fbpx
Cerita Borneo

Menteri Muda Pengangkutan Sarawak Disahkan Positif COVID19

Perkara tersebut disahkan sendiri oleh beliau

Menteri Muda Pengangkutan Sarawak Disahkan Positif COVID19. Datuk Dr Jerip Susil yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri Mambong mengesahkan dirinya positif COVID19, menurut satu laporan yang dikeluarkan oleh Utusan Borneo pagi tadi. Desas desus tersebut juga telah berlegar di ruang maya sejak malam tadi dengan Sin Chew Daily telah membuat liputan terlebih dahulu, malam tadi.

Menteri Pengangkutan Sarawak Disahkan Positif COVID19
Menteri Muda Pengangkutan Sarawak Disahkan Positif COVID19

Ketika dihubungi, Dr Jerip Susil berkata beliau kini dirawat di Hospital Umum Sarawak dan telah dikuarantin sejak malam tadi untuk tempoh 14 hari. Beliau juga memaklumkan bahawa beliau mendapat jangkitan dari kluster Good News Fellowship Conference Church. Ini kerana salah seorang pekerjanya merupakan positif COVID10 dari kluster tersebut dan menjangkiti beliau.

Sebelum ini, Ahli Parlimen Bandar Kuching dan Sarikei dari Parti Tindakan Demokratik Malaysia juga telah dijangkiti COVID19. Sehingga kini, Ahli Parlimen Sarikei masih dirawat manakala Ahli Parlimen Bandar Kuching iaitu Dr Kelvin Yii kini telah discaj dan keluar hospital.

Baca Lagi Artikel Lain : Beberapa Pemimpin Tertinggi Kerajaan Sarawak Diarah Kuarantin Selepas Jadi Kontak Rapat Kes Positif COVID-19

Artikel Berkaitan

Back to top button