fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Paderi Katolik Nyanyi Lagu Raya Di Sabah Buat Netizen Terharu

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
28 Mei 2020
Paderi Katolik Nyanyi Lagu Raya Di Sabah Buat Netizen Terharu
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Ini Baru Betul 1Malaysia!

Paderi Katolik Nyanyi Lagu Raya Di Sabah Buat Netizen Terharu. Di musim perayaan ini, semangat toleransi dan menghormati antara satu sama lain amat penting. Bahkan, ia mampu menenangkan hati rakyat Malaysia yang ketika ini sedang gundah dengan pelbagai bencana yang menimpa negara dan dunia. Paling tidak, sekurang-kurangnya membawa senyuman di wajah anda.

Seperti sebuah kisah positif ini, dikhabarkan seorang paderi Katolik di sebuah gereja di Keningau, Sabah sempat menyanyikan lagu Selamat Hari Raya. Ia bertujuan bagi memperingati saudara-saudara Muslim yang sedang menyambut hari kemenangan itu pada ketika ini.

Paderi tersebut menyanyikan lagu ikonik tersebut setelah usai menyampaikan kebaktian gereja secara ‘online’ yang berlangsung pada hari Ahad yang lalu, 24 Mei 2020.

Perkongsian yang menyentuh hati tentang paderi ini telah tular di laman Twitter dan kini telah mendapat 5.6K ulang kicau dan 9K tanda suka.

ADVERTISEMENT

**THIS HAPPENED IN SABAH**
Roman Catholic’s priest & church members sang Hari Raya song to muslim friends after today’s sunday mass ended. can you see how peaceful our state is? 😭 pic.twitter.com/EAAGZPY7B0

— DazzyB🌼 (@dazereebosuin) May 24, 2020

Melalui petikan video pada ciapan tersebut, paderi tersebut mengambil kesempatan mengucapkan selamat hari raya kepada masyarakat Muslim di Sabah serta seluruh Malaysia.

Bukan itu sahaja, ucapan tersebut diserikan lagi dengan nyanyian lagu asal Puan Sri Saloma iaitu ‘Selamat Hari Raya’. Nyanyian paderi tersebut diiringi dengan alunan muzik serta suara latar ahli gereja.

ArtikelBerkaitan

Daerah Pitas, Sabah Telah Diisytiharkan Sebagai Kawasan Wabak Demam Babi Afrika

Cuba Larikan Diri Daripada Sekatan Jalan Raya Di Lawas, Polis Terpaksa Lepaskan Tembakan

ADVERTISEMENT

“Truly Muhibbah! Salute!” – Netizen

Video menyentuh hati ini semestinya menarik perhatian netizen dari Sarawak dan Semenanjung. Malah, ada yang memberi gambaran situasi yang hampir sama di negeri masing-masing.

Ia secara tidak langsung menunjukkan bahawa Malaysia sebenarnya masih mempunyai rasa toleransi dan kasih sayang walaupun berbeza kaum dan agama.

ADVERTISEMENT

Tak lupa, sampai ada yang menitiskan air mata jantan melihat kejadian indah dan harmoni seperti ini.

In Miri Sarawak, theres a church and mosque just by the side of each other.

But the Mosque opens up their doors to let Christians park inside while as the Church does the same thing during Friday prayers🌸

This truly shows how harmonious the state Sabah and Sarawak is ❤️

— james (@jamessim__) May 25, 2020

In kelantan, during the doa in school assembly all muslim and non muslim doa sama2. Doa dalam bahasa arab tapi non muslim pun kadang2 amin kan doa tu.

— . (@imqtsu) May 25, 2020
Paderi Katolik Nyanyi Lagu Raya Di Sabah Buat Netizen Terharu

Truly muhibbah! Salute!

— Tom Leng (@TomLeng1) May 25, 2020

Today is the day I finally shed my manly tears

— Alfie 🇲🇾 (@7Chenn) May 25, 2020

Pasti anda merasa senang dan gembira melihat kemesraan dan sikap toleransi sebegini, kan? Sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, ramuan penting untuk kekal harmoni dan sejahtera ialah saling menghormati antara satu sama lain dan menanamkan sikap saling menyayangi walaupun berbeza kaum dan agama.

Apa pengalaman positif yang menyentuh perasaan yang pernah anda alami? Kongsikan bersama kami di ruangan komen.

Pernahkah anda melihat wajah dahulu dan sekarang pusat keagamaan di Kuching? Untuk mengetahui dengan lebih lanjut, baca artikel ini :

Belajar tulisan Jawi sama seperti belajar tulisan Cina dan Korea, kan? Ikuti ulasan wanita ini tentang mengapa Jawi ‘selamat’ diajar di sekolah :

Share2798Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy