fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Malaysia Melarang Kemasukan Buat Sementara Waktu Kepada Semua Pelawat Dari Korea Selatan

Kedung BK Oleh Kedung BK
28 Februari 2020
Malaysia Melarang Kemasukan Buat Sementara Waktu Kepada Semua Pelawat Dari Korea Selatan
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Malaysia Melarang Kemasukan Buat Sementara Waktu Kepada Semua Pelawat Dari Korea Selatan. Larangan ini termasuk pelancong transit setelah Korea Selatan melaporkan lebih daripada 2,000 jangkitan koronavirus (Covid-19) baru. Ia juga termasuk pelancong yang sebelum ini melawat bandar Daegu dan Cheongdo di Korea Selatan 14 hari sebelum tiba ke Malaysia.

Malaysia Melarang Kemasukan Buat Sementara Waktu Kepada Semua Pelawat Dari Korea Selatan. Kredit: Tenor

Individu-Individu Yang Tiba Ke Malaysia Dari Korea Selatan Dikehendaki Menjalani Pemeriksaan

Bagi mereka yang telah pergi ke Korea Selatan dan melawat bandar Daegu dan Cheongdo 14 hari sebelum ketibaan ke Malaysia dikehendari untuk menjalani pemeriksaan oleh Kementerian Kesihatan (KKM). Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Dr. Noor Hisham Abdullah, larangan ini termasuk warganegara Malaysia, resident tetap dan pemegang pass (pass sosial jangka panjang dan pass pelajar). Beliau berkata,

ADVERTISEMENT

“Untuk meningkatkan keselamatan di pintu masuk antarabangsa, Jabatan Imigresen juga akan menyediakan kaunter khas untuk pelawat dari Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran.”

Beliau juga menasihat warga Malaysia untuk tunda pelancongan ke kawasan-kawasan yang kini hangat dengan wabak Covid-19 iaitu China, Korea Selatan, Jepun, Itali dan Iran.

Dr. Noor Hisham Abdullah mengumumkan pelarangan terkini. Kredit: New Straits Times

Larangan Yang Diselaraskan Oleh Agensi Pengurusan Bencana Nasional (Nadma)

Larangan sementara ini terhadap pelawat dari Korea Selatan dibuat dalam task force Covid-10 yang diselaraskan oleh Nadma dan melibatkan KKM, Kementerian Dalam Negeri serta Jabatan Imigresen.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan

Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia

ADVERTISEMENT
Kredit: New Straits Times

Pada bulan lepas, Malaysia turut melarang warga China dari wilayah Hubei. Larangan terbaharu ini merupakan larangan kemasukan negara Malaysia yang kedua.

Wabak Covid-19 telah menjangkiti sebanyak 83,000 secara global dan telah mengorbankan lebih kurang 2,800 (majoriti di China, dimana ia mula-mula muncul di bandar Wuhan.)

ADVERTISEMENT
Share138Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy