fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Menteri Kata Video Veveonah Duduki Peperiksaan Palsu, Rakan Sekelas Bidas Semula Dakwaan

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
3 September 2020
Menteri Kata Video Veveonah Duduki Peperiksaan Palsu, Rakan Sekelas Bidas Semula Dakwaan
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Dakwaan tersebut dibuat oleh Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Menteri Kata Video Veveonah Duduki Peperiksaan Palsu, Rakan Sekelas Bidas Semula Dakwaan. Masih ingatkah anda pada gadis tular yang menduduki peperiksaan di atas pokok iaitu Veveonah Mosibin? Di sebalik kemudahan yang beliau nikmati hari ini atas videonya yang tular, ada pula khabar yang tidak begitu menyenangkan dilemparkan terhadap Veveonah.

Menerusi berita yang disiarkan melalui portal berita Sinar Harian, Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin, telah membuat kenyataan bahawa video yang dimuatnaik oleh Veveonah Mosibin adalah palsu.

ADVERTISEMENT

Video yang dimaksudkan ialah video tular yang menunjukkan beliau menduduki peperiksaan di atas pokok dan meluangkan masa semalaman semata-mata untuk mendapatkan liputan internet yang stabil.

Menteri Kata Video Veveonah Duduki Peperiksaan Palsu, Rakan Sekelas Bidas Semula Dakwaan
Menteri Kata Video Veveonah Duduki Peperiksaan Palsu, Rakan Sekelas Bidas Semula Dakwaan

“Veveonah nak dapat nama, populariti sementara” – Datuk Zahidi Zainul Abidin

Jelas Zahidi lagi, Veveonah sebenarnya tidak menduduki sebarang peperiksaan semasa video tersebut diambil. Malah, Veveonah dikatakan sebagai hanyalah seorang Youtuber yang mahukan nama untuk tujuan populariti sementara. Konten tersebut juga dibuatnya untuk tujuan suka-suka dan hiburan semata-mata.

ArtikelBerkaitan

Sabah Luluskan ‘Travel Bubble’, Boleh Melancong Dari Resort Ke Pulau Mantanani

Cecair Merah Menitik Dari Siling, Rupa-Rupanya Darah Seorang Mayat Lelaki

ADVERTISEMENT

Keratan video kenyataan YBTM Komunikasi dan Multimedia menyatakan bahwa Veveonah telah menipu orang ramai padahal Veve sebenarnya tidak menduduki peperiksaan pun semasa video bermalam 24 jam di atas pokok itu dirakam.
Adakah ini benar?

Mohon @UMS_EcoCampus dan Veve sahkan? pic.twitter.com/3b1s9EVCoC

— najibsyahmi (@nsyahmi) September 3, 2020

ADVERTISEMENT

Beliau mengesahkan perkara tersebut dengan menyatakan siasatan telah dibuat namun tidak mengemukakan dengan lebih lanjut maklumat tentang siasatan terperinci tersebut. Keratan rakaman kenyataan tersebut pula sempat dimuat naik oleh seorang netizen di laman Twitter.

Menteri Kata Video Veveonah Duduki Peperiksaan Palsu, Rakan Sekelas Bidas Semula Dakwaan
Timbalan Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia, Datuk Zahidi Zainul Abidin.
Sumber foto : BERNAMA

Rakan seangkatan Veveonah tampil backup, memang benar ada peperiksaan

Susulan dakwaan berani menteri tersebut, netizen mula menunjukkan reaksi bercampur baur terhadap kenyataan tersebut. Ada yang menyokong dan ada juga yang menunjukkan riak kecewa.

Namun, perkara menarik perhatian dalam kebanyakan reaksi tersebut di laman sosial media ialah penafian rakan seangkatan Veveonah di pusat pengajian Asasi Universiti Malaysia Sabah (UMS).

Menerusi beberapa ciapan balas Twitter, mereka mengatakan bahawa mereka benar-benar menduduki peperiksaan di peringkat asasi beberapa hari sebelum video Veveonah tular.

Malah, bidasan tersebut disertakan sekali dengan jadual peperiksaan asasi UMS yang berlangsung pada 10 hingga 12 Jun 2020. Video tersebut pula dimuat naik pada 13 Jun 2020 dan kemudiannya tular sehingga mendapat perhatian netizen dan pihak berkuasa.

Sumber : Twitter

Tolong jangan spread fitnah okay. She was one of my batchmate for Asasi UMS, she sat for online examination just like the rest of us during 10 June-12 June 2020. Dia post video dia on 13 June 2020, so maksudnya memang dia sit for online examination. Freaking clowns 🤡🤡🤡🤡 pic.twitter.com/mQxz5Rsp77

— crhxyan_smiley (@crhxyan) September 3, 2020

Aku 1 batch dgn veveonah, masa tu memang kami exam. Kami exam selasa-jumaat. Dan video tersebut di upload pada hari sabtu. Dan viral selepas beberapa hari. Semasa viral memang kami sdh habis exam. Sila buat kenyataan yg betul. https://t.co/uaHWXULg0Y

— 黄 ݢين Hee  (@WongGenHee) September 3, 2020

@ZahidiZainuI siasatan apa yg telah dibuat? Adakah sudah berhubung dgn pihak ums? Utk memastikan tiada peperiksaan yg sedang berlangsung?

— 黄 ݢين Hee  (@WongGenHee) September 3, 2020

Apa bukti kamu cakap dia tiada peperiksaan? pic.twitter.com/4hklhe4ops

— marie (@DSlaiuz) September 3, 2020

Helooooo this one my roommate okayy . Cuba before buat anything baca betul2 . If dia teda exam semua tu buat apa smpai pihak ums jumpa dia? Jangan main2 sma orang sabah 🌚

— kani (@ariqahskni) September 3, 2020

hi as one of her batchmate, saya nak beritahu yang veveonah was studying in foundation in science and we have final exam to sit during that week. if there is any semakan, may we see the evidence that shows yg dia tiada peperiksaan online? atau mmg saja nak sebarkan fitnah? 😊

— ⁱⁿ (@stekwashere) September 3, 2020

I don’t understand how this post is still up, because the fact that it is spreading fake news saying “dia tidak ada peperiksaan” when in fact she did her exams just as all of us did, is just…i can’t even find a word for it.

— matiu (@MatthewBansing) September 3, 2020

Individu tersebut juga mengenali Veveonah dan mengakui bahawa Veveonah adalah pelajar Asasi yang menuntut sama dengannya di UMS.

Agak mustahil sekiranya pihak Asasi UMS tidak mendedahkan penyamaran Veveonah dari awal lagi sekiranya benar gadis itu tidak menduduki peperiksaan, betul tak?

Veveonah dapat CGPA 3.85 dalam peperiksaan tersebut

Tambahan pula, pihak UMS telah mengumumkan bahawa Veveonah telah mendapat keputusan yang agak cemerlang dalam peperiksaan tersebut iaitu dengan CGPA 3.85. Bahkan, gadis pintar tersebut dianugerahkan tajaan biasiswa untuk melanjutkan pengajian peringkat ijazah sarjana muda di UMS.

Jika benar siasatan telah dibuat, apakah bukti lanjut tentang siasatan tersebut atau adakah kenyataan dibuat sebagai satu justifikasi untuk menarik balik bantuan dan penghargaan yang telah diberikan oleh pihak atasan kepada komuniti Veveonah?

Apa komen anda tentang perkara ini?

Ikuti kronologi kisah Veveonah yang pernah kami siarkan di sini :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy