fbpx
Cerita Borneo

#Patient136 Trending Di Malaysia, Netizen Dakwa Lelaki Ini Punca COVID-19 Gelombang Kedua

Khabarnya, #Patient136 Ini Adalah ‘Patient Zero’

Patient136 Trending Di Malaysia, Netizen Dakwa Lelaki Ini Punca COVID-19 Gelombang Kedua. Kecoh laman media sosial apabila trending satu tanda pagar, #patient136 oleh netizen Malaysia semalam. Difahamkan #patient136 merupakan pesakit COVID-19 yang ke 136 di Malaysia dan dipercayai merupakan ‘super spreader’ atau pun individu pertama yang mencetuskan gelombang kedua jangkitan tersebut di Malaysia.

#Patient136 Trending Di Malaysia, Netizen Dakwa Lelaki Ini Punca COVID-19 Gelombang Kedua

#Patient136 Merupakan Seorang Pelajar 26 Tahun Yang Hadiri Perhimpunan Agama di Sri Petaling

Berdasarkan maklumat yang dipaparkan di sebuah laman penjejak COVID-19, pesakit lelaki yang berusia 26 tahun ini merupakan seorang pelajar Malaysia yang sedang melanjutkan pelajaran di Korea Selatan. Dalam pada masa yang sama, beliau merupakan seorang ejen pelancongan bebas. Lelaki tersebut dikatakan pulang ke tanah air pada 22 Februari dan menghadiri perhimpunan keagamaan di Sri Petaling pada 1 hingga 3 Mac. Namun demikian, dia mengalami demam pada 3 Mac namun tetap meneruskan perjalanan ke luar negara pada 4 Mac dan pulang semula ke Malaysia.

#Patient136 Trending Di Malaysia, Netizen Dakwa Lelaki Ini Punca COVID-19 Gelombang Kedua
Patient136 Trending Di Malaysia, Netizen Dakwa Lelaki Ini Punca COVID-19 Gelombang Kedua.

Dakwa Pelajar, Tapi Sebenarnya Pekerja Restoran Di Korea

Namun demikian, timbul pula satu dakwaan lain yang mengatakan bahawa lelaki tersebut bukanlah seorang pelajar seperti yang diwar-warkan. Menurut seorang pengguna Twitter, lelaki tersebut merupakan pekerja sebuah restoran makanan Malaysia di Korea dan pernah mengambil kursus bahasa Korea semasa bekerja di sana. Menerusi DM tersebut juga, lelaki tersebut tidak berdaftar dengan PPMK (Persatuan Pelajar Malaysia Korea) sekaligus mencemarkan nama baik pelajar Malaysia yang belajar di Korea Selatan.

#Patient136 Trending Di Malaysia, Netizen Dakwa Lelaki Ini Punca COVID-19 Gelombang Kedua

Reaksi Netizen Tentang #Patient136

Tinjauan di laman sosial Twitter mendapati bahawa rata-rata netizen meluahkan rasa geram dan kecewa mereka terhadap lelaki tersebut yang dikatakan menjadi punca penularan wabak dalam skala yang besar di Malaysia ketika ini.

#Patient136 Trending Di Malaysia, Netizen Dakwa Lelaki Ini Punca COVID-19 Gelombang Kedua

Terdapat juga sebahagian netizen yang berbelah bahagi terhadap #patient136. Buat masa ini, tindakan buli siber dan meletakkan kesalahan sepenuhnya pada #patient136 bukanlah satu perkara yang wajar dilakukan sebaliknya tumpuan sepenuhnya harus diberikan kepada usaha kerajaan dan disiplin rakyat Malaysia untuk meratakan keluk jangkitan (flatten the curve).

Artikel Antarabangsa Kaitkan Institusi Keagamaan Sebagai Punca Penyebaran COVID-19

Dalam perkembangan yang berkaitan, sebuah artikel terbitan The New York Times seolah-olah menyalahkan institusi keagamaan sebagai punca penyebaran wabak COVID-19 di Asia Tenggara. Selain itu, ia memberitahu bahawa kerajaan Barat menganggap perhimpunan agama seperti itu merupakan usaha untuk merekrut militan pengganas. Menerusi artikel tersebut, ia turut memetik fahaman beberapa individu yang menghadiri perhimpunan keagamaan sebagai cara untuk mendekatkan diri kepada Tuhan dan tiada apa yang perlu ditakuti selain daripada Tuhan mereka.

Namun demikian, tuduhan tersebut tidak sepatutnya ditujukan kepada institusi keagamaan tetapi sebaliknya harus diletakkan kepada sikap dan pemikiran jumud oleh sesetengah penganut agama.

Pendek kata, semuanya bermula dari diri sendiri. Bak kata pengguna Twitter ini, “Jika kita tidak mengikuti arahan, kitalah #patient136”

Artikel Berkaitan

Back to top button