fbpx
Cerita Borneo#innovatesarawak

Lihat Bagaimana Syarikat Pemula Di Sarawak Ini ‘Berjuang’ Sepanjang PKP

Di Mana Ada Kemahuan, Di Situ Ada Jalan

Lihat Bagaimana Syarikat Pemula Di Sarawak Ini ‘Berjuang’ Sepanjang PKP. Seperti yang anda semua sedia maklum, bukan sahaja rakyat marhaen yang terjejas sepanjang perintah kawalan pergerakan (PKP) ini, tetapi juga peniaga serta usahawan syarikat pemula (start-up). Dengan saiz syarikat yang masih kecil dan baru sahaja mahu mengembangkan sayap dalam bidang perniagaan, ancaman pandemik COVID-19 ini telah memberi impak yang besar terhadap operasi perniagaan mereka. Mana tidaknya, dengan sumber yang terhad, syarikat pemula ini perlu bertahan dalam industri dengan mengatasi pelbagai halangan dan kekangan sepanjang PKP dilaksanakan.

Ikuti kisah 5 syarikat pemula di Sarawak yang masih gigih ‘berjuang’ untuk kekal beroperasi di waktu sukar ini.

1. BeGÖ – Peserta TEGAS Startup Lab (Kohort Kedua)

Laman sesawang : https://bego.global/ | Facebook : BeGo

Syarikat pemula BeGÖ merupakan sebuah syarikat pemula berasaskan teknologi dengan menyediakan perkhidmatan tempahan on-demand untuk penghantaran seperti makanan, barangan, bungkusan, dan ubat-ubatan. Perkhidmatan tempahan ini juga meliputi servis seperti housekeeping, jurubaiki penyaman udara, mekanik kereta dan sebagainya.

Lihat Bagaimana Syarikat Pemula Di Sarawak Ini 'Berjuang' Sepanjang PKP

Sesuaikan Diri Dengan Keadaan Berupaya Tingkatkan Pendapatan Hingga 30%

Menurut BeGÖ, syarikat pada asalnya menghadapi kerugian yang besar setelah kebanyakan rakan kongsi perniagaan mereka terjejas dan terpaksa menutup operasi sepanjang PKP. Namun demikian, sejak hari kedua dan seterusnya, mereka berjaya menyesuaikan diri dengan peraturan baru yang dikemas kini hampir setiap hari dan berupaya memulihkan sedikit perniagaan dengan lonjakan 30% hasil pendapatan daripada servis penghantaran sahaja.

Disebabkan situasi PKP yang tidak dijangka, BeGÖ tidak mempunyai masa untuk mengubah suai sistem tempahan on-demand nya. Namun, masalah tersebut berjaya diatasi dengan memanfaatkan perisian sedia ada seperti Google Sheet, Google Doc serta aplikasi percuma dan berkos rendah seperti Zoom, Whatsapp dan Google Hangout.

Ikut Nasihat Bear Grylls : Ubahsuai, Adaptasi, Atasi.

Semasa menghadapi krisis, usahawan tidak perlukan kesempurnaan tetapi sebaliknya mereka hanya memerlukan jalan penyelesaian yang berfungsi dengan baik. Oleh kerana BeGÖ tidak mempunyai persediaan untuk bekerja dari rumah, syarikat pemula ini terpaksa meminjam komputer riba lama dan telefon bimbit yang berfungsi daripada saudara mara serta rakan yang berada jauh seperti di Sarikei, Miri, Bintulu, dan Sibu, untuk menjalankan operasi seperti biasa.

Pinjaman Perniagaan Hanya Untuk Keperluan Mendesak, Sesama Usahawan Mesti Beri Sokongan

Gunakan pinjaman perniagaan hanya ketika keadaan sangat mendesak dan perniagaan semakin merosot. Namun demikian, sekiranya anda masih mampu menyelamatkan perniagaan dengan alternatif yang lain, tidak berbaloi untuk melakukan pinjaman kerana pada akhirnya, keuntungan perniagaan hanya untuk membayar balik pinjaman.

Menurut BeGÖ lagi, usahawan syarikat pemula perlu sentiasa berkomunikasi dengan rakan perniagaan yang lain untuk mengurangkan tekanan, memberi sokongan serta membantu satu sama lain membuat keputusan yang tepat. Bagi memastikan barisan hadapan digital negara tetap bertahan, syarikat pemula teknologi haruslah menyokong antara satu sama lain.

2. Miracolo – Peserta TEGAS Startup Lab (Kohort Kedua)

Laman sesawang : https://mymiracolo.com | Facebook : My Miracolo | Instagram : @mymiracolo

Miracolo adalah sebuah platform perniagaan atas talian (online) untuk produk kecantikan dan kesihatan. Bagi syarikat pemula ini, situasi yang dihadapi sekarang adalah unik dan bukan sahaja menjejaskan perniagaan mereka tetapi juga seluruh dunia.

Perkara utama yang dapat dilihat kini ialah masyarakat sangat berhati-hati dan hanya berbelanja untuk keperluan asas seperti makanan, ubat-ubatan dan produk berkaitan kesihatan sahaja.

Lihat Bagaimana Syarikat Pemula Di Sarawak Ini 'Berjuang' Sepanjang PKP

Teknologi Ibarat Rahmat Dari Tuhan, Penggunaan Platform Belian Online Meningkat Semasa PKP

Walau bagaimanapun, perniagaan berasaskan kecantikan dan kesihatan mungkin masih mampu menjana pendapatan kerana rakyat masih memerlukan produk penjagaan diri. Oleh yang demikian, platform perniagaan online secara tidak langsung mendapat sambutan yang agak menggalakkan ketika PKP kerana masyarakat sanggup mencuba untuk membuat pembelian online memandangkan pergerakan keluar kini sangat terhad.

Teknologi ibarat rahmat dari Tuhan buat masa ini. Menurut Miracolo, kaedah pelaksanaan mereka kini menggunakan platform online sedia ada seperti laman sesawang menggunakan Wordpress, laman sosial media Facebook, Instagram serta komunikasi perniagaan menggunakan Whatsapp. Bukan itu sahaja, urusan bersama pasukan sering kali dilakukan menerusi Google Hangout atau pun Zoom.

Lihat Bagaimana Syarikat Pemula Di Sarawak Ini 'Berjuang' Sepanjang PKP

Potong Kos Luar Jangka Yang Tidak Penting, Hebatkan Promosi

Tambah syarikat pemula ini juga, sebarang kos luar jangka yang tidak penting harus dipotong demi memastikan aliran keluar masuk wang seimbang. Usahawan juga boleh memperhebatkan promosi produk atau servis mereka. Walau pun ia mengurangkan keuntungan, namun setidak-tidaknya pendapatan syarikat dapat terus dijana. Selain itu, usahawan juga harus peka dengan sebarang pakej rangsangan ekonomi yang diumumkan oleh kerajaan bagi membantu mengurangkan beban perniagaan.

Dalam waktu yang tidak menentu ini, sokongan antara perniagaan kecil tempatan adalah sangat penting bagi mengekalkan keberadaan syarikat dalam industri.

3. The Tuyang Initiative – Alumni TEGAS Startup Lab (Kohort Pertama)

Laman sesawang : https://thetuyang.com/ | Facebook : The Tuyang Initiative | Instagram : @thetuyang

The Tuyang Initiative merupakan sebuah syarikat pemula yang menjalankan perniagaan sosial dalam pengurusan seni dan bakat. Berdepan situasi PKP dan ancaman kesihatan global sudah tentu memberi impak yang besar terhadap syarikat pemula ini.

Kelas Kemahiran Dan Siri Jelajah Antarabangsa Terpaksa Ditunda

Mana tidaknya, syarikat pemula ini tidak dapat mengadakan kelas kemahiran tradisional asli secara bersemuka. Maka, pendapatan syarikat tidak dapat dijana, begitu juga dengan pendapatan yang sepatutnya diperolehi oleh pihak yang bekerjasama dengan Tuyang.

Lihat Bagaimana Syarikat Pemula Di Sarawak Ini 'Berjuang' Sepanjang PKP

Tambahan pula, Tuyang pada tahun ini sepatutnya mengadakan jelajah antarabangsa mereka setelah teater muzikal bahasa Kayan-Kenyah, KELUNAN, mendapat sambutan hangat di Kuala Lumpur pada tahun lepas.

Jelajah tersebut dijadualkan bermula di Kuching iaitu di RWMF Fringe, kemudian ke Jepun, Singapura dan besar kemungkinan Thailand. Menurut Tuyang, siri jelajah ini merupakan sumber pendapatan utama syarikat pemula ini. Namun, segala aktiviti yang melibatkan perkumpulan kini dibatalkan atau ditunda akibat penularan COVID-19.

Teknologi Dalam Talian Mudahkan Urusan Kerja Bersama Pasukan

Walau bagaimanapun, dengan situasi PKP serta pandemik COVID-19 yang melanda ini, ini tidak bermaksud Tuyang Initiative tidak melakukan sebarang usaha untuk kekal beroperasi. Buat masa ini, Tuyang memanfaatkan teknologi dalam talian seperti Slack, Google Drive dan Skype untuk sebarang komunikasi dalaman, perkongsian dokumen secara online serta mesyuarat dan perkembangan mingguan pasukan secara maya.

Lihat Bagaimana Syarikat Pemula Di Sarawak Ini 'Berjuang' Sepanjang PKP

Syarikat Pemula Harus Berjimat, Guna ‘Downtime’ Untuk Baiki Syarikat

Sebagai sebuah syarikat pemula, Tuyang berpendapat bahawa usahawan syarikat pemula perlu menjimatkan perbelanjaan. Selain itu, syarikat pemula harus bijak menjadikan waktu PKP atau ‘downtime’ ini untuk memperbaiki syarikat dari segi dalaman, bermula daripada memantapkan perniagaan sehinggalah pembangunan staf. Ini merupakan waktu terbaik untuk bekerja lebih dekat dengan pasukan memandangkan hari-hari biasa agak sibuk dan berkemungkinan tiada masa untuk memperhalusi aspek ini.

Bahkan, usahawan syarikat pemula juga mempunyai masa untuk merangka pembangunan produk yang lebih menarik dengan kos yang minima.

Walau bagaimanapun, jika langkah ini agak sukar, sekurang-kurangnya beralih ke platform atas talian supaya pendapatan syarikat terus terjana. Usahawan syarikat pemula juga seharusnya berani mempromosikan produk atau servis kepada rakan-rakan atau senarai kontak. Mana tahu, mereka lah sumber pendapatan yang tidak anda sangka!

4. Thirst – Pemenang Sarawak Shell LiveWIRE 2018

Facebook : Thirst Malaysia | Instagram : @thirstmalaysia

Thirst merupakan sebuah perniagaan yang menjual minuman yang berasaskan susu. 90% daripada produk jualannya adalah minuman susu kocak ‘milkshake’ dan selebihnya berupa ‘smoothies‘ iaitu jus campuran buah-buahan.

Lihat Bagaimana Syarikat Pemula Di Sarawak Ini 'Berjuang' Sepanjang PKP

Jualan Merosot Dari Purata 100 Gelas Kepada 10 Gelas Sehari

Namun demikian, sejak bermulanya PKP, syarikat pemula yang mempunyai premis di Pusat Membeli Belah The Hills, Kuching ini terpaksa menutup premis perniagaan buat sementara waktu dan tidak dibenar melakukan aktiviti penghantaran makanan seperti selalunya. Disebabkan itu, operasi dari premis terpaksa dipindahkan ke rumah dan hasil jualannya menurun secara mendadak kepada 10% daripada jualan hari biasa.

Sekiranya jualan pada hari biasa mempunyai purata jualan 70 hingga 100 gelas, kini hanya 10 gelas mampu terjual setiap hari.

Lihat Bagaimana Syarikat Pemula Di Sarawak Ini 'Berjuang' Sepanjang PKP
Lihat Bagaimana Syarikat Pemula Di Sarawak Ini ‘Berjuang’ Sepanjang PKP

Aplikasi Penghantaran Makanan Yang Terhad, Khidmat ‘Runner’ Tidak Efisyen

Sepanjang PKP, syarikat ini hanya mampu beroperasi dari rumah dan bergantung harap sepenuhnya kepada aplikasi penghantaran makanan tempatan iaitu Lyfe. Walau bagaimanapun, pelanggan Thirst di aplikasi tersebut agak kurang berbanding aplikasi penghantaran makanan yang lain seperti Grab dan Foodpanda.

Jika sebelum ini, 50% hasil jualan adalah daripada aplikasi Grab dan Foodpanda, namun disebabkan beberapa masalah teknikal seperti pertukaran alamat operasi sementara, ia tidak dapat digunakan buat sementara waktu.

Walau pun pernah mencuba khidmat ‘runner’, namun ia dikatakan tidak efisyen dan rumit kerana runner mengambil masa yang lama untuk datang mengambil pesanan pelanggan.

Grab Express Bantu Capai Pelanggan Dengan Lebih Luas Dan Pantas

Thirst mengambil inisiatif untuk mencuba platform terbaru Grab iaitu Grab Express kerana jarak penghantarannya lebih meluas dan ia menggunakan kereta berbanding motorsikal seperti Grabfood dan Foodpanda. Walau pun cas penghantarannya sedikit mahal daripada Grabfood, namun ia tidak menghalang pelanggan untuk memesan minuman daripada Thirst sepanjang PKP ini.

Namun demikian, syarikat pemula ini sangat berharap agar perkhidmatan Grabfood dan Foodpanda dapat digunakan secepat yang mungkin kerana ia mampu memberikan keuntungan lebih walau pun terpaksa beroperasi dari rumah.

Manfaatkan Kelemahan Dan Kelebihan Syarikat, Jangan Takut Bertanya

Menurut Thirst, situasi seperti COVID-19 ini adalah suatu cabaran di mana sesebuah syarikat pemula perlu mempunyai pelan perniagaan yang mantap serta merangka strategi untuk memajukan syarikat. Dengan memanfaatkan kelemahan, kekuatan serta keistimewaan syarikat, usahawan syarikat pemula pasti mempunyai kekuatan mental dan fizikal untuk menghadapi kemelesetan ekonomi.

Selain itu, usahawan syarikat pemula juga tidak seharusnya berhenti belajar dan memendam masalah tetapi sebaliknya harus berani meminta nasihat serta rujukan daripada mentor dan pakar yang lebih berpengalaman.

5. TimogahPemenang Sarawak Shell LiveWIRE 2018

Laman sesawang : https://timogah.com/ | Facebook : Timogah

Timogah pula merupakan syarikat pemula yang mengusahakan sebuah platform belian atas talian (online) untuk bekalan barangan basah beserta khidmat penghantaran. Berbeza dengan syarikat pemula yang lain, Timogah mendapati bahawa hasil jualannya mendapat permintaan yang tinggi sejak bermulanya PKP.

Lihat Bagaimana Syarikat Pemula Di Sarawak Ini 'Berjuang' Sepanjang PKP

Disebabkan syarikat pemula ini sememangnya menjalankan operasi atas talian, kaedah jualannya tidak mempunyai perbezaan daripada hari-hari biasa. Timogah mempromosikan produk jualannya menerusi platform Wordpress yang dibina menjadi sebuah laman web belian.

Lihat Bagaimana Syarikat Pemula Di Sarawak Ini 'Berjuang' Sepanjang PKP

Guna Aplikasi Tanpa Tunai, Ambil Peluang Kerjasama Dengan Usahawan Lain

Namun demikian, sepanjang PKP ini, Timogah menggalakkan usahawan syarikat pemula untuk mula menggunakan sistem pembayaran online atau menggunakan aplikasi pembayaran tanpa tunai untuk tujuan transaksi pembayaran kerana ia lebih selamat.

Bukan itu sahaja, pengusaha barangan segar juga digalakkan untuk menyalurkan hasil tempatan berbanding hasil import. Ia bukan sahaja dapat membantu rakyat tempatan tetapi juga dapat mengelakkan risiko jangkitan daripada negara lain.

Selain itu, usahawan juga harus mengambil kesempatan bekerjasama dengan usahawan yang lain bagi memenuhi keperluan masing-masing. Sebagai contoh, jika anda merupakan vendor barangan segar, petani, nelayan, dan pembekal makanan tempatan, anda boleh berkolaborasi dengan Timogah untuk memasarkan produk anda serta meluaskan capaian pelanggan anda.

Memang tidak dapat dinafikan, kemelesetan ekonomi yang melanda dunia pada ketika ini memberi impak yang hebat kepada dunia. Namun, hidup harus tetap diteruskan. Kepada syarikat pemula di luar sana, jadikan situasi kini sebagai cabaran dan atasi dengan penuh semangat dan kebijaksanaan.

Anda pasti boleh!

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close