fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Masih Ada Yang Ingkar Arahan PKP, 37 Orang Ditangkap Dalam Masa 24 Jam

Kedung BK Oleh Kedung BK
27 Mac 2020
Masih Ada Yang Ingkar Arahan PKP, 37 Orang Ditangkap Dalam Masa 24 Jam
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Udah gik bengkeng, please!

Masih Ada Yang Ingkar Arahan PKP, 37 Orang Ditangkap Dalam Masa 24 Jam. Hari ini tadi, Pesuruhjaya Polis Sarawak Datuk Aidi Ismail berkata sebanyak 37 suspek telah ditangkap sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) antara pukul 8 pagi pada 26 Mac hingga 8 pagi hari ini (27 Mac).

Masih Ada Yang Ingkar Arahan PKP, 37 Orang Ditangkap Dalam Masa 24 Jam

Suspek terdiri daripada 33 lelaki dan empat wanita.

Jumlah penangkapan tertinggi dilakukan di Bintulu dengan sebanyak 8 suspek, diikuti oleh Kuching dengan enam, Miri (5), Lundu (5), Padawan (3), Limbang (2), Sibu (2), Kota Samarahan dan Serian masing-masing mempunyai satu tangkapan.

ADVERTISEMENT

“Semua mereka (suspek) kemudiannya dibebaskan dengan jaminan polis selepas kenyataan mereka direkodkan,” kata beliau lagi.

Beliau mendedahkan bahawa suspek ditangkap ketika mereka gagal untuk memberi alasan kukuh mengapa mereka memandu di sekitar bandar atau berada di tempat awam. Penangkapan dibuat di bawah Seksyen 186 Kanun Keseksaan dan Peraturan 7 (1) Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah di dalam Kawasan Terjejas tempatan) Peraturan 2020.

Semalam, dilaporkan bahawa sejumlah 28 suspek terdiri daripada 24 lelaki dan empat wanita telah ditangkap antara 25 Mac hingga 8 pagi pada 26 Mac, dimana semua 28 suspek telah dibebaskan dengan jaminan polis pada hari penangkapan yang sama selepas penyata mereka direkodkan. Manakala sepasang suami isteri yang melanggar sekatan jalan raya polis di Batu Niah, Miri, dijangka dihadapkan ke mahkamah minggu depan.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
Share243Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy