fbpx
Cerita Borneo

Operasi Perniagaan Di Kuching, Samarahan Dan Serian Dihadkan Sehingga 10 Malam Sahaja

Perkara tersebut dimaklumkan melalui sidang media rasmi Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak

Operasi Perniagaan Di Kuching, Samarahan Dan Serian Dihadkan Sehingga 10 Malam Sahaja. Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak hari ini mengumumkan bahawa operasi perniagaan di Kuching, Samarahan Dan Serian akan dihadkan dari pukul 6 pagi sehingga 10 malam sahaja.

Langkah tersebut diambil bagi mengurangkan risiko penularan selepas kes kes positif berada dalam trend menaik sejak beberapa hari yang lalu.

Peraturan ini akan dilaksanakan selama 2 minggu iaitu dari 1 Ogos sehingga 14 Ogos 2020 selari dengan beberapa perkara yang lain iaitu :

1. Pergerakan antara zon iaitu Zon 1 dan Zon 2 akan dihadkan. Perjalanan merentasi Zon pada 1 Ogos sehingga 14 Ogos 2020 memerlukan kebenaran dari pihak PDRM. Anda boleh baca lanjut mengenai perkara ini di pautan di bawah :


Selain itu, Kerajaan Sarawak juga melalui Kementerian Pengangkutan akan berbincang dengan syarikat penerbangan bagi mengurangkan penerbangan masuk ke Sarawak sepanjang tempoh 2 minggu tersebut juga.

Tiada Kes Positif Dicatatkan Hari Ini Di Sarawak

Selain itu, dimaklumkan juga tiada kes positif dicatatkan hari ini di Sarawak dan menjadikan kes positif di Sarawak kekal sebanyak 650 kes sahaja.

Selain itu, Jawatankuasa Bencana Negeri Sarawak juga menerangkan bahawa Kuching masih lagi merupakan kawasan kuning menerusi penerangan yang dilakukan oleh Pengarah Kesihatan Sarawak.

Mengulas isu kuarantin pula, setiap individu yang memasuki Sarawak dari 1 Ogos sehingga 14 Ogos akan dikenakan kuarantin dan akan diambil SWAB pada hari kedua.

Sekiranya keputusan SWAB adalah negatif maka mereka akan dibenarkan balik tanpa perlu menyambung kuarantin lagi. Beberapa buah hotel dan pusat latihan awam juga telah dikenalpasti bagi kuarantin.

Baca juga artikel lain :

Artikel Berkaitan

Back to top button