fbpx
Cerita Borneo

Mulai 31 Julai 2020, Kredit ePenjana Sebanyak RM50 Boleh Ditebus

Perlu digunakan sebelum 30 September 2020

Mulai 31 Julai 2020, Kredit ePenjana Sebanyak RM50 Boleh Ditebus. Terkini, dilaporkan Kredit ePenjana RM50 boleh ditebus mulai 31 Julai 2020 hingga 24 September 2020.

Kredit ini perlu digunakan sebelum 30 September dan boleh ditebus menerusi tiga e-wallet iaitu Boost, GrabPay dan Touch ‘n Go eWallet.

Mulai 31 Julai 2020, Kredit ePenjana Sebanyak RM50 Boleh Ditebus
Mulai 31 Julai 2020, Kredit ePenjana Sebanyak RM50 Boleh Ditebus

Inisiatif oleh Kementerian Kewangan Malaysia

Program kredit ePenjana merupakan program dilancarkan oleh Kementerian Kewangan Malaysia untuk rakyat Malaysia yang berumur 18 tahun ke atas dan berpendapatan kurang daripada RM100,000 setahun.

Disamping itu, ia juga sebuah usaha bagi menggalakkan pengguna menggunakan kaedah pembayaran secara nirsentuh selaras dengan norma baharu.

Selain itu, dikatakan kredit ini boleh digunakan untuk pelbagai tujuan kecuali pembelian atas talian atau berasaskan internet, tol (untuk semenanjung Malaysia), pembelian dalam aplikasi (cth. penerbangan, wayang dan selainnya), pembayaran bil, utiliti, teksi atau mana-mana perkhidmatan kerajaan.

Ini adalah langkah bagaimana untuk daftar menggunanya:

  1. Muat turun aplikasi MySejahtera
  2. Daftar menerusi aplikasi tersebut. Pastikan anda guna nama yang sama (seperti kad pengenalan anda) pada e-wallet untuk tujuan penebusan kredit tersebut
Mulai 31 Julai 2020, Kredit ePenjana Sebanyak RM50 Boleh Ditebus

Satu lagi tambahan untuk pemohon layak ialah menerima padanan insentif tambahan bernilai RM50 dalam bentuk rebat tunai, baucar atau mata ganjaran untuk sepanjang durasi kempen ePenjana. Ringkas kata, pemohon yang layak akan menerima secara keseluruhan penggunaan bernilai RM100.

Lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close