fbpx
Cerita Borneo

Mari Cuba Resipi Mi Belacan Sarawak Tanpa Guna Bawang Ini. Pasti Belalak!

Hidangan Wajib Cuba Di Sarawak Selain Mi Kolok Dan Laksa Sarawak

Mari Cuba Resipi Mi Belacan Sarawak Tanpa Guna Bawang Ini. Pasti Belalak! Kunjungan anda ke negeri Sarawak pasti tidak akan lengkap jika anda tidak mencuba mi belacan. Selain daripada mi kolok dan Laksa Sarawak, mi belacan juga boleh dikatakan sebagai hidangan wajib cuba di negeri tersebut.

Namun, jika anda belum mempunyai kesempatan untuk mencuba rasa asli di kopitiam sekitar Kuching, apa kata anda cuba untuk hasilkan sendiri mi belacan ini di rumah.

Anda peminat kuih tradisional Sarawak? Boleh usha resipi ini :

Tak Guna Bawang, Tapi Rasa Tetap Sama Macam Di Kedai

Resipi ini merupakan hasil perkongsian seorang pengguna Facebook, Thaifah Manshurah. Katanya, resipi mi belacan ini tidak menggunakan bawang namun ia tetap memiliki rasa yang sama seperti yang anda nikmati di kedai makan.

Mari kita lihat resipi mi belacan ini!

Bahan-Bahan Yang Digunakan

  • Bihun/mihun (sebungkus boleh dihidang 5-6 orang)

Bahan Kuah

  • 1 bungkus kuah/pitis rojak
  • 1/2 bungkus sos cili
  • Sedikit cili kering (dikisar)
  • Sedikit belacan
  • Air asam jawa
  • Udang kering (direndam hingga lembut, kemudian dikisar)
  • Sedikit gula apong (jika tiada, boleh diganti dengan gula pasir)
  • Sedikit gula
  • Secubit garam
  • Sedikit Ajinomoto
  • Air
  • Sedikit kicap untuk pewarna kuah
  • Tepung jagung (dibancuh dengan air)

Isi Mi Belacan

  • Telur padi
  • Sotong kembang (dihiris kecil)
  • Hirisan timun
  • Limau
  • Cili kering kisar
  • Kacang tanah (ditumbuk)

Cara Membuat

1. Celur bihun dengan air panas.

2. Kisar semua bahan kuah dengan menggunakan mesin pengisar (blender).

3. Kemudian, tambahkan air ke dalam periuk bersama bahan kuah yang telah dikisar. Biarkan masak sehingga menggelegak.

4. Cuba rasa sedikit. Jika kurang masin, atau manis, tambahkan lagi bahan perasa yang sepatutnya.

5. Jika rasanya okay, barulah tambah tepung jagung yang telah dibancuh untuk memekatkan kuah.

6. Potong isi mi belacan mengikut citarasa anda.

7. Hidangkan kuah bersama mihun, beserta isi mi belacan.

Siap!

Mari Cuba Resipi Mi Belacan Sarawak Tanpa Guna Bawang Ini. Pasti Belalak!
Mari Cuba Resipi Mi Belacan Sarawak Tanpa Guna Bawang Ini. Pasti Belalak!
Kredit : FB Thaifah Manshurah
Mari Cuba Resipi Mi Belacan Sarawak Tanpa Guna Bawang Ini. Pasti Belalak!
Kredit : FB Thaifah Manshurah

Mudah sahaja kan? Bahan-bahannya pun merupakan bahan-bahan asas yang ada di dapur anda.

Selamat mencuba!

Artikel Berkaitan

Back to top button