fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Lelaki Mabuk Cuba Rentas Daerah Di Kuching, Hambur Kata Kata Kesat Kepada Polis

iloveborneo Oleh iloveborneo
26 Mei 2020
Lelaki Mabuk Cuba Rentas Daerah Di Kuching, Hambur Kata Kata Kesat Kepada Polis
Share on FacebookShare on Twitter

Semasa diperiksa suspek enggan memberikan kerjasama

Lelaki Mabuk Cuba Rentas Daerah Di Kuching, Hambur Kata Kata Kesat Kepada Polis. Seorang lelaki berumur 24 tahun dipercayai mabuk diberkas selepas mengeluarkan kata-kata kesat kepada penjawat awam yang bertugas di sekatan jalan raya di Jalan Lapangan Terbang Kuching, di sini, awal pagi tadi.

Lelaki Mabuk Cuba Rentas Daerah Di Kuching, Hambur Kata Kata Kesat Kepada Polis
Lelaki Mabuk Cuba Rentas Daerah Di Kuching, Hambur Kata Kata Kesat Kepada Polis

Ditahan untuk pemeriksaan kerana disyaki melanggar PKPB

Menurut laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo, suspek berumur 24 tahun itu terdahulunya telah ditahan selepas disyaki melanggar perintah kawalan pergerakan bersyarat.

Difahamkan juga beliau telah ditahan pada sekitar jam 3.15 pagi, dan semasa diperiksa suspek juga enggan memberikan kerjasama.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Suspek juga dipercayai mabuk

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Awang Din Awang Ghani, suspek dipercayai mabuk.

“Dipercayai dia mabuk dan enggan memberikan kerjasama serta turut mengeluarkan perkataan kesat dan marah-marah kepada petugas semasa pemeriksaan dijalankan,” 

Ketika ditahan di sekatan jalan raya tersebut, lelaki itu juga gagal memberikan alasan munasabah kerana merentasi sempadan daerah Kuching-Padawan.

Kini ditahan untuk siasatan lanjut

Suspek kini telah ditahan untuk siasatan lajut di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksan (menghalang penjawat awam menjalankan tugas) dan Seksyen 509 Kanun Keseksaan kerana mengeluarkan perkataan atau isyarat yang dimaksud mengaibkan kehormatan seseorang.

Bukan itu sahaja, malah suspek turut disiasat di bawah Peraturan-Peraturan Pencegahan Dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.

ACP Awang Din Awang Gani turut menasihati orang ramai agar patuh kepada Perintah Kawalan Pergerakan Bersayarat dan diingatkan juga supaya tidak memandu semasa mabuk untuk mengelakkan berlaku kejadian yang tidak diingini.

Baca juga artikel lain yang berkaitan dengan pelanggaran PKPB di Sarawak :

Share1418Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy