fbpx
Cerita Borneo

Mansuh Bayaran Tol, Brunei Darussalam Kuatkuasakan Caj Keluar Masuk Bermula 1 Ogos

Setiap perjalanan ulang alik akan dikenakan cas sebanyak 3 Dolar Brunei.

Mansuh Bayaran Tol, Brunei Darussalam Kuatkuasakan Caj Keluar Masuk Bermula 1 Ogos. Kerajaan Brunei Darussalam hari ini mengeluarkan satu peraturan baru kepada semua individu yang keluar masuk ke negara tersebut.

Mulai 1 Ogos 2020, setiap individu yang keluar masuk ke negara tersebut termasuk warganegara Brunei akan dikenakan cas keluar masuk.

Menerusi kenyataan yang disiarkan oleh laman rasmi Facebook Kementerian Kewangan dan Ekonomi Brunei Darussalam, kerajaan Brunei memberi kuasa kepada Pengawal Kastam dan Eksesais Diraja, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja Brunei untuk mengenakan cas ke atas setiap individu yang melintasi sempadan negara tersebut melalui pos kawalan darat.

Peraturan tersebut dinamakan Perintah Bayaran Keluar dan Bayaran Masuk, 2020 atau Exit and Entry Charges Order, 2020.

Mansuh Bayaran Tol, Brunei Darussalam Kuatkuasakan Caj Keluar Masuk Bermula 1 Ogos
Sumber : FB Kementerian Kewangan dan Ekonomi Brunei Darussalam

Setiap satu hala perjalanan akan dikenakan caj sebanyak 3 Dolar Brunei (BND) iaitu bersamaan dengan RM 9.

Maka, jika satu perjalanan ulang alik, caj yang harus dibayar adalah sebanyak 6 Dolar Brunei atau lebih kurang RM 18.

Mansuh Bayaran Tol, Brunei Darussalam Kuatkuasakan Caj Keluar Masuk Bermula 1 Ogos
Mansuh Bayaran Tol, Brunei Darussalam Kuatkuasakan Caj Keluar Masuk Bermula 1 Ogos

Perintah bayaran caj tersebut dilaksanakan bagi menyelaraskan caj yang dikenakan terhadap individu yang keluar masuk melalui jalan laut dan udara.

Bayaran Tol Jambatan Rasau, Kuala Belait Dimasuhkan

Dengan pelaksanaan bayaran caj tersebut juga, bayaran tol Jambatan Rasau, Kuala Belait akan dimansuhkan pada hari yang sama iaitu 1 Ogos 2020.

Individu yang dikenakan caj tersebut juga adalah termasuk mereka yang menggunakan kenderaan mahupun pejalan kaki.

Kanak-kanak bawah 2 tahun tak perlu bayar caj

Walau bagaimanapun, beberapa kategori individu akan dikecualikan daripada bayaran tersebut. Antaranya seperti;

  • Kanak-kanak berusia dibawah 2 tahun.
  • Kenderaan milik kerajaan Brunei dan Kerajaan Luar Negara bagi tujuan rasmi.
  • Kenderaan milik Angkatan Tentera Negara Brunei.
  • Kenderaan digunakan untuk tujuan bantuan kebakaran, ambulans dan polis.
  • Kenderaan bagi tujuan pengebumian dan sebagainya.

Setiap perjalanan perlu mohon dalam Exit and Entry System (EES)

Sehubungan itu, mana-mana individu yang ingin membuat permohonan perjalanan keluar masuk ke Brunei Darussalam hendaklah mendaftar dan menghantar permohonan menerusi Exit dan Entry System (EES), Jabatan Kastam dan Eksais Diraja, yang boleh dicapai melalu pautan ini :

https://login.bdnsw.gov.bn/ees

Cara-cara permohonan adalah sama seperti permohonan Vehicle Entry-Exit System (VES). Maklumat pemandu serta setiap penumpang hendaklah diisi dan dibayar secara online.

Mansuh Bayaran Tol, Brunei Darussalam Kuatkuasakan Caj Keluar Masuk Bermula 1 Ogos
Laluan transit luar negara Brunei Darussalam.
Kredit : FB Fatin Fatinah

Walau bagaimanapun, kerajaan Brunei sehingga kini masih mengekalkan larangan untuk warganegara Brunei keluar dari negara tersebut berdasarkan nasihat Kementerian Kesihatan Brunei Darussalam.

Lagi perkembangan menarik di Brunei Darussalam :

Sumber
FB Kementerian Kewangan dan Ekonomi Brunei Darussalam

Artikel Berkaitan

Back to top button