fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

MAS Tawar Harga Tambang Istimewa Untuk Pelajar Baharu Matrikulasi Sesi 2020/2021

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
24 Julai 2020
MAS Tawar Harga Tambang Istimewa Untuk Pelajar Baharu Matrikulasi Sesi 2020/2021
Share on FacebookShare on Twitter

Khas untuk adik-adik yang bakal masuk ke Matrikulasi!

MAS Tawar Harga Tambang Istimewa Untuk Pelajar Baharu Matrikulasi Sesi 2020/2021. Adakah anda merupakan salah seorang bakal pelajar Matrikulasi sesi 2020/2021? Atau anda mempunyai adik atau sanak saudara yang bakal memasuki program tersebut? Ini ada berita baik buat anda!

Syarikat penerbangan, Malaysia Airlines kini menawarkan harga tambang istimewa untuk pelajar Matrikulasi sesi 2020/2021!

Harga istimewa untuk 9 destinasi penerbangan

Menerusi laman Facebook Program Matrikulasi KPM, pihak MAS bakal memberikan harga tambang istimewa untuk destinasi Kuala Lumpur, Kuching, Bintulu, Miri, Sibu, Sandakan, Kota Kinabalu, Labuan dan Tawau.

ArtikelBerkaitan

Brunei Darussalam Lancar Strategi Vaksinasi, Dimuatkan Dalam Dokumen Yang Menarik Perhatian

Brunei Terima Sumbangan Vaksin Sinopharm Dari China Sebagai Tanda Persahabatan

Wah hebatnya!! MAS kini ingin memberikan tambang tiket penerbangan TERBAIK buat adik2 Program Matrikulasi 2020/2021. Rebutlah peluang ini, apalagi yg ditunggu👍🤗

Posted by Program Matrikulasi KPM on Thursday, July 23, 2020

Harga tambang istimewa ini akan diberikan untuk penerbangan bertarikh 3, 5 dan 7 Ogos 2020.

MAS Tawar Harga Tambang Istimewa Untuk Pelajar Baharu Matrikulasi Sesi 2020/2021
MAS Tawar Harga Tambang Istimewa Untuk Pelajar Baharu Matrikulasi Sesi 2020/2021

Bagi para pelajar yang ingin mendapatkan harga tambang istimewa ini, anda perlu mengisi maklumat lengkap anda di pautan berikut : https://bit.ly/MASMatrikulasi

Jika anda mempunyai pertanyaan lanjut mengenai promosi ini, anda boleh berhubung terus dengan pegawai bahagian Matrikulasi, En. Hasyidan Hussin di talian 017-515 6061 atau menghubungi terus pegawai MAS; En Iqmal Hakimi (018-395 7157) atau En. Nik Sheqal Alif (012-247 5676).

Harga tiket penerbangan dijangka pulih menjelang November

Dalam perkembangan lain, Kementerian Pengangkutan Malaysia menjangka bahawa harga tambang penerbangan dijangka pulih pada bulan November. Perkara tersebut adalah berdasarkan analisis yang dibuat oleh Suruhanjaya Penerbangan Malaysia (MAVCOM).

Peningkatan harga tambang penerbangan ini adalah berikutan pandemik yang masih melanda dunia pada ketika ini. Malah, industri penerbangan adalah salah satu industri yang paling terjejas teruk semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.

Baca perkembangan selanjutnya di sini :

Share61Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy