fbpx
Cerita Borneo

Pasaraya Pertama Di Sarawak Sedia Kaunter Self-Checkout, Emart Tabuan Jaya Dibuka Esok

Uyeahh!

Pasaraya Pertama Di Sarawak Sedia Kaunter Self-Checkout, Emart Tabuan Jaya Dibuka Esok. Warga Kuching bakal menikmati pengalaman membeli belah yang berbeza apabila Emart cawangan Tabuan Jaya akan dibuka esok. Dengar khabar, banyak promosi dan aktiviti hebat menanti pelanggan yang datang ke sana. Oh yes!

Operasi pusat membeli belah tersebut akan bermula pada jam 8 pagi setelah upacara memotong riben dilakukan.

Terletak di Tabuan Tranquility, pusat membeli belah yang berkeluasan 126,000 kaki persegi dilengkapi dengan pasaraya tersebut bakal menyediakan pelbagai jenis barangan dan produk seperti buah-buahan segar tempatan dan import, barangan dapur dan barangan harian.

Masa operasi Emart Tabuan Jaya adalah dari jam 7 pagi hingga 11 malam.

Pasaraya Pertama Di Sarawak Sedia Kaunter Self-Checkout, Emart Tabuan Jaya Dibuka Esok
Pasaraya Pertama Di Sarawak Sedia Kaunter Self-Checkout, Emart Tabuan Jaya Dibuka Esok
Sumber : FB Emart Malaysia

Pasaraya pertama di Sarawak sediakan kaunter self-checkout

Lebih menarik, Emart Tabuan Jaya merupakan pasaraya pertama di Sarawak yang menyediakan kaunter self-checkout. Melalui kaunter ini, pelanggan berpeluang untuk menjadi juruwang sendiri. Proses pembayaran dari mengimbas kod bar hingga membayar akan dilakukan sendiri oleh pelanggan.

Penyediaan kaunter ini tentunya dapat menjimatkan masa pelanggan daripada berbaris panjang dan menunggu giliran lama untuk membayar barangan yang dibeli.

Pasaraya Pertama Di Sarawak Sedia Kaunter Self-Checkout, Emart Tabuan Jaya Dibuka Esok
Kredit : SQFEED JOURNAL

Ada ruang bakeri, makanan Jepun, dan banyak lagi!

Bukan itu sahaja, Emart Tabuan Jaya turut menyediakan ruangan makanan seperti ruang bakeri untuk roti dan pastri segar, Sushi Express Bar yang menampilkan pelbagai pilihan makanan Jepun.

Ruangan ‘Chicky Chicky’ pula khas untuk pelanggan menikmati pilihan makanan segera serta ruangan ‘Dreamy Creamy’ menawarkan pilihan pencuci mulut serta hidangan manis yang menyegarkan.

100 pelanggan pertama akan mendapatkan set goodies bag.

Sempena pembukaan Emart Tabuan Jaya juga, pasaraya tersebut bakal mengagihkan 100 set komplimentari beg goodies untuk 100 pelanggan pertama yang membeli belah di sana.

Pasaraya Pertama Di Sarawak Sedia Kaunter Self-Checkout, Emart Tabuan Jaya Dibuka Esok

Menangi baucar tunai Emart dengan memuat naik gambar paling kreatif anda!

Pelanggan juga dialu-alukan untuk menjadi Emart Ambassador dan berpeluang memenangi baucar tunai Emart. Caranya mudah sahaja. Anda hanya perlu memuat naik gambar paling kreatif anda di Emart Tabuan Jaya atau di booth bergambar Emart Tabuan Jaya. Kemudian, hantarkan gambar anda ke inbox Facebook Emart Tabuan Jaya.

Pelanggan yang membuat pembayaran menggunakan SarawakPay juga akan menerima rebat yang lebih tinggi apabila berbelanja di Emart Tabuan Jaya bermula 3 hingga 5 Julai 2020.

Jadilah ahli Emart dengan mengisi pendaftaran secara atas talian di pautan ini : REGISTER MEMBER EMART untuk menikmati pelbagai manfaat apabila anda membeli belah di sana.

Untuk maklumat lanjut, layari laman sesawang rasmi Emart di pautan https://www.emart.my/ atau Facebook rasmi mereka, https://www.facebook.com/EmartMY

Tapak Emart Tabuan Jaya yang bakal dibuka esok merupakan bekas tapak bangunan Giant yang telah ditutup. Baca selanjutnya di sini :

Artikel Berkaitan

Back to top button