fbpx
Cerita Borneo

Pakai Pelitup Muka Bukan Hanya Untuk Lindung Diri Tetapi Orang Lain Di Sekeliling Anda Juga

Kenapa susah sangat guna face mask?

Pakai Pelitup Muka Bukan Hanya Untuk Lindung Diri Tetapi Orang Lain Di Sekeliling Anda Juga. Sejak kebelakangan ini, terdapat laporan mengenai segelintir orang tidak mengguna pelitup muka ketika berada di tempat awam.

Perkara ini sangat menganehkan kerana penggunaan pelitup muka sepatutnya diamalkan secara sukarela lagi-lagi masa musim Covid-19 ini tetapi terdapat juga yang masih degil dan enggan mengguna pelitup muka.

Ketika ditegur, marah pula.

Pakai Pelitup Muka Bukan Hanya Untuk Lindung Diri Tetapi Orang Lain Di Sekeliling Anda Juga
Pakai Pelitup Muka Bukan Hanya Untuk Lindung Diri Tetapi Orang Lain Di Sekeliling Anda Juga

Dengan penguatkuasaan kewajiban untuk guna pelitup muka di tempat sesak mulai 1 Ogos, hal ini membawa persoalan kepada orang ramai mengapa sehinggakan ada penguatkuasaan undang-undang sedangkan perkara ini sepatutnya amalan diri sendiri, tanpa diarah pun dari sesiapa.

Jawapannya, masih ada yang tidak mempunyai kesedaran tentang betapa pentingnya guna pelitup muka. Tujuan utama bukan sahaja untuk melindungkan diri, tetapi untuk melindungi orang di sekeliling anda.

Pelitup mula berperanan sebagai pelindung fizikal untuk melindung anda dan orang lain dari jangkitan penyakit

Menurut healthline, pelitup muka seharusnya diguna dimana-mana sahaja sekiranya anda berada di tempat awam atau jika adanya orang lain di sekeliling.

Ia berperanan sebagai pelindung fizikal untuk melindung anda dan orang lain dari jangkitan penyakit – untuk kes ini, melindung diri dari jangkitan Covid-19 yang mudah menular.

Menurut artikel tersebut, ramai orang secara tidak sengaja menjangkiti orang lain ketika di luar dan menyebarkan kuman (atau virus) dengan batuk atau menyentuh orang lain.

Tidak kira sama ada jarak dekat atau jarak jauh, anda harus memakai pelitup muka apabila adanya orang lain di sekeliling. Ini adalah langkah berjaga-jaga dan hormat kepada diri sendiri dan orang-orang di sekeliling anda.

Mengguna pelitup muka akan mengurangkan 95% peratusan pernafasan yang menghantar virus sejauh 6 kaki di dalam bilik

Menurut Dr. Luke Padwick, seorang doktor kecemasan dan pengasas Pusat Kecemasan Austin di Texas, AS., beliau berkata pemakaian topeng mempunyai dua manfaat.

Yang pertama, ia boleh mengurangkan 95% pernafasan yang menghantar virus sejauh 6 kaki di dalam bilik.

Yang kedua, ia mengurangkan penularan oral dengan mencegah virus masuk ke hidung atau mulut anda “jika anda menyentuh permukaan yang tercemar dan kemudian muka anda.”

Perkara ini bantu untuk mengehadkan virus tersebut dari penularan.

Pakai Pelitup Muka Bukan Hanya Untuk Lindung Diri Tetapi Orang Lain Di Sekeliling Anda Juga
Wearing masks with Covid-19. Kredit: YouTube

Beza pelitup muka 3 lapis (surgical face mask) vs pelitup muka fabrik

Walaupun kini mempunyai pelbagai jenis pelitup muka di pasaran terutamanya pelitup muka berkain, pakar kesihatan menasihati untuk pilih pelitup muka fabrik yang disyorkan oleh Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Difahamkan, tak semua mampu beli pelitup muka yang hanya dapat digunakan sekali sahaja. Apatah lagi mereka yang bekerja di luar dan harus gunakan pelitup muka setiap hari.

Bagi mereka yang teringin untuk gunakan pelitup fabrik sebagai cara untuk berjimat, anda boleh gunakan kain fabrik dengan syarat ia disyorkan oleh WHO.

Menurut DG Dr. Noor Hisham Abdullah, pelitup muka fabrik disarankan untuk golongan tidak mengalami gejala pernafasan dan berada di tempat jangkitan Covid-19 tersebar luar dan penjarakan sosial sukar diamalkan.

Golongan yang boleh gunakan kain ini juga termasuk golongan pekerja dan orang awam sihat yang berada di tempat awam.

Berikut adalah gambar rajah yang dimuat naik oleh beliau tentang ciri-ciri pelitup muka fabrik yang disyorkan oleh WHO.

Pakai Pelitup Muka Bukan Hanya Untuk Lindung Diri Tetapi Orang Lain Di Sekeliling Anda Juga
Pelitup kain fabrik disyorkan WHO. Kredit: Twitter @DGHisham

Pelitup muka 3-lapis pula disarankan untuk petugas kesihatan, orang awam yang mempunyai gejala saluran pernafasan, orang awam golongan berisiko tinggi yang berada di kawasan jangkitan Covid-19 dan penjarakan sosial sukar diamalkan.

Golongan yang termasuk dalam ini ialah golongan warga emas dan mereka yang mengalami penyakit kronik.

Pakai Pelitup Muka Bukan Hanya Untuk Lindung Diri Tetapi Orang Lain Di Sekeliling Anda Juga
Pelitup muka 3 lapis lebih baik digunakan oleh golongan pekerja kesihatan, warga emas dan mereka yang berpenyakit kronik serta mereka yang mempunyai gejala pernafasan dan juga mereka yang mempunyai risiko tinggi.

Gunalah pelitup muka, ia bukan susah pun

Sarawak kini adalah penyumbang terbesar dalam kes-kes Covid-19 sejak kebelakangan ini. Takkan anda tak ada rasa malu sikit pun, kan?

Jangan degil. Jangan bersoal jika anda ditegur. Orang pun nak selamatkan diri.

Gunalah pelitup muka apabila berada di tempat awam. Ia mudah, bukan menyusahkan pun. Pasang pun tak sampai 5 saat, guna pun masa di luar sahaja, bukan di rumah.

Adakah itu terlalu susah?

Lagi disini:

Sumber
HealthlineKKM

Artikel Berkaitan

Back to top button
Close