fbpx
Cerita Borneo

Lengkung COVID-19 Berjaya Dilengkung Di Sarawak, Hanya Tinggal 6 Orang Masih Dirawat Setakat Ini

Hanya 6 orang masih dirawat di Hospital setakat ini

Lengkung COVID-19 Berjaya Dilengkung Di Sarawak, Hanya Tinggal 6 Orang Masih Dirawat Setakat Ini. Hari ini Sarawak tidak mencatatkan sebarang kes COVID-19 yang baharu menjadikan kes keseluruhan setakat ini kekal pada 557 kes. 534 orang juga telah discaj dan sembuh menjadikan kes positif yang masih dirawat kini tinggal 6 orang sahaja.

Lengkung COVID-19 Berjaya Dilengkung Di Sarawak, Hanya Tinggal 6 Orang Masih Dirawat Setakat Ini
Lengkung COVID-19 Berjaya Dilengkung Di Sarawak, Hanya Tinggal 6 Orang Masih Dirawat Setakat Ini

Perkhidmatan 24 Jam kembali dibenarkan

Menurut siaran media Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini juga, semua operasi yang menyediakan perkhidmatan 24 Jam seperti stesen minyak, restoran makanan segera dan juga kedai makan 24 Jam dibenarkan beroperasi dengan syarat mematuhi garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Rumah Ibadat Bukan Islam akan dibenarkan beroperasi mulai 20 Jun

Rumah ibadat seperti gereja dan sebagainya juga dibenarkan beroperasi mulai 20 Jun 2020. Unit For Other Religion (UNIFOR) Sarawak akan memberikan garis panduan terperinci bagi pembukaan semula insitusi keagamaan ini.

Bagi masjid dan surau pula, Jabatan Agama Islam Sarawak telah mengeluarkan SOP sebelum ini dan mereka juga telah mengeluarkan garis panduan untuk majlis akad nikad sepanjang tempoh PKPP dan telah juga diperakui oleh JPBN.

Tadika boleh beroperasi mulai 1 Julai 2020

Tadika juga boleh beroperasi mulai 1 Julai 2020. Kementerian Wanita, Kesejahteraan Keluarga dan Pembangunan Kanak Kanak Sarawak telah mengemukakan standard operating procedure dan sedang diperhalusi.

Sebahagian dari sektor pelancongan juga akan dibenarkan beroperasi

Sektor pelancongan, kesenian, dan pembangunan akan dibenarkan beroperasi mulai 17 Jun 2020 mengikut garis panduan yang ditetapkan oleh MTAC, aktiviti aktiviti yang dibenarkan untuk beroperasi adalah seperti berikut :


– Syarikat Pengendalian Pelancongan (Pelancongan Domestik Sahaja)
– Pemanduan Pelancong
– Institut Latihan Pelancongan
– Penginapan Hotel dan Homestay
– Pelancongan Pengembaraan dan Aktiviti Lasak
– Scuba Diving/Snorkelling
– Taman Tema ( Dry Park sahaja )
– Premis dan fasiliti awam kebudayaan (Muzium, galeri arkib, pusat kraftangan, memorial)
– Industri Kreatif ( Produksi animasi, muzik, rakaman lagu,penggambaran)
– Studio dan Kelas Muzik, Tarian, Drama dan Teater
– Studio gambar
– Taman-taman Negara ( Dibuka secara berperingkat )

Anda boleh tonton Sidang Media COVID-19 Sarawak di pautan di bawah :

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close