fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Mistik Dan Kisah Terabai, Yang Merupakan Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
13 November 2020
Mistik Dan Kisah Terabai, Yang Merupakan Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Perisai atau Terabai tradisional Iban yang mereka gunakan sebenarnya mempunyai kisahnya sendiri.

Mistik Dan Kisah Terabai, Yang Merupakan Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu. DI kalangan masyarakat Iban ianya dikenali dengan nama Terabai atau di dalam bahasa standard digelar “Perisai”. Ianya adalah salah satu daripada lambang kepahlawan kaum Iban di Borneo kerana dengan terabai inilah antara kelengkapan wajib ada apabila turun berperang suatu masa dahulu.

Sejajar dengan waktu, terabai sekarang kebanyakannya hanyalah salah satu sumber warisan di kalangan masyarakat Dayak dan sudah menjengah penggunaanya sebagai penghias dinding di rumah-rumah agam mahupun hotel bertaraf lima bintang di seluruh dunia.

ADVERTISEMENT
Mistik Dan Kisah Terabai, Yang Merupakan Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu
Mistik Dan Kisah Terabai, Yang Merupakan Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu

Bukanlah sekadar satu perhiasan semata-mata

Menceritakan tentang motif ukiran terabai Iban pula sebenarnya ianya bukanlah sekadar satu perhiasan semata-mata. Kerana dikatakan pada setiap motif seni ukiran terabai Iban yang unik dan cantik itu sebenarnya mempunyai maksud-maksudnya tersendiri.

Bolehlah dinyatakan bahawa motif pada setiap ukiran terabai sebenarnya menerangkan intepretasi halus samada menerusi kesusasteraan, sejarah dan tradisi serta kemahiran pertukangan kaum suatu waktu dahulu.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Penempatan Skim Semula Sentosa Fasa 2 Sibu, Bermula 27 Februari Hingga 12 Mac

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

ADVERTISEMENT

Menurut kepercayaan masyarakat Iban untuk mengukir sesuatu terabai bukan hanya memerlukan kepakaran semata-mata. Ini kerana setiap pengukir Iban yang terpilih sebenarnya didatangkan ideanya atas kehendak Tuhan mahupun dewa-dewa mereka samada menerusi firasat mahupun mimpi. Atau secara relatifnya ianya berkaitan secara langsung dengan faktor pemujaan serta sanjungan kepada dewa-dewa mengikut fahaman animisme mereka.

Mistik Dan Kisah Terabai, Yang Merupakan Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu

Kepercayaan masyarakat Iban

Antara dewa-dewa yang menjadi sandaran kepada kepercayaan masyarakat Iban animisme adalah seperti Keling Gerasi Nading Bujang Berani Kempang, Laja Mirah Moa Nekang Jerenang, Simpurai, Muntigerai, Sepatu Manok Antu, Sepungga Lumpong Nangga, Pandak Segatak serta banyak lagi.

ADVERTISEMENT

Kesemua nama-nama dewa ini adalah dewa perang masyarakat Iban yang tinggal di bahagian dunia atasan yang dikenali sebagai “Panggau Libau”. Masyarakat Iban mempercayai bahawa dewa inilah yang bertanggungjawab untuk menjaga dan melindungi masyarakat Iban daripada sebarang ancaman di dunia.

Jadi pada setiap motif ukiran terabai Iban yang cukup unik ini juga sebenarnya turut menggambarkan keadaaan pada masa tersebut. Perkaitan setiap motif ukiran dengan cerita legenda juga turut mendokong kewujudan asal-usul motif ukiran seperti pertarungan Rawing dan Raja Merom, pertarungan Lang Ngindang dan Lang Kachang, Mimpi Gemong, Burung Bubut dan Burung Ruai dan Belalang (Buntak Aloi dan Buntak Rusa).

Mistik Dan Kisah Terabai, Yang Merupakan Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu

Legenda pertarungan

Kita ambil contoh bagaimana legenda pertarungan antara Lang Ngindang dan Lang Kachang sewaktu perang Pengayau suatu waktu dahulu. Dikatakan pada saat pertempuran semakin sengit tiba-tiba tubuh badan Lang Ngindang ikut bergetar dan lemah apabila melihat terabai yang digunakan oleh Lang Kachang. Ianya ada kena mengena dengan motif ukiran terabai Lang Kachang pada masa itu yang menggunakan motif iban laki-laki.

Manakala untuk Lang Ngindang pula motif ukiran terabainya menggunakan motif iban perempuan. Malah sebenarnya adalah dipercayai oleh kerana Lang Kachang menggunakan terabai motif iban laki-laki juga turut mendapat reaksi yang berlainan. Pada ketika berhadapan dengan Lang Ngindang dikatakan dirinya yang mempunyai semangat yang berdomba-domba turut lembut jadinya iaitu bertukar menjadi seorang pahlawan Iban yang mengasihani terhadap musuh.

Ini semua adalah tindakbalas mistik pada setiap penggunaan terabai untuk peperangan dan kerana itulah suatu waktu dahulu setiap pahlawan iban amat berhati-hati memilih motif ukiran mahupun warna terabai yang akan mereka gunakan.

Mistik Dan Kisah Terabai, Yang Merupakan Perisai Tradisional Iban Suatu Masa Dahulu

Motif terabai tradisional masyarakat Iban suatu waktu dahulu

Inilah antara falsafah didalam pembuatan dan pengukiran motif terabai tradisional masyarakat Iban suatu waktu dahulu. Setiap motif ukiran tradisional bukan hanya suka-suka tetapi mempunyai kefahaman mistik dan supernatural pada sesiapa yang memilikinya.

Agak kurang pembuatan terabai tradisional sekarang dan ianya banyak dijadikan antara barangan berharga warisan keluarga. Manakala yang sering kita lihat di pasaran adalah jenis terabai Iban yang sudah dikomersialkan iaitu motif ukirannya lebih kepada menunjukkan simbolik kebudayaan dan seni kraftangan beridentitikan masyarakat Iban itu sendiri.

Lagi di sini:

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy