Khabarnya, Ini Pertama Kali AirAsia X Tawar Tambang Percuma Untuk Destinasi Luar Negara!

Nak Bercuti Ke Oversea? Rebut Tambang Percuma AirAsia X Ini Sekarang. Anda dah lama mengidam nak ke luar negara? Tapi ‘kantau’ tak cukup-cukup lagi? Ini lah peluang keemasan anda kerana syarikat penerbangan tambang murah, AirAsia X sedang melancarkan jualan tempat duduk dengan tambang PERCUMA untuk destinasi jarak jauh. Ini merupakan kali pertama dalam sejarah AirAsia X menawarkan tambang percuma untuk destinasi jarak jauh a.k.a luar negara.
Sebanyak 1 juta tempat duduk ditawarkan untuk perjalanan dari Kuala Lumpur ke pelbagai destinasi jarak jauh yang popular seperti Melbourne (Avalon), Gold Coast, Perth, Sydney, Fukuoka, Tokyo (Narita), Seoul, Busan, Taipei dan Ahmedabad. Boleh lah tengok koala di Australia, takpun jenguk kedai aiskrim Matcha kat Jepun. On tak on?


Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu log masuk ke akaun AirAsia BIG anda sebelum membuat pembelian tiket di airasia.com atau di aplikasi mudah alih AirAsia di telefon bimbit anda. Promosi ini berlangsung selama 72 jam sahaja iaitu bermula 24 Februari 2020 hingga 26 Februari 2020 untuk penerbangan antara 1 Mac 2020 dan 31 Oktober 2020.
Tambang percuma ini tidak termasuk cukai lapangan terbang, MAVCOM dan cukai-cukai yang lain.
Ada 72 jam saja tu. Kalau bukan sekarang bila lagi?