fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pasangan Berkahwin Di Sarawak Kini Sudah Boleh Mohon Kad Nikah, Ini Caranya

Nur Afifah Oleh Nur Afifah
11 Julai 2020
Pasangan Berkahwin Di Sarawak Kini Sudah Boleh Mohon Kad Nikah, Ini Caranya
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Setelah sekian lamanya.

Pasangan Berkahwin Di Sarawak Kini Sudah Boleh Mohon Kad Nikah, Ini Caranya. Mesti anda rasa leceh bila anda harus membawa surat perakuan nikah yang besar setiap kali hendak keluar atau berbulan madu bersama pasangan kan?

Apatah lagi surat perakuan nikah bersaiz agak besar dan perlu dilipat agar dapat dimuatkan di dalam dompet. Bagi mereka yang rajin, surat perakuan nikah ini difotokopi kepada saiz yang lebih kecil dan dibuat kad laminate seperti ini :

ADVERTISEMENT


Namun kini, anda tidak perlu lagi risau kerana kad perakuan nikah kini boleh dipohon untuk pasangan berkahwin di Sarawak. Alhamdulillah!

Sistem permohonan ini baru sahaja diumumkan oleh Jabatan Agama Islam Sarawak di laman rasmi Facebook nya hari ini.

ArtikelBerkaitan

PKPD Di Kampung Sungai Maong Dan Sebahagian Flat Sibu Jaya Akan Dilanjutkan

Sarawak Dahului Carta Penerima Suntikan Vaksin COVID-19 Di Malaysia

ADVERTISEMENT

Kinek tok kita dah boleh mohon Kad Perakuan Nikah kiswa.sarawak.gov.my

Posted by Jabatan Agama Islam Sarawak on Friday, July 10, 2020


Ikuti panduan ringkas ini untuk memohon

Bagaimana untuk memohon? Senang sahaja. Ikuti panduan selanjutnya yang kami kongsikan dalam artikel ini.

Langkah 1 : Masuk ke laman sesawang Khidmat Islam Sarawak

ADVERTISEMENT

Langkah 2 : Daftar masuk menggunakan SarawakID anda.

Akaun SarawakID merupakan akaun sama yang anda gunakan untuk mendaftar masuk ke aplikasi SarawakPay, eRecruitment dan portal kerajaan Sarawak yang lain.

Langkah 3 : Klik pada ‘Munakahat’ dan tekan ‘Permohonan Kad Nikah’

Pasangan Berkahwin Di Sarawak Kini Sudah Boleh Mohon Kad Nikah, Ini Caranya
Pasangan Berkahwin Di Sarawak Kini Sudah Boleh Mohon Kad Nikah, Ini Caranya

Langkah 4 : Lengkapkan maklumat peribadi anda serta pasangan.

Sebelum itu, jangan lupa untuk membenarkan akses portal tersebut kepada maklumat anda di dalam akaun SarawakID.

Kemudian, teruskan untuk mengisi maklumat daerah permohonan, nombor siri serta nombor pendaftaran sijil perakuan nikah anda.

Pasangan Berkahwin Di Sarawak Kini Sudah Boleh Mohon Kad Nikah, Ini Caranya

Langkah 5 : Muat naik gambar berukuran passport anda serta pasangan.

Gambar yang anda muat naik hendaklah bersaiz kurang daripada 2MB.

Pasangan Berkahwin Di Sarawak Kini Sudah Boleh Mohon Kad Nikah, Ini Caranya

Langkah 6 : Sahkan maklumat dan simpan

Jika anda telah selesai mengisi maklumat anda serta berpuas hati dengan gambar passport yang telah anda muat naik, anda boleh menekan punat ‘Simpan dan hantar’.

Namun, sekiranya ada ruangan yang belum anda isi, anda boleh memilih untuk menekan punat ‘Simpan’ untuk anda kemas kini kemudian.

Langkah 7 : Semak status permohonan anda di emel.

Anda akan menerima notifikasi berkenaan permohonan anda. Jadi, jangan lupa untuk sentiasa menyemak emel anda sekiranya ada makluman berkenaan status permohonan kad nikah anda.

Siap!

Mudah saja rupanya. Senang betul ya sekarang, dah tak perlu pergi ke pejabat agama untuk permohonan kad nikah. Semuanya boleh dilakukan secara atas talian.

Jadi, kepada pasangan Muslim yang sudah berkahwin di Sarawak, tak perlulah anda susah-susah nak laminate surat nikah anda untuk dibawa ke mana-mana.

Selamat memohon!

Baca juga artikel berkaitan :

Share22018Tweet38SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy