fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result
Home Cerita Borneo

Pasar Serikin Diroboh Bagi Memberi Laluan Pembinaan Semula Sistem Perparitan

Husna Hazmi Oleh Husna Hazmi
14 Oktober 2020
Pasar Serikin Diroboh Bagi Memberi Laluan Pembinaan Semula Sistem Perparitan
Share on FacebookShare on Twitter
ADVERTISEMENT

Gerai-gerai di pasar Seikin kini telah diroboh bagi membolehkan projek semula sistem perparitan yang telah dipersetujui oleh penduduk kampung.

Pasar Serikin Diroboh Bagi Memberi Laluan Pembinaan Semula Sistem Perparitan. Pegawai daerah Bau, Anielia Siam berkata bahawa Majlis Daerah Bau (MDB) telah melaksanakan projek berkenaan atas permintaan penduduk kampung sendiri serta pihak penting yang mahukan sistem perparitan di situ di naik taraf.

Hanya sebahagian daripada kedai-kedai di pasar tersebut perlu dirobohkan bagi membolehkan kontraktor yang dilantik untuk melaksanakan projek tersebut menurut Pegawai daerah Bau, Anielia Siam.

ADVERTISEMENT

Beliau turut berkata keadaan hanyalah bersifat sementara kerana penduduk kampung akan membina semula gerai untuk disewa kepada peniaga dari negara jiran tersebut selepas projek itu siap seperti dipersetujui antara kedua-dua pihak.

Pasar Serikin Diroboh Bagi Memberi Laluan Pembinaan Semula Sistem Perparitan
Pasar Serikin Diroboh Bagi Memberi Laluan Pembinaan Semula Sistem Perparitan

Ketua Kaum Kampung Serikin sendiri bergotong-royong merobohkan gerai

Ketua Kaum Kampung Serikin sendiri dan beliau bersama pemilik kedai-kedai tersebut bergotong-royong merobohkan gerai masing-masing sebelum kontraktor boleh memulakan kerja-kerja membina semula sistem perparitan di situ, katanya ketika dihubungi hari ini.

ArtikelBerkaitan

Tediri Daripada 3 Orang Pertama, Kenali Task Force Khas Tangani COVID-19 Di Sarawak

Demi Capaian Internet, Ayah Ini Bina Pondok Sementara Untuk Anak-Anak

Beliau membuat pernyataan tersebut apabila diminta mengulas mengenai dakwaan yang tular mengatakan Pasar Serikin tidak lagi beroperasi kerana kedai-kedai di situ sudah dirobohkan.

ADVERTISEMENT
Pasar Serikin Diroboh Bagi Memberi Laluan Pembinaan Semula Sistem Perparitan

Lokasi tersebut sering dilanda banjir ketika hujan lebat

Anielia juga turut berkata penduduk kampung serta peniaga di Pasar Serikin memohon sistem perparitan di situ dibina semula kerana lokasi tersebut sering dilanda banjir ketika hujan lebat.

Perancabgan penambah baikan sistem perparitan tersebut telah lama dirancang tetapi kedai-kedai tersebut sering dikunjungi ramai, jadi kini masa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dan kini Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dilaksanakan, mereka memutuskan agar projek tersebut dijalankan kerana tiada urusan jual beli dijangkakan sehingga hujung tahun ini..

ADVERTISEMENT

Pembinaan semula parit sepanjang 232 meter di lokasi tersebut melibatkan kos kira-kira dalam RM131,000 dan dijangka akan siap dalam tempoh dua bulan, kata beliau.

Kerja-kerja pembinaan semula parit tersebut akan bermula sebaik selepas semua gerai-gerai yang terjejas akibat projek berkenaan selesai dirobohkan.

Lagi disini:

Share122Tweet76SendShare
ADVERTISEMENT
ADVERTISEMENT
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy