih akibat hutang tidak dibayar sepanjang 6 bulan, tambahan pula dengan pemberian duit bantuan oleh kerajaan. Namun, sekiranya duit lebih itu habis dibelanjakan dan tidak diuruskan dengan baik, ia akan memberi kesan jika tempoh moratorium sudah habis (iaitu pada bulan September).

Kesannya, akibat keadaan kewangan yang tidak stabil, komitmen tidak boleh dibayar maka bermulalah pembuatan ‘bad debt’ iaitu hutang yang bukan kita sepatutnya ada. Susulan itu, banyak perniagaan akan muflis, pembuangan kerja secara besaran, syarikat kecil dan sederhana akan lingkup, dan aset seperti rumah dan kereta terpaksa dijual demi menampung sara hidup.

Lelaki Ini Kongsi Kesan Ekonomi Selepas Berakhirnya Moratorium
Kredit: Twitter

Pelan Pemulihan Ekonomi Dirangka Untuk Membantu Hadapi Cabaran Ini

Untuk menghadapi cabaran ini, Kerajaan Malaysia telah merangka Pelan Pemulihan Ekonomi.

Tambahan pula, beliau berkata sekiranya anda seorang pekerja kerajaan, bank pelaburan, bank GLC dan sebagainya, anda akan dapatkan manfaat besar dari moratorium ini dan kurang terasa impaknya. Oleh itu, anda digalakkan untuk teruskan berbelanja untuk sokongkan ekonomi negara.

Hal ini kerana duit yang dibelanja tidak akan mengalir ke luar negara, disebaliknya berkitar dalam negara untuk membinakan aliran ekonomi. Oleh itu, rakyat juga memainkan peranan untuk membantu bina ekonomi negara semula.

Beliau mengakhiri bebenangnya dengan berkata dalam dekad baharu ini, krisis ini merupakan tetapkan semula untuk mengalih ke arah digital sebenar. Beliau juga berkata syarikat-syarikat besar seperti Netflix, Disney, Microsoft, dan Airbnb bermula ketika kemelesetan ekonomi dan antara syarikat-syarikat terbesar di dunia pada masa ini. Oleh itu, cabaran ini harus diambil dengan positif agar bijak dalam menguruskan kewangan serta mencari peluang lain yang manfaatkan era digital ini.

Lelaki Ini Kongsi Kesan Ekonomi Selepas Berakhirnya Moratorium
Kredit: Twitter

Peminjam Yang Mengambil Moratorium Boleh Menyusun Semula Penjadualan Bayar Balik

Menteri Kewangan YB Senator Tengku Dato’ Sri Zafrul Tengku Abdul Aziz baru-baru ini berkata peminjam yang mengambil moratorium yang bakal berakhir pada 30 September ini masih boleh menyusun semula penjadualan bayar balik. Peminjam dinasihatkan untuk berbincang dengan institusi kewangan masing-masing.

“Demi kelangsungan aliran tunai, diharapkan peminjam tidak bertunggu sehingga saat-saat akhir untuk berbincang dengan institusi kewangan masing-masing. Persetujuan dicapai untuk menetapkan bahawa jumlah ansuran bulanan pinjaman tidak akan berubah bagi peminjam sewa beli (konvensional dan Syariah) sepanjang tempoh pembiayaan itu. Ini bermakna tiada caj tambahan akan dikenakan sewaktu tempoh moratorium,” ujarnya lagi.

Jadi, sekiranya anda antara mereka yang mengambil moratorium itu, anda disarankan untuk berwaspada dengan pembelanjaan anda walaupun anda mempunyai duit lebihan akibat hutang tidak dibayar sementara waktu. Tak nak pula percuma kumpul hutang sini-sana selepas habis tempoh moratorium, kan?

Sekiranya anda berada dalam golongan yang kurang terjejas dengan impak ini, anda digalakkan untuk sokong ekonomi tempatan agar melangsungkan aliran tunai dalam ekonomi. Belanjalah dengan bijak dan cermat!

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close