fbpx
Cerita Borneo

Netizen Kecam Wanita Ini Yang Keluar Makan Guna Gelang Kuarantin

Tindakan yang tidak bertanggungjawab

Netizen Kecam Wanita Ini Yang Keluar Makan Guna Gelang Kuarantin. Penasihat Khas kepada YAB Perdana Menteri mengenai Kesihatan Awam, Dr. Jemilah Mahmood meluahkan perasaan kecewa terhadap seorang wanita yang tidak bertanggungjawab menerusi Twitter baru-baru ini.

Gambar yang dimuat naik beliau menunjukkan seorang wanita makan di kedai makan sambil mengguna gelang kuarantin. Tindakan wanita tersebut mengundang kecaman netizen yang berpendapat wanita tersebut tidak bertanggungjawab dan merisikokan orang sekeliling.

Difahamkan insiden ini berlaku di Perak, Semenanjung Malaysia.

Netizen Kecam Wanita Ini Yang Keluar Makan Guna Gelang Kuarantin
Netizen Kecam Wanita Ini Yang Keluar Makan Guna Gelang Kuarantin

“It’s people like her that increase our nations’s risk to 2nd wave,” – Dr. Jemilah Mahmood

Dr. Jemilah Mahmood berkata orang seperti ini yang meningkatkan risiko gelombang kedua di negara ini.

Selain menyalahkan wanita itu, beliau juga berkata keluarga wanita berkenaan dan pihak premis tersebut tidak bertanggungjawab kerana membenarkan wanita itu keluar walaupun diarahkan kuarantin diri.

Susulan itu, beberapa netizen luahkan kemarahan mereka dengan tindakan wanita itu dengan berkata wanita terbabit bersikap pentingkan diri.

Pemilik kedai makan tampil beri penjelasan sebenar

Menyedari gambar tersebut telah tular, pemilik kedai makan berkenaan tampil beri penjelasan mengenai isu tersebut.

Menurut Nurul Chu Hada Karim menerusi Facebook, beliau sendiri telah menghubungi Jabatan Kesihatan Negeri Perak untuk tanya maklumat tentang wanita tersebut setelah menyedari wanita itu mengguna gelang kuarantin.

Namun, Jabatan Kesihatan Negeri Perak tidak boleh dedahkan maklumat wanita tersebut, tetapi kes itu masih dalam siasatan pada ketika itu.

Tambahnya lagi, pada sekitar pukul 11:23AM, pegawai kesihatan datang ke kedai makan beliau untuk menyiasat kes tersebut dan memberitahu beliau wanita terbabit disahkan negatif.

Namun, akibat melanggar arahan KKM, wanita tersebut kini dicari untuk tindakan undang-undang.

Anda boleh baca selanjutnya dibawah:

Dari semalam lagi sebenarnya dah rasa tak sedap hati . Rasa tak senang duduk . Ya Allah sekali Viral ada gambar mak cik…

Posted by Nurul Chu Hada Karim on Sunday, July 19, 2020

Sebagai peringatan, ia adalah salah disisi undang-undang sekiranya anda melanggar arahan kuarantin.

Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob telah mengumumkan individu yang kembali ke negara harus menjalani kuarantin selama 14 hari di rumah pada bulan lepas. Sepanjang tempoh tersebut, individu dikehendaki memakai gelang tangan selama 14 hari untuk memudahkan SOP.

Jika arahan dilanggar, individu yang disabit akan dikompaun RM1,000 dan bakal dihadap ke mahkamah sekiranya memotong gelang tersebut.

Beberapa bulan lepas semasa PKP, seorang warga Sibu didenda RM5,000 apabila tayangkan diri makan di kedai makan dalam media sosial walaupun diarahkan kuarantin.

Ia merupakan kes ingkar kuarantin pertama di Sarawak pada ketika itu.

Anda boleh baca artikel asal disini:

Jangan ulangkan kesalahan yang sama. Jika anda dikehendaki kuarantinkan diri di rumah, duduk sahaja di rumah dan jangan keluar sesuka hati semasa tempoh tersebut.

Walaupun disahkan negatif dan andaikan diri sendiri selamat, jangan hanya fikir tentang diri sendiri – Be considerate dengan orang lain di sekeliling anda.

Baca lagi disini:

Artikel Berkaitan

Back to top button