fbpx
Cerita Borneo

Pantau Anak Kecil Anda Ber-TikTok, Pedofil Akan Cuba Ambil Kesempatan

Cabaran TikTok boleh mengundang individu yang cuba mengambil kesempatan kepada kanak-kanak

Pantau Anak Kecil Anda Ber-TikTok, Pedofilia Akan Cuba Ambil Kesempatan. TikTok merupakan sebuah aplikasi yang menyediakan platform untuk individu-individu dari semua lapis masyarakat dan umur untuk menghasilkan content yang menghiburkan. Contohnya, menari kepada lagu, kongsikan gambar-gambar menarik, melakukan cabaran trending, dan sebagainya.

Pantau Anak Kecil Anda Ber-TikTok, Pedofil Akan Cuba Ambil Kesempatan
Pantau Anak Kecil Anda Ber-TikTok, Pedofil Akan Cuba Ambil Kesempatan

Namun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tampil mengeluarkan pengumuman kepada para ibu bapa untuk mengawasi anak-anak mereka ketika berTikTok. Hal ini kerana platform tersebut juga mempunyai individu-individu yang cuba mengambil kesempatan kepada kanak-kanak, atau lebih dikenali sebagai pedofil.

Video-video TikTok yang dimuatnaik oleh kanak-kanak boleh disimpan oleh pedofil dan disebar kepada pedofil lain

Menurut PDRM yang kongsikan sekeping gambar yang asalnya dari Human Trafficking is not a myth, pedofil akan cuba memanipulasi keseronokan merakam cabaran TikTok dengan melakukan pengantunan kanak-kanak (child grooming).

#PesananKhidmatMasyarakat 'IBU BAPA, SILA PANTAU ANAK KECIL ANDA BERTIKTOK' Aplikasi TikTok kini menjadi kegilaan…

Posted by Polis Diraja Malaysia ( Royal Malaysia Police ) on Wednesday, July 22, 2020

Cabaran TikTok merupakan salah satu cara untuk pengguna TikTok mendapatkan penonton untuk mengikut (follow) profile TikTok mereka. Cabaran ini kebiasaannya disertai dengan hashtag yang khas bagi memudahkan penonton mencari video-video yang berkaitan dengan cabaran tersebut. Ringkas kata, lebih banyak cabaran anda buat, lebih besar lagi peluang untuk dapatkan pengikut yang banyak.

Pantau Anak Kecil Anda Ber-TikTok, Pedofil Akan Cuba Ambil Kesempatan
Contoh cabaran Tiktok.

Oleh kerana cabaran-cabaran tersebut akan memerlukan anda publickan profile anda bagi membenarkan penonton melihat video-video cabaran anda, profile anda didedah dan sesiapa sahaja boleh akses kepada profile anda. Ini juga termasuk para pedofil yang mengambil kesempatan untuk memanipulasi kanak-kanak yang naif.

Gambar yang disertai dalam pengumuman PDRM menunjukkan seorang kanak-kanak kecil ‘melihat’ dalam seluar seorang lelaki dewasa dan lelaki tersebut ‘melihat’ dalam baju kanak-kanak terbabit.

Difahamkan aksi ini merupakan salah satu cabaran TikTok.

Pantau Anak Kecil Anda Ber-TikTok, Pedofil Akan Cuba Ambil Kesempatan
Kredit: Human Tracfficking is not a myth dan Bobbi Lynne

Cabaran-cabaran seperti ini menggalakan pedofil untuk meminta anak kecil menyentuh atau melihat bahagian sulit pada tubuh.

Yang lebih mengerikan, video-video seperti ini mungkin disimpan sebagai koleksi peribadi atau disebarkan kepada individu-individu pedofilia lain.

Nasihat kepada para ibu bapa, sila pantau dengan siapa anak-anak anda berTikTok. Pastikan setiap cabaran yang dilakukan sentiasa di bawah pengawasan anda.

Jika terlalai sikit, anak anda mungkin menjadi mangsa kepada mereka yang tidak bertanggungjawab!

Lelaki ini dedahkan aktiviti pengintipan data aplikasi TikTok dan bagaimana ia memberi akses kepada pedofil untuk melihat video-video kanak-kanak:

Artikel Berkaitan

Back to top button