fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Berita Malaysia

Warga Emas Meninggal Akibat COVID-19 Di Sabah Dipercayai Lelaki Tertua Di Dunia

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
30 November 2020
Warga Emas Meninggal Akibat COVID-19 Di Sabah Dipercayai Lelaki Tertua Di Dunia
Share on FacebookShare on Twitter

Seorang lagi mangsa COVID-19 yang tinggal di Sabah dilaporkan berusia 130 Tahun.

Warga Emas Meninggal Akibat COVID-19 Di Sabah Dipercayai Lelaki Tertua Di Dunia. Talib Omar yang merupakan warga asing yang menetap di Sabah adalah mangsa kematian 352 COVID-19 baru-baru ini meninggal pada usia 130 tahun. Menurut anak perempuannya Kimri, bapanya memang berusia 130 tahun.

Sekiranya benar usia arwah Talib tersebut, bermakna dia merupakan orang tertua di dunia. Kimri pula berusaha untuk menjawab pertanyaan netizen yang ragu akan usia bapanya itu. Sementara itu, Talib pula tidak menunjukkan sebarang Gejala COVID-19 sebelum dimasukkan ke Hospital.

Lelaki Usia 130 Tahun Dari Sabah Meninggal Akibat COVID-19, Didakwa Orang Tertua Di Dunia
Warga Emas Meninggal Akibat COVID-19 Di Sabah Dipercayai Lelaki Tertua Di DuniaWarga Emas Meninggal Akibat COVID-19 Di Sabah Dipercayai Lelaki Tertua Di Dunia

Berusia 130 tahun

“Ya, Dia memang berusia 130 tahun berdasarkan dokumen yang dimilikinya. Ayah saya masih sihat malah, pernah mengunjungi saya di Kota Kinabalu Raya lalu.”

“Namun, dia tidak meninggal dunia pada 28 November seperti yang telah dilaporkan, dia meninggal pada 3 November ketika saya datang menziarahinya di Taman Telipok Ria'” kata Kimri kepada New Strait Times, sambil menambah bahawa Talib tinggal bersama saudara-mara ketika dia bekerja di ibu negara dan tidak dapat menjaganya.

ArtikelBerkaitan

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Sarawak Pay Kini Dapat Digunakan Untuk Transaksi Pembayaran Antarabangsa

Anak ketiga daripada lima beradik itu berkata, pada hari Talib meninggal, dia telah membantunya duduk dan minum susu. “Tidak lama kemudian, dia pergi begitu sahaja, sambil duduk. Kami memberitahu polis mengenai kematian itu.

Lelaki Usia 130 Tahun Dari Sabah Meninggal Akibat COVID-19, Didakwa Orang Tertua Di Dunia
Warga Emas Meninggal Akibat COVID-19 Di Sabah Dipercayai Lelaki Tertua Di Dunia

Positif COVID-19

“Hanya setelah menjalani swab test, kami mendapat tahu bahawa ayah kami positif COVID-19,” tambahnya.

Kementerian Kesihatan telah mengumumkan bahawa seorang lelaki berusia 130 tahun adalah salah seorang daripada empat yang terkorban COVID-19 di Sabah.

Talib merupakan orang ke-35,037 di Malaysia yang dijangkiti COVID-19 dan yang ke-352 terkorban angkara virus tersebut.

Warga Emas Meninggal Akibat COVID-19 Di Sabah Dipercayai Lelaki Tertua Di Dunia
Jeanne Louise Calment

Menurut Guinness World of Records

Selain itu, umurnya yang menunjukkan bahawa dia dilahirkan pada abad ke-19 menimbulkan pelbagai persoalan di kalangan netizen mengenai adakan usia tersebut salah dilaporkan.

Menurut Guinness World of Records, orang tertua yang pernah hidup adalah Jeanne Louise Calment, yang meninggal di usia 122 tahun dan 165 hari pada tahun 1997.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy