fbpx
Cerita Borneo

Netizen Luah Kekecewaan Jalan Sesak Untuk Turun Kerja Kerana LTDL Kuching 2020

Rata rata pengguna jalan raya di Kuching meluahkan perasaan mereka di laman sosial masing masing pagi ini.

Penganjuran Le Tour De Langkawi yang akhirnya kembali ke Kuching selepas 23 tahun nampaknya disambut dengan rasa yang kurang selesa oleh sesetengah warga pekerja di Bandaraya Kuching. Penutupan jalan yang bermula sebelum warga Kuching masuk bekerja nyata menimbulkan kesesakan jalan raya luar biasa hari ini.

Netizen persoalkan mengapa perlumbaan dibuat pada hari Jumaat, dan bukannya hujung minggu

Penganjuran LTDL Kuching 2020 yang diadakan pada hari Jumaat ini juga menjadi tanda tanya kepada netizen, apatah lagi hari jumaat sememangnya terkenal dengan hari yang paling teruk jem di jalan raya.

Penutupan sesetengah jalan ini juga memberi kesan untuk sesetengah warga Kuching yang ini ke pejabat mereka yang terletak di kawasan utama perlumbaan. Kesesakan jalan raya di Petrajaya juga lain level hari ini walaupun hari cerah dan tiada hujan

Elakkan Jalan Yang Berkaitan Kalau Tidak Mahu Stuck Di Dalam Jem

Jika anda perlu ke mana mana di kawasan Bandar Kuching pada hari ini, kami sarankan anda untuk mengelakkan jalan jalan yang berkaitan. Kesesakan jalan raya kemungkinan besar boleh spoil kan mood anda jadi cuba elakkan lah ya!

Baca Artikel Kami Mengenai Jalan Yang Ditutup Sempena LTDL :

http://http://https://www.iloveborneo.mycerita-menarik-dari-borneo/berikut-adalah-laluan-laluan-di-kuching-yang-akan-disekat-sempena-le-tour-de-langkawi-ke-25/

Artikel Berkaitan

Back to top button