fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Nampak Anak Dalam Mulut Buaya, Bapa Lihat Sendiri Anak Dibaham Di Sabah

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
14 Ogos 2020
Nampak Anak Dalam Mulut Buaya, Bapa Lihat Sendiri Anak Dibaham Di Sabah
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Kejadian berlaku di Kampung Muhibbah Hujung, Kinabatangan.

Nampak Anak Dalam Mulut Buaya, Bapa Lihat Sendiri Anak Dibaham Di Sabah. Tidak dapat dibayangkan bagaimana perasaan seorang bapa melihat sendiri anaknya dibaham buaya.

Beberapa hari yang lalu, seorang kanak-kanak lelaki berusia 8 tahun dipercayai telah dibaham oleh buaya ketika mandi bersama-sama ayahnya di Sungai Kinabatangan sekitar jam 11 pagi.

ADVERTISEMENT

Mangsa dikatakan menurunkan perahu ke sungai dan mandi sebelum disambar

Mangsa yang bernama Asmin Abdullah dikatakan turun ke sungai tersebut bersama-sama bapanya untuk menurunkan perahu sebelum mandi bersama.

Namun demikian, belum sampai beberapa saat ayahnya berpaling daripada anaknya, ayahnya terdengar bunyi kocakan air yang kuat dan mendapati bahawa buaya tersebut telah menyambar anaknya dan terus menghilang ke dalam air.

ArtikelBerkaitan

Sarawak Catat Kluster Tahun Baru Cina Pertama, Kluster Komuniti Di Kota Samarahan

Abang Johari Bakal Jadi Individu Pertama Terima Vaksin Pfizer-BioNtech Di Sarawak

ADVERTISEMENT

Mangsa disyaki ditarik masuk ke dalam air. Sebaik sahaja melihat anaknya disambar buaya, ayahnya cuba menyelamatkan mangsa namun tidak berjaya.

Nampak Anak Dalam Mulut Buaya, Bapa Lihat Sendiri Anak Dibaham Di Sabah
Nampak Anak Dalam Mulut Buaya, Bapa Lihat Sendiri Anak Dibaham Di Sabah

Buaya timbul kembali dengan badan mangsa di dalam mulut

Sejam kemudian, ayahnya melihat buaya tersebut timbul kembali dengan anaknya berada di dalam mulut buaya tersebut.

ADVERTISEMENT

Mereka kemudian cuba mengambil dan mendekati buaya tersebut namun buaya tersebut segera menghilang ke dalam air. Ayah mangsa kemudian bergegas meminta bantuan daripada pihak berkuasa.

Operasi SAR telah dijalankan sejak Rabu lalu

Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan oleh pihak Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) telah dijalankan sejak Rabu lalu dan masih menemui jalan buntu sehingga ke hari ini.

Kawasan operasi telah diperluaskan sehingga 10 kilometer persegi dari tempat kejadian hari ini dan melibatkan seramai 35 orang anggota.

Nampak Anak Dalam Mulut Buaya, Bapa Lihat Sendiri Anak Dibaham Di Sabah
Sumber : Harian Metro

Turut sama dalam operasi tersebut ialah kakitangan Jabatan Hidupan Liar. Jabatan tersebut juga turut mengeluarkan arahan untuk menembak reptilia terbabit sekiranya terlihat.

Semoga mangsa ditemui semula dengan selamat. Sama-sama kita doakan. Amin.

Baca juga :

Share61Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy