fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

Musa Aman Buat Comeback, Kerajaan Warisan Sabah Bakal Tumbang

iloveborneo Oleh iloveborneo
29 Julai 2020
Musa Aman Buat Comeback, Kerajaan Warisan Sabah Bakal Tumbang
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Musa Aman membuat sidang media rasmi mengenai perkara tersebut

Bekas Ketua Menteri Sabah, Musa Aman hari ini mengumumkan beliau mempunyai majoriti mudah untuk membentuk kerajaan negeri baru selepas mendapat sokongan mencukupi daripada Adun negeri itu.
Adun itu datang daripada Warisan, PKR, PPBM dan Umno.

Dalam sidang media tergempar yang dibuat di rumahnya sebentar tadi berkata, pihaknya akan membuat satu bentukan dan menyokong Perikatan Nasional (PN).

Beliau berkata, kumpulan yang diketuainya akan bergerak ke Istana Negeri untuk mengemukakan Surat Akuan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) ditandatangani dalam tempoh terdekat.

ArtikelBerkaitan

Setinggi RM130 Seorang, Netizen Kongsi Kos Upah ‘Cekik Darah’ Untuk Bantu Isi enterSarawak

Hutan Kokol Hobbiton Tawarkan Pengalaman Ala-Ala Di England

“Kita telah memperolehi simple majority dan akan membentuk kerajaan baharu.

“Satu gabungan baru ini akan mengadap Tuan Yang Terutama (TYT),” katanya.

Antara ADUN dari parti pemerintah yang berada di rumah Musa sebentar tadi adalah Datuk Hamis Samad (Tanjung Batu), Datuk Osman Jamal (Balung), Kenny Chua (Inanam), Datuk Muis Picho (Sebatik) dan Datuk Bolkiah Ismail (Pitas).

Berikut adalah kenyataan rasmi beliau :

Kenyataan Rasmi YB Tan Sri Datuk Seri Panglima Musa Bin Haji Aman.

1. Alhamdulilah saya bersyukur kepada Allah swt kerana akhirnya dengan izin Tuhan, ingin memaklumkan bahawa satu gabungan baharu telah di bentuk bersama dengan Ahli Dewan Undangan Negeri Sabah (ADUN) dari pelbagai parti.

2. Saya juga ingin memaklumkan yang Menteri Keselamatan dalam Negeri Datuk Seri Hamzah Zainudin dan Datuk Nardin, Setiausaha Politik kepada PM telah membuat Kunjungan Hormat kepada Tuan Yang Terutama pagi tadi untuk memaklumkan gabungan baru yang menyokong Perikatan Nasional di bawah kepimpinan Perdana Menteri YAB Tan Sri Muhyiddin Yassin telah memperolehi sokongan majoriti untuk membentuk kerajaan baru.

3.Tuan Yang Terutama telah meminta saya mengemukakan surat-surat akuan bersumpah yang mengesahkan sokongan mereka.

4. Saya telah menerima surat akuan bersumpah ADUN yang mengesahkan pendirian mereka menyokong gabungan baharu yang saya ketuai.

5. Melangkah ke hadapan, kerajaan gabungan baru akan berusaha memperbaiki dan menghasilkan dasar yang lebih baik untuk membawa Sabah keluar dari keadaan ekonomi yang getir pada saat ini akibat kelemahan Kerajaan Parti Warisan termasuk dalam mengatasi penularan wabak Covid19.

6. Bersama dengan bantuan kerajaan Persekutuan, saya percaya kita bersama-sama dapat mengatasi cabaran yang berlaku, melonjakkan ekonomi, mewujudkan peluang peluang pekerjaan dan meningkatkan kehidupan masyarakat.

7. Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang secara konsisten mempercayai dan menyokong saya. Saya tidak mengharapkan apa-apa kecuali komitmen dan dedikasi sepenuhnya dari semua wakil rakyat untuk kepentingan dan kesejahteraan rakyat.

Walau bagaimanapun setakat ini tiada lagi kepastian atau makluman mengenai proses angkat sumpah dimaklumkan.

Musa Aman Buat Comeback, Kerajaan Warisan Sabah Bakal Tumbang
Musa Aman Buat Comeback, Kerajaan Warisan Sabah Bakal Tumbang

Sementera itu menerusi laporan baru pula menyatakan Ketua Menteri sekarang iaitu Shafie Apdal juga mengatakan beliau masih memiliki majoriti untuk kekal sebagai kerajaan.

Kerajaan Sabah yang diketuai oleh Warisan disokong Upko, DAP dan PKR, dan mereka mempunyai 43 kerusi dalam dewan.

Share81Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy