fbpx
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak
No Result
View All Result
I Love Borneo
No Result
View All Result

PDRM dan ATM Akan Memeriksa Rumah Ke Rumah Semasa Hari Raya Semasa PKPB

Kedung BK Oleh Kedung BK
19 Mei 2020
PDRM dan ATM Akan Memeriksa Rumah Ke Rumah Semasa Hari Raya Semasa PKPB
Share on FacebookShare on Twitter

Langgan saluran Telegram kami untuk konten terkini dan peluang memenangi giveaway setiap bulan.

Join Telegram Kami

Pengumuman terbaharu dari Menteri Kanan (Keselamatan)

PDRM dan ATM Akan Memeriksa Rumah Ke Rumah Semasa Hari Raya Semasa PKPB. Terkini, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata semasa sidang media harian PKPB bahawa Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan membuat rondaan terutamanya ketika hari perayaan.

Pemeriksaan ini akan dibuat sekiranya banyak kenderaan berada di luar rumah dan beranggapan rumah tersebut mempunyai banyak orang (pelawat rumah).

PDRM dan ATM Akan Memeriksa Rumah Ke Rumah Semasa Hari Raya Semasa PKPB
PDRM dan ATM Akan Memeriksa Rumah Ke Rumah Semasa Hari Raya Semasa PKPB

Rumah yang mempunyai banyak kenderaan di luar akan disemak oleh PDRM dan ATM

Berhubung dengan pernyataan tersebut, sekiranya sebuah rumah mempunyai banyak kenderaan di luar premis terbabit, mereka akan menyemak kediaman yang berkaitan dari segi jumlah yang berada di dalam rumah itu.

ArtikelBerkaitan

Susulan Catat Kes Tertinggi Di Malaysia, Pegawai Kesihatan Bakal Dimobilisasi Ke Sarawak

Ketua Institusi Agama Sarawak Sokong 100% Program Imunisasi COVID-19

Ini beranggapan sekiranya banyak kenderaan di luar rumah, ia berkemungkinan banyak orang berada di dalam rumah tersebut dan boleh disiasat oleh pihak polis untuk mengetahui berapa jumlah orang di dalam rumah terbabit.

“Jika balik ke kampung, ramai yang menganggap Hari Raya. Takkan polis nak mengawal rumah mereka. Tak mungkin setiap rumah dikawal. Tetapi saya diberitahu oleh Ketua Polis Negara bahawa sewaktu perayaan, pihak polis akan meronda di setiap kawasan,” kata beliau.

Beliau berkata lagi pihak polis dan anggota tentera telah bersetuju untuk bergerak sewaktu Hari Raya pertama dan Hari Raya seterusnya agar memastikan SOP PKPB dipatuhi oleh masyarakat.

PKPB | PDRM dan ATM akan buat pemeriksaan rumah ke rumah semasa Hari Raya – Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob

Video: Ihsan RTM pic.twitter.com/095R1SzEOV

— Buletin TV3 (@BuletinTV3) May 19, 2020

Sekatan jalan raya akan diperketatkan semasa Hari Raya dan Gawai Dayak di seluruh Sarawak:

Bantuan Hari Raya dan Hari Gawai akan diagihkan kepada Penjawat Awam di Sarawak. Selanjutnya di sini:

SUMBER : Buletin TV3
Share109Tweet38SendShare
  • Privacy & Policy

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

No Result
View All Result
  • Cerita Borneo
  • Tempat
  • Aktiviti
  • Event
  • Makan
  • #innovatesarawak

© 2020 - A Part Of Borneo Digital

Terms and Conditions - Privacy Policy