fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

MAS Beri Diskaun 20% Tiket Penerbangan Domestik Untuk Guru, Pelajar Dan Pensyarah

Nur Afifah by Nur Afifah
8 Julai 2020
MAS Beri Diskaun 20% Tiket Penerbangan Domestik Untuk Guru, Pelajar Dan Pensyarah
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Berita baik untuk warga pendidikan!

MAS Beri Diskaun 20% Tiket Penerbangan Domestik Untuk Guru, Pelajar Dan Pensyarah. Dengar khabar IPT dan sekolah tak lama lagi nak buka kan? Susulan itu, syarikat penerbangan nasional Malaysia, Malaysia Airlines telah bersetuju untuk memberikan diskaun tiket penerbangan sebanyak 20% kepada guru, pelajar dan pensyarah untuk mereka pulang ke tempat bekerja masing-masing.

Perkara ini telah diumumkan oleh Menteri Kanan Keselamatan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

ADVERTISEMENT
MAS Beri Diskaun 20% Tiket Penerbangan Domestik Untuk Guru, Pelajar Dan Pensyarah
Sumber : BERNAMA

Menyedari tambang penerbangan yang masih mahal pada ketika ini, pihak kerajaan telah menyarankan agar syarikat penerbangan memberikan harga tambang khas untuk golongan pelajar, guru serta pensyarah. Mereka tidak mempunyai pilihan lain selain kembali ke tempat bekerja semula secara berperingkat.

Kod promo diumumkan oleh KPM, KPT untuk guru dan pensyarah

Tambah nya lagi, diskaun tersebut boleh didapati melalui tempahan atas talian yang dibuat di laman sesawang MAS. Untuk para guru dan pensyarah, kod promo akan diumumkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia (KPT) dan Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

ArtikelBerkaitan

Berikut Adalah 10 Kluster COVID-19 Yang Masih lagi Aktif Di Sarawak

Sarawak Akan Lanjutkan PKP Dan PKPB Sehingga 14 Februari 2021

MAS Beri Diskaun 20% Tiket Penerbangan Domestik Untuk Guru, Pelajar Dan Pensyarah
MAS Beri Diskaun 20% Tiket Penerbangan Domestik Untuk Guru, Pelajar Dan Pensyarah

Pelajar perlu daftar program MH Explorer untuk dapatkan diskaun

Para pelajar pula akan layak menikmati diskaun tersebut serta merta setelah mereka mendaftar untuk program MH Explorer di laman sesawang syarikat penerbangan berkenaan.

ADVERTISEMENT

Diskaun untuk pelajar ini boleh dinikmati sehingga 30 November atau sehingga keahlian tamat mengikut terma dan syarat yang telah ditetapkan oleh program MH Explorer.

MAS Beri Diskaun 20% Tiket Penerbangan Domestik Untuk Guru, Pelajar Dan Pensyarah

Tempahan dibuka mulai 9 Julai hingga 10 Ogos untuk tarikh penerbangan dari 10 Julai hingga 30 November 2020.

ADVERTISEMENT

IPT dibuka sepenuhnya pada bulan Oktober 2020

Dalam perkembangan yang lain pula, Menteri Pengajian Tinggi, Dato’ Dr Noraini Ahmad telah mengumumkan bahawa IPT kini telah dibuka secara berperingkat. Selain itu, kemasukan sepenuhnya pelajar ke IPT adalah pada bulan Oktober.

Kumpulan pelajar yang kini dibenarkan pulang ke kampus ditambah kepada 4 lagi kategori pelajar iaitu;

  1. Pelajar tempatan di IPTS
  2. Pelajar IPTA tahun 1, 2, 3 dan 4 dalam bidang pengajian yang memerlukan latihan klinikal, latih tubi, praktikal, studio, peralatan khas, peperiksaan badan profesional.
  3. Pelajar tahun 1,2,3 dan 4 yang tidak mempunyai akses internet dan ruang pembelajaran yang selesa
  4. Pelajar antarabangsa dari IPTA/IPTS termasuk pelajar baharu

Walau bagaimanapun, mereka tetap disarankan untuk mematuhi penjarakan sosial serta menjaga kebersihan diri pada tahap yang tertinggi.

Kepada golongan pelajar, guru dan pensyarah, selamat kembali ke arena pendidikan!

Ini pula khabar terbaharu dari syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia :

Share1206Tweet40SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy